HIMPUNAN HADITH HARIAN 
  


 
Tajuk : 

Syura Dan Kepentingannya 

BAB: Akhlak

 
 
Hadith : Sabda
Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu
urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat nescaya Allah memberikan
taufiq bagi memperelokkan urusan mereka.”[Riwayat at-Tabrani] 
 
Huraian:
  Pengajaran hadis:
i) Dalam proses membuat keputusan, perkara yang paling asas ialah
membuat perbincangan yang mengambil kira tentang nilai, matlamat dan
sumber untuk melaksanakan sesuatu tindakan.

ii) Mengambil keputusan menerusi syura adalah lebih terjamin ketetapan
dan kewajarannya. Ia berbeza daripada keputusan yang dibuat
bersendirian di mana keputusan yang dibuat sering kali menimbulkan
kesilapan dan sukar pula mendapat kerjasama yang ikhlas daripada orang
yang terlibat.

iii) Dalam sesuatu amalan syura, kebenaran tidak diukur daripada suara
ramai sahaja. Ini berbeza dengan pilihan raya di mana syura adalah
interaksi pemikiran di kalangan orang yang berkeahlian bagi
menghasilkan sesuatu pendapat dan pandangan yang benar. Sedangkan
pilihan raya ialah proses bagi menentukan keinginan dan sokongan
daripada kalangan rakyat terhadap sesuatu perkara atau seseorang yang
dicalonkan untuk mewakili mereka. Oleh itu dalam syura suara majoriti
bukanlah mutlak, tetapi yang diambil kira adalah hujah berdasarkan ilmu
yang menzahirkan sesuatu kebenaran.

iv) Kebenaran yang mutlak datangnya daripada Allah. Oleh itu sekiranya
manusia yang mengamalkan syura dalam lingkungan petunjuk Allah dan
Rasul-Nya iaitu bermusyawarah serta menggunakan kaedah yang ditentukan
Allah keputusan mereka akan lebih hampir kepada kebenaran. Ia cukup
selamat dijadikan landasan untuk bertindak dan beramal.    

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke