Masyarakat Islam di Malaysia kini tenat dengan berbagai bagai penyakit.Dari
masaalah penyalahan guna dadah,Mat rempit, buang anak, suami isteri cerai
berai hingga lah ke masaalah di kalangan ulama dan pemimpin pemimpin saperti
rasuah, skandal itu dan ini,merebut kuasa, dan sebagai nya.

Timbulnya penyakit masyarakat atau kemungkaran itu di sebabkan beberapa
perkara saperti berikut:

1. Disebabkan keyakinan manusia terhadap Tuhan sudah nipis atau pun kata
kata lain, perasaan Tauhid sudah berkurangan.
2. Oleh kerana manusia itu sudah tidak yakin lagi dengan adanya akhirat
ataupun sekiranya masih ada keyakinan namun keyakinan itu sudah nipis.
3. Disebabkan manusia itu terlalu sayang dan cinta pada diri mereka sendiri.

Manakala seseorang itu sudah nipis rasa tauhidnya, sudah nipis keyakinan
tentang adanya Tuhan, atau mempercayai adanya Tuhan serta tidak adanya Tuhan
sudah sama banyak maka di waktu itu manusia tidak punyai tempat lagi untuk
di takuti. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang di takuti. Dia akan menjadi
manusia yang yang cuba menyesuaikan diri dalam semua keadaan, di kalangan
ulama ulama dia berpura pura warak sementara di suasana lain dia mungkar.Dia
sanggup mencuri apabila dia berseorangan atau merogol, atau melakukan apa
sahaja apabila kepercayaan terhadap kuasa ghaib itu sudah tiada. Dengan
inilah maka merebaknya penyakit penyakit masyarakat.Dia sanggup membunuh
apabila rahasia nya di ketahui umum saperti membunuh orang yang menyaksikan
dia mencuri atau membunuh gadis yang dirogoli kerana takutkan perbuatan itu
di ketahui umum.

Apabila manusia itu tidak yakin dengan hari akhirat atau pun sekiranya ia
punyai keyakinan tetapi keyakinan itu sudah nipis maka akhirat itu sudah
tidak lagi menjadi idaman atau cita cita nya. Dengan ini hilang lah sifat
mahu berjuang atau berjihad kerana fikiran nya sudah tertumpu untuk dunia
semata mata.Dia membina dunia untuk dunia. Dia mencari wang untuk dunia, dia
mencari pangkat untuk dunia, dan segala galanya adalah untuk dunia.Kadang
kadang urusan akhirat sendiri pun di jadikan untuk dunia.Dia hanya
sembahyang di khalayak ramai supaya ia menjadi calon di kalangan orang
beriman.Dia ber lagu atau mengaji Quran untuk hadiah atau pun untuk wang dan
sudah tidak lagi untuk akhirat.Keyakinan terhadap akhirat itu terumbang
ambing di mana urusan dunia adalah untuk dunia urusan akhirat juga di
duniakan. Inilah yang menghasilkan penyakit masyarakat.

Apabila manusia itu telah cinta dengan diri sendiri maka timbullah usaha
bagaimana mahu senang sendiri, mahu senang keluarga sendiri, mahu senang
kawan kawan sendiri.Akan timbullah perasaan mahu kaya sendiri, akan
timbullah untuk membela supaya pandai sendiri.Dalam hal hal mahu membela
nasib yang akan bersangkut paut dengan diri sendiri maka ada kalanya
terpaksa melanggari hak asasi orang lain,terpaksa merosakkan kepentingan
orang lain, kadang kadang terpaksa memijak kepala orang lain dan terus
merugikan orang lain.Orang lain yang mempunyai sikap yang sama juga akan
melakukan hal yang sama maka akan mencetus kekacauan, peperangan, tindas
menindas, lahir perasaan hasad dengki, dan berbagai bagai kekacauan lagi.
Inilah yang meyebabkan merebak dan bermaharajalelanya lagi penyakit
masyarakat.


Salaam & Regards

Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke