HIMPUNAN HADITH HARIAN 
  


Tajuk : 

Hutang 

BAB: Akhlak  
 
Hadith :  Sabda Rasulullah s.a.w
yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya
hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan
kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi  ]
  
Huraian:
 Pengajaran hadis:
i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian
dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada
mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.

ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu
bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa
keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan
membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana
orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang
bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan
kepapaan.

iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu
tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang
tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun
hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang
yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal
dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati
hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.

iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah
mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat
jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil
sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan
penganiayaan.
v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu
perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan
Arasy di akhirat kelak.  

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke