*M*enceritakan tentang kemenangan, janganlah kita melihat kemenangan itu
pada satu-satu sudut sahaja. Kemenangan itu perlu dilihat secara global.
Kemenangan itu mula-mula sekali perlu diketahui, ada kemenangan di dunia dan
ada kemenangan di akhirat. Maksudnya di sini, ia boleh kita perolehi di
dunia, yang mana ini bersifat sementara dan boleh juga kita mendapatnya di
akhirat, ini bersifat hakiki. Boleh kita dapat salah satu, dan boleh juga
kita dapat kedua-duanya.

Mari kita ceritakan dahulu tentang kemenangan di dunia. Kemenangan di dunia
ini terbahagi kepada dua, ada kemenangan berbentuk lahiriah dan ada
kemenangan berbentuk batiniah atau rohaniah. Yang lahiriah itu lebih
berbentuk material seperti mendapat kuasa kerajaan, menang perang ataupun
mendapat harta. Yang rohaniah pula adalah seperti meningkat iman, boleh
khusyuk dalam sembahyang, rasa berdosa, rasa bertuhan dan tenang dengan
masalah dunia. Kemenangan lahiriah tiada jaminan Tuhan. Kemenangan lahiriah
adalah nikmat Tuhan yang belum tentu berserta rahmatNya. Kemenangan lahiriah
boleh jadi Tuhan beri atas rahmatNya dan boleh jadi juga berlaku secara
istidraj atau kemurkaanNya. Manakala kemenangan rohaniah sudah pasti berlaku
atas rahmat dan kasih sayang Tuhan. Ia disebut juga sebagai al jannatul
‘ajilah atau syurga yang disegerakan. Kemenangan rohaniah ada jaminan
selamat dari Tuhan. Kalau tidak di dunia, di akhirat selamat. Itu sebabnya
dalam hendak mengusahakan kemenangan, eloklah diusahakan kemenangan rohaniah
terlebih dahulu. Ataupun setidak-tidaknya, dua-dua itu hendaklah berjalan
seiringan.

Kemenangan di akhirat pula, adalah anugerah Allah atas kemenangan rohaniah
yang kita dapati di dunia. Lazimnya, orang yang mendapat kemenangan rohaniah
di dunia, sudah Allah sediakan kemenangan di Akhirat. Kemenangan di akhirat
ini boleh diberi contoh, seperti mendapat keampunan Tuhan, dilepaskan
daripada azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kemenangan di akhirat
adalah kemenangan hakiki. Kemenangan yang selalunya diperkatakan Tuhan dalam
Al-Quran banyak menjurus kepada kemenangan di Akhirat. Kemenangan di Akhirat
inilah yang sepatutnya menjadi cita-cita setiap hamba Tuhan di muka bumi
ini.

(Di rakam dari syarah :Ustaz Hj Ashaari Muhammad)
Posted By amri el wahab to Hembusan Amal
4U<http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/04/menceritakan-tentang-kemenangan.html>on
4/08/2009 12:37:00 PM


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------


===
Paket Umrah Mulai US$ 1.490
Paket ONH Plus 2009 (Haji Khusus) Mulai US$ 5.900
Informasi lengkap di:
http://www.media-islam.or.id
Ingin belajar Islam? Kirim email ke [email protected]

Dapatkan buku-buku Islami di DemiMasa Online Bookstore http://www.demimasa.co.id

Jual Rumah Baru di Otista Kampung Melayu Jakarta Timur Rp 650 juta. Info: 
http://agusnizami.wordpress.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke