*M*anusia ini; termasuk umat Islam; apa sahaja yang kita hendak buat
adalah untuk menang dan berjaya. *Keme­nangan dan kejayaan adalah dua
perkataan yang berlainan dan berbeza.* Ada kalanya kita boleh menang tetapi
tidak berjaya. Ada pula kalanya seseorang itu tidak menang tetapi berjaya.

Kejayaan itu lebih utama dari kemenangan. Tetapi gema ke­menangan itu lebih
sedap didengar dari kejayaan. Sedangkan hakikatnya kejayaan itu lebih
penting dari kemenangan. Kita buat beberapa contoh yang dikaitkan dengan
dunia dahulu. Ini kerana membahaskan hal dunia itu lebih mudah difaham
kerana dunia itu dekat dan Akhirat itu jauh. Maksud dekat ialah sesuatu yang
dapat kita lihat, rasa dan dengar. Kita tinggal di dalamnya. Akhirat belum
nampak sebab itu dikatakan jauh.


Jadi kejayaan lebih penting daripada kemenangan. Keme­nangan itu cuma
gemanya besar. Tetapi sebenarnya cuma dapat habuk, asap atau angin sahaja.

Kejayaan itu pun bertahap-tahap dan berlapis-lapis. Sudah disebut berjaya
pun belum berjaya lagi. Kalau kita hendak bahas antara kejayaan dan
kemenangan, sebenarnya kejayaan lebih baik dari kemenangan. Kalau kita
ba­has kejayaan demi kejayaan, itu pun bukan mutlak kerana ada yang berjaya
tetapi belum berhasil. Setakat nama berjaya sahaja. Belum sampai ke
peringkat mendapat hasil, faedah dan kejayaan. Itu baru perbandingan antara
dunia dengan dunia. Belum diban­dingkan antara dunia dan Akhirat. Di dunia
ini pun, bila menang belum bererti apa-apa. Bahkan bila sebut kejayaan pun,
sese­tengahnya belum bererti apa-apa.Betapalah perbandingan dunia dan
Akhirat. Erti kemenangan dunia dan Akhirat itu berbeza sangat.



(Di rakam dari syarah: Ustaz Hj Ashaari Muhammad)

Posted By amri el wahab to Hembusan Amal
4U<http://hembusan-amal.blogspot.com/2009/04/antara-kemenangan-dan-kejayaan.html>on
4/08/2009 12:34:00 PM


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke