Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..
Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.. http://qhazanah.wordpress.com Tingkatkan Daya Melawan Penyakit Dalam Diri Anda..!!Mei 17, 2009 by qhazanah Tahukah Anda Akan Tahap Daya Melawan Penyakit Dalam Diri Anda..? Bismillahirrahmanirrahim.. Dalam isu suhu cuaca yang panas dan kering kebelakangan ini, seluruh dunia mula dalam keadaan gusar akibat serangan pelbagai jenis wabak penyakit yang menular ke seluruh dunia..! Dari A H1N1 yang kini telah dikenalpasti menapak di Malaysia, (klik di sini untuk berita selanjutnya) dengan tahap kesedaran rakyat Malaysia yang masih lagi di takuk lama, ia kini seolah-olah menjadi igauan ngeri yangmana tidak mustahil ia mampu merebak dengan lebih luas lagi seandainya tahap kesedaran ini tidak dipulihkan. Kini dengan masalah demam denggi yang tiada kesudahan, meningococcal meningitis, penyakit tangan kaki dan mulut dan pelbagai lagi yang mula mendapat perhatian penasihat kesihatan. Jangan sampai dah sakit baru terfikir kenapa tak cegah sejak dulu.. Rakyat Malaysia masih lagi menganggap adalah tidak penting atau bukan suatu kemestian untuk membelanjakan wang demi memastikan kesihatan sekeluarga terjamin. Terutama kaum Melayu. Melayu Islam.. Wabak penyakit pada hari ini lebih mudah merebak kerana pertemuan sesama manusia kini semakin mudah dan singkat kaedahnya. Pelbagai produk berada di pasaran dalam memberi pilihan untuk meningkatkan kesihatan. Adakah anda sedar dan sedia maklum akan tahap kesihatan anda selama ini..? Mungkin ada yang berkata “Alah.. Aku bukannnya senang nak dapat penyakit” atau“Bukannya dekat sini pun penyakit tu merebak..” dan pelbagai lagi alasan lain. Akan tetapi inilah juga yang sering ditanya oleh mereka yang dijangkiti oleh penyakit; “Pelik.. Saya ni jenis yang susah nak dapat sakit, demam pun jarang-jarang, tetiba je dapat penyakit ni…?” atau “Entah macamana la aku dapat penyakit ni, tak pasal-pasal je sakit..” Sediakan payung sebelum hujan. Ini bukan satu promo agar anda membeli produk kesihatan di halaman sesawang ini sahaja akan tetapi ia merupakan suatu tuntutan Islam. Islam mencintai kesihatan yangmana kesihatan itu juga mampu membina ruang ibadah yang lebih baik. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’" (Riwayat Muslim). Juga sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam “Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah) Namun begitu, bukankah mengamalkan pemakanan sunnah seperti petua Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam merupakan suatu yang menjadi keutamaan kita sebagai umat baginda..? Banyak kupasan dari Al Quran akan kelebihan makanan-makanan yang digabungkan seperti di dalam produk Qhazanah. Begitu juga petua baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai makanan-makanan ini yang mampu menjana kesihatan yang cemerlang. Makanan-makanan seperti yang terdapat dalam Qhazanah seperti Madu Asli, Air Zam-Zam, Kurma Ajwah, Buah Kurma, Buah Delima, Buah Tinn, Buah Zaitun, Buah Kismis, Habbatus Sauda dan Za’fran sudah terpahat dalam sejarah Islam akan kecemerlangannya dalam menjana kesihatan dan ia diakui oleh cendekiawan Islam dan pakar kesihatan seluruh dunia samada Muslim dan bukan Muslim. Rugi seandainya ia diperakui dan diamalkan oleh golongan bukan Islam dan tidak diberi perhatian oleh umat Islam sendiri. Anda sendiri bagaimana..? Peliharalah kesihatan demi Allah Subhanahu Wata’ala. Pohonlah kesihatan dari-NYA agar kita dapat menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-NYA dengan cemerlang di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.. http://qhazanah.wordpress.com **______________________________________________** Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta.. Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar.. **______________________________________________** Syukran jazilan, Wassalam.. Azri Al Aziz [email protected] Qhazanah™ : Semarak Cinta Sunnah Makanan Yang Bersih, Menjana HATI Yang Bersih.. Surah As Saff Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatuperniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidakterperi sakitnya? [10] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuangmembela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu;yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendakmengetahui (hakikat yang sebenarnya). [11] Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkankamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.[12] Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dariAllah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlahberita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.[13] Nama E-mel baru untuk anda! Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru. Cepat sebelum orang lain mendapatkannya! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/ [Non-text portions of this message have been removed]

