Izwan Abdul Halim |[email protected]
Thu | Jun 25, 09 | 10:27:45 am

ALOR SETAR, 25 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK)
menyifatkan laporan yang dikeluarkan International Crisis Group (ICG)
bertajuk "Merekrut Militan Di Selatan Thai" sebagai satu bentuk
tuduhan berniat jahat (mala fide) dan cubaan membangkitkan semula
sentimen anti-Islam atau `Islamophobia'.



Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, ICG yang beribu pejabat di
Brussels, Belgium dalam laporan terkininya mendakwa sekolah pondok telah
menjadi tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan
pemisah menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Muslim.

Menurut beliau, laporan itu turut menyebut, pengrekrutan melibatkan
latihan ketenteraan, perang saraf psikologikal, pengintipan dan sabotaj
melibatkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang daripada lebih 100,000
pelajar pondok.

Malah laporan itu juga katanya, mendakwa kegagalan pasukan keselamatan
disebabkan penyalahgunaan kuasa terhadap usaha menangani keganasan di
Selatan Thai.

"Kita mempersoalkan keabsahan laporan ini kerana jika benar, mana
mungkin perkara berkaitan militan yang menjadi perhatian seluruh dunia
sejak tragedi 11 September 2001 semudah itu berlaku tanpa ditangani.
Biar bagaimana sekalipun penyalahguanaan kuasa berlaku di pihak pasukan
keselamatan seperti didakwa laporan itu, mustahil perkara ini dipandang
enteng.

"Kita percaya laporan ini adalah tuduhan `mala fide' dan
mempersoalkan laporan ini kerana dikeluarkan tatkala Selatan Thai
kembali diselubungi tragedi. Kita merasa amat khuatir ini sebagai
permulaan kepada cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau
`Islamophobia' yang pernah berlaku selepas tragedi 11 September
2001 dahulu," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily baru-baru
ini.

Tegas Ahmad, institusi pendidikan Islam di seluruh dunia sama ada
dipanggil sekolah, madrasah, pondok mahupun universiti sentiasa membawa
`mesej' keamanan untuk sejagat dan tidak pernah menganjurkan
kepada sebarang bentuk keganasan.

"Oleh itu kita amat berharap semua pihak menjaga keharmonian sesama
kita dan tidak membuat andaian atau bersikap menuding jari. Cukuplah
kita mengambil pengajaran bahawa realitinya, sebarang krisis berlaku di
seluruh dunia, yang menjadi mangsanya adalah Islam dan umatnya,"
ujar beliau mengakhiri kenyataan. – mks

sumber - epondok.wordpress.com
<http://epondok.wordpress.com/2009/06/25/icg-cuba-bangkitkan-sentimen-an\
ti-islam/>

Artikel lain berkaitan :

. Hati-hati International Crisis Group (ICG) ada agenda tersembunyi di
negara Islam.
 
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/12/hati-hati-international-\
crisis-group.html>
. Apa agenda International Crisis Group ?
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/04/apa-agenda-international\
-crisis-group.html>

. Seperti dijangka, pengaruh Soros ICG semakin berpengaruh semasa
Presiden Obama
 
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/04/seperti-dijangka-pengaru\
h-soros-icg.html>
. Bagaimana George Soros bantu kemenangan Barrack Obama
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/04/bagaimana-george-soros-b\
antu-kemenangan.html>




Sila klik di sini untuk join egroup AIDC
http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/
<http://groups.yahoo.com/group/anwaribrahimdotcom/>



Untuk maklumat lanjut sila layari
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
<http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/>



Terima kasih.



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke