---------------------- Forwarded by Wargino Sihim on 03/27/99 01:48 PM
---------------------------


Bambang Supriyono <[EMAIL PROTECTED]> on 03/26/99 03:42:26 PM

To:   Wargino Sihim
cc:
Subject:  FW: puasa





> > >
> > >   APA KEISTIMEWAAN YANG ADA DALAM BULAN ZULHIJAH???
> > >
> > > PUASA ARAFAH ialah berpuasa pada 9 Zulhijah, iaitu berpuasa sehari
> > > sebelum melakukan Raya Aidiladha. Walau bagaimanapun, mereka yang
> > > sedang menunaikan fardhu haji tidak digalakkan berpuasa.
> > >
> > > Dinamakan demikian ialah kerana ketika itu para jamaah haji sedang
> > > melakukan wukuf di Arafah. Ada pendapat menyatakan bahawa hari
> > > tersebut dinamakan Hari Arafah kerana pada hari itu Nabi Ibrahim
> AS
> > > bermimpi menyembelih anaknya Ismail, iaitu pada malam kelapan
> > > Zulhijah. Pada keesokan harinya beliau berfikir, apakah mimpinya
> itu
> > > wahyu Ilahi atau hanya mimpi biasa sahaja.
> > >
> > > Pada malam berikutnya beliau bermimpi lagi. Dengan itu maka
> barulah
> > > beliau meyakini
> > > bahawa mimpi itu adalah wahyu daripada Allah SWT. Oleh
> > sebab itu, pada
> > > hari yang kesembilan Zulhijah itu dinamakan "Hari Arafah".
> > >
> > > Hari Arafah adalah suatu hari besar. Menurut pendapat yang
> masyhur,
> > > pada hari inilah Allah SWT menurunkan ayat al-Quran, yang terakhir
> > > kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. "Pada hari ini AKU telah
> > > mencukupkan bagimu agamamu dan AKU
> > > telah menyempurnakan untukmu nikmatKU dan AKU rela Islam itu
> menjadi
> > > agamamu."
> > > [Al-Maidah : 3]
> > >
> > > Sesetengah Ulama menyatakan bahawa puasa ini sunat hukumnya
> > bagi orang
> > > yang tidak mengerjakan haji. Mereka yang sedang mengerjakan
> > haji tidak
> > > disunatkan berbuat demikian biarpun mereka berupaya
> mengerjakannya.
> > > Ini bertujuan supaya mereka dapat memberi perhatian yang lebih
> untuk
> > > beribadah.
> > >
> > > Dalam sebuah Hadis lain, dinyatakan bahawa Allah SWT akan
> > mencatatkan
> > > pahala ibadah enam puluh tahun bagi orang yang berpuasa pada Hari
> > > Arafah, manakala diri orang yang berkenaan termasuk dalam golongan
> > > orang yang mentaati Allah SWT.
> > >
> > > Dalam setahun terdapat sebanyak tiga tempat yang padanya ada
> sepuluh
> > > hari yang mulia
> > >
> > > Sepuluh hari dalam bulan Ramadan. Ini kerana di dalamnya terdapat
> > > malam Lailatulqadar".
> > >
> > >  Sepuluh hari dalam bulan korban (Zulhijah). Di dalamnya
> > terdapat Hari
> > > Arafah dan hari korban. Ketika ini juga ibadah haji dilakukan.
> > >
> > > Sepuluh hari bulan Muharam. Dalam bulan ini terdapat
> > beberapa barakah
> > > termasuk hari Asyura.
> > >
> > > Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, sesungguhnya ia berkata,
> > > Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud :
> > >
> > > "Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan padanya amalan-amalan
> yang
> > > lebih dikasihi oleh Allah daripada hari ini (iaitu
> > hari-hari permulaan
> > > Zulhijah dari 1 - 10 haribulan). Para Sahabat bertanya:
> > > "Biarpun tanpa jihad jalan Allah?" Baginda menjawab, "Jihad jalan
> > > Allah pun tidak, melainkan seseorang yang keluar menyabung
> nyawanya
> > > dan mengorbankan hartanya dan tidak kembali lagi."
> > >
> > > Diriwayatkan daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah SAW bahawa
> > > sesungguhnya baginda ada bersabda yang bermaksud :
> > >
> > > "Allah SWT mengampunkan Nabi Adam AS pada hari pertama
> > bulan Zulhijah.
> > > Allah SWT akan mengampuni dosa mereka yang berpuasa pada hari
> > > tersebut. Allah SWT memper kenankan doa Nabi Yunus AS dan
> > > mengeluarkannya daripada perut ikan. Allah SWT memberi
> > ganjaran kepada
> > > mereka yang berpuasa pada hari tersebut seperti pahala orang
> > > yang beribadah selama satu tahun.
> > >
> > > Pada hari yang ketiga Allah SWT memperkenankan doa Nabi Zakaria
> AS.
> > > Nabi Isa AS dilahirkan pada hari yang keempat. Allah SWT memberi
> > > ganjaran mereka yang berpuasa
> > > pada hari ini dengan menghilangkan kesusahan dan kefakirannya.
> Nabi
> > > Musa AS dilahirkan pada hari kelima dalam bulan Zulhijah.
> > >
> > > Orang yang berpuasa pada hari tersebut akan terhindar daripada
> sifat
> > > munafik dan seksa kubur. Allah SWT membuka kebaikan untuk
> > NabiNya pada
> > > hari keenam, manakala pada hari ketujuh Allah SWT menutup pintu
> > > Neraka. Pintu ini tidak akan dibuka sehingga hari yang kesepuluh
> itu
> > > berlalu.
> > >
> > > Hari kelapan dinamakan "Hari Tarwiyah". Mereka yang
> > berpuasa pada hari
> > > tersebut akan diberi ganjaran yang tidak diketahui banyaknya
> kecuali
> > > oleh  Allah SWT sendiri. Hari kesembilan dinamakan "Hari
> > Arafah". Dosa
> > > orang yang berpuasa pada hari ini ditebus, juga dosa pada tahun
> yang
> > > berikutnya.
> > >
> > > Hari kesepuluh ialah "Hari Raya Korban". Barang siapa
> > berkorban dengan
> > > satu korban, Allah SWT mengampuni dosa orang yang berbuat
> demikian."
> > >
> > > Selain kelebihan yang disebutkan di atas, hari kesepuluh terakhir
> > > daripada bulan Zulhijah juga mempunyai kelebihan seperti yang
> > > dijelaskan dalam Hadis berikut, yang bermaksud
> > >
> > > "Barang siapa berpuasa pada hari akhir Zulhijah, juga pada hari
> > > pertama bulan Muharam, maka ia sesungguhnya telah mengakhiri tahun
> > > yang lalu dan membuka tirai tahun baru dengan puasa. Allah menebus
> > > dosanya selama lima puluh tahun."
> > >
> > > Jelasnya, Allah SWT menggalakkan hambaNya supaya berpuasa pada
> hari-
> > > hari tertentu pada bulan ini, memperbanyakkan doa,
> > bertaubat dan juga
> > > bersedekah. Abu Darda' berkata yang bermaksud :
> > >
> > > "Hendaklah kamu berpuasa pada sepuluh permulaan bulan Zulhijah dan
> > > memperbanyak kan doa juga beristighfar dan bersedekah kerana saya
> > > telah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda :
> > >
> > > "Rugilah orang yang tidak dapat bahagian daripada kebajikan dalam
> > > hari-hari kesepuluh, hendaklah kamu bersedia, terutamanya puasa
> pada
> > > hari kesembilan, maka sesungguh nya padanya ada kebaikan yang
> lebih
> > > banyak yang dapat dikira oleh orang yang pandai mengira."
> > >
> > > Abdullah bin Mas'ud RA berkata, Rasulullah SAW ada bersabda yang
> > > bermaksud :
> > >
> > > "Sesungguhnya Allah telah memilih daripada hari-hari, empat hari,
> > > daripada bulan-bulan, empat bulan daripada kalangan wanita, empat
> > > orang dan empat orang yang akan mendahului masuk Syurga.
> > >
> > > Manakala empat orang lain yang dirindui oleh Syurga. Adapun
> > hari-hari
> > > itu, yang pertama sekali ialah hari Jumaat, yang dalamnya ada satu
> > > saat, tidak ada seorang Islam yang berdoa kepada Allah
> > Ta'ala sesuatu
> > > daripada urusan dunia dan akhirat dan bertepatan masanya, kecuali
> > > diperkenankan dia oleh Allah.
> > >
> > > Kedua ialah Hari Arafah, apabila tiba Hari Arafah, Allah berbangga
> > > pada MalaikatNya dan berkata :
> > >
> > > "Wahai MalaikatKu, lihatlah kepada hambaKu, mereka datang dalam
> > > keadaan terurai rambut dan berdebu, juga membelanjakan harta dan
> > > memenatkan badan, saksikanlah, sesungguhnya Aku telah
> > ampunkan mereka.
> > >
> > > Ketiga ialah Hari Raya Korban, maka apabila tiba hari korban dan
> > > seorang hamba itu menyembelih korbannya, maka titisan darah yang
> > > menitis daripada korban itu jadi tebusan bagi setiap dosa yang
> telah
> > > dilakukan oleh hamba tersebut.
> > >
> > > Keempat ialah hari puasa, maka sekiranya mereka puasa bulan
> Ramadan
> > > dan keluar menunaikan Hari Raya mereka, Allah Ta'ala berkata
> kepada
> > > MalaikatNya :
> > >
> > > "Sesungguhnya setiap pekerja menuntut upahnya, pada hal
> > hamba-hambaKu
> > > telah berpuasa sebulan dan kini mereka keluar menunaikan
> sembahyang
> > > menuntut ganjaran mereka.
> > >
> > > Saksikan olehmu bahawa Aku telah ampunkan mereka. Ada orang yang
> > > berseru (berkata) : "Wahai umat Muhammad, baliklah, maka
> > sesungguhnya
> > > telah ditukar kejahatan kamu dengan kebaikan. Adapun bulan-bulan
> itu
> > > ialah bulan Allah, iaitu bulan Rejab dan tiga bulan yang berturut
> > > -turut iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan bulan Muharam.
> > >
> > > Manakala wanita tadi ialah Maryam binti Imran dan Khadijah binti
> > > Khuwailid, iaitu perempuan yang terawal sekali berIman kepada
> Allah
> > > dan RasulNya, juga Asiyyah binti Muzahim isteri Firaun dan Fatimah
> > > binti Muhammad wanita terkemuka dalam Syurga.
> > >
> > > Adapun orang yang mula-mula sekali memeluk Islam ialah Muhammad
> SAW
> > > yang dahulu memeluk Islam daripada kalangan bangsa Arab dan Salman
> > > yang mendahulukan orang
> > > Farsi dan Suhaib yang mendahului bangsa Rum, juga bilal yang
> > > mendahului orang Habshah.
> > >
> > > Adapun empat orang yang dirindui oleh Syurga ialah Amirul
> > Mukminin Ali
> > > bin Abu Talib RA, Salman, Ammar bin Yasir dan Miqdad bin
> > al-Aswad RA."
> > >
> > > Wallahu ta'ala a'lam.......
> > >
> >
>




---------------------------------------------------------------------
Daftar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
Keluar Keanggotaan, e-mail (kosong): [EMAIL PROTECTED]
Dokumentasi Milis : http://www.mail-archive.com/[email protected]
Sumbangan Milis : BCA No. Rek 2311222751 (a.n Muhammad Sigit P)




Kirim email ke