Assalamualakum........dan Salam sejahtera 
Berikut adalah sedikit info berkaitan cendawan merah : 
CENDAWAN MERAH  @ Ganoderma Lucidium 
        Cendawan Merah atau Ganoderma Lucidium ialah nama saintifik bagi Ling Zhi. 
Ganoderma dalam bahasa Cina dikenali sebagai Ling Zhi manakalanya Reishi dalam bahasa 
Jepun. Ganoderma Lucidium merupakan sejenis cendawan daripada famili Polyoraceae. 
Ganoderma Lucidium merupakan jamur kayu yang konon sudah ribuan tahun deketahui 
memiliki khasiat ubat. Mulai dari batuk hingga kanser baisa mencapai 2.000ppm dan 
polisakarida. Kedua-dua unsur ini diyakini sebagai zat ajaib penangkal pelbagai 
penyakit.   

          Menurut Sistem Pengklasifikasi Fungsi Ainsworth {1973}, Ganoderma Lucidium 
tergolong dalam Basidiomycotina, Hymenomycetes, Holobasidiomycetiddae, Aphyllophorales 
atau Polyporals. Ganodermatacea Ganoderma. Genus cendawan ini ialah Ganoderma dan 
selain spesies Lucidium, terdapat beberapa spesies lain daripada genus ini Contohnya 
Ganoderma Lucudium (merah), Ganoderma Applanatum (perang), Ganoderma Tsugae (merah), 
Ganoderma Sinense (unggu), Ganoderma Oregonense (perang tua).  

JENIS-JENIS GANODERMA 

GANODERMA LUCIDIUM  

            Ganoderma Lucidium merupakan sejenis spesies Ling Zhi yang paling 
dikenali. Ia digunakan secara meluas untuk mengatasi masalah kesihatan. Ganoderma 
mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai tangkai yang panjang, memiliki badan yang 
berkilat dan berwarna perang seperti buah berangan, galuran serta spora yang seperti 
berkalat jelas kesihatan, spora-spora tersebut dibebaskan melalui liang-liang yang 
berwarna putih atau perang yang pudar.   

          Ganoderma ini paling banyak digunakan sebagai ubat kerana mengandungi bahan 
aktif germanium organik hingga 2.000ppm dan terdiri daripada 6 kultivar yang dapat 
dibedakan dari bentuk spora dan warna tubuh,buah kuning, hijau, putih, hitam dan 
unggu.   

GANODERMA APPLANATUM 

          Ia merupakan Ling Zhi yang terulung dalam legenda ialah cendawan yang tidak 
mengandung tangkai yang tumbuh di serata dunia malah pernah mencatat rekod berat 
sebanyak 12 paun.   

GANODERMA  TSUGAE 

          Ia kelihatan seakan-akan G.Lucidium melainkan permukaan cendawannya 
kelihatan lebih berkilat dan berwarna jingga-kemerahan yang terang. 

GANODERMA OREGONENSE 

          Namanya yang membayangkan segolongan masyarakat tempatan di bahagian barat 
Amerika Utara. Ia tidak dikaji untuk aktiviti perubatan dan ia diberikan tanggapan 
bahawa mempunyai sifat-sifat yang seakan-akan spesies yang lain. 

KANDUNGAN KIMIA DAN NILAI PERUBATAN 

          Di dalam teori perubatan tradisional cina, Ganoderma adalah antara kumpulan 
teratas.Ganoderma dapat memelihara kesihatan keseluruhan, awet muda dan ia tidak 
meninggalkan sebarang kesan sampingan biarpun diambil untuk jangka masa yang panjang. 
Penyelidikan perubatan moden turut membuktikan bahawa Ganoderma bukan penawar segala 
penyakit, tetapi peranan utamanya adalah untuk membantu memulihkan fungsi organ dalam 
badan yang hilang keseimbangan, seolah-olah Ganoderma dapat menyembuhkan pelbagai 
jenis penyakit. 

Melalui Analisis Saintifik Moden, Terdapat 200 Elemen Aktif Di Dalam Ganoderma. 

A)  Triterpenoids: Menolong meningkatkan sistem penghadaman, mengurangkan kolesterol 
dan lemak neutral di dalam badan. Ia juga efektif kerana dapat mengurangkan kesakitan, 
membuang bahan toksik dan lain-lain. 

B)  Adenosin: Tahap kolestrol rendah dan kurang lemak. Melancarkan peredaran darah, 
mengawal metabolisme dan justeru itu anda kekal sihat dan bertenaga. 

C)  Polisakarida: Membantu membersihkan toksin yang tersimpan didalam badan, 
menguatkan daya keupayaan pemulihan badan, mengubah sel tidak normal kepada sel 
normal, meningkatkan sitem kalis (imun) badan sekaligus memelihara kesihatan 
keseluruhan. 

Telah dikenal pasti bahawa ia dapat mengubati kebanyakan penyakit repiratori seperti 
asma kronik, bronkitis dan masalah sinus. Satu kajian telah dijalankan di China pada 
tahun 1970-an, di mana 2000 pesakit bronkitis diberi sirap Ling Zhi dalam bentuk pil 
selama dua minggu. Keputusan yang didapati ialah 60 � 90%  menunjukkan pemulihan 
penyakit tersebut termasuk selera makan bertambah baik. Ujian di Jepun pula 
menunjukkan pemulihan 50 � 90%. 

Pada umumnya selain penyakit-penyakit di atas, Ling Zhi dipercayai dapat mengatasi 
masalah kesihatan seperti kolestrol yang tinggi, insomnia, diabetes, masalah hati, 
arthiris dan melegakan kesakitan. 

Walaupun Ling Zhi telah digunakan sebanyak 300 kali dalam dos yang   direkomenkan 
tetapi kesan toksik masih tidak dapat diperhatikan. Pengambilan Ling Zhi pada 
permulaannya akan menyebabkan rasa pening, sengal tulang, kulit bermasalah, 
cirit-birit atau sembelit. Ini merupakan tanda bahawa toksin telah dibersihkan dari 
badan. Apabila semua toksin dibersihkan dari badan, keadaan tersebut akan pulih dan 
tidak akan wujud lagi.   

ANALISIS KOMPONEN KIMIA UMUM LING ZHI        

KOMPONEN KIMIA 

     PERATUSAN ( % ) 

KARBOHIDRAT 

            43.1 

PROTEIN 

           26.4 

ABU 

           19.0 

POLISAKARIDA 

             11

AIR 

             6.9 

LEMAK 

            4.5 

GENTIAN 

             0.1 


  ANALISIS BAHAN BUKAN ORGANIK LING ZHI 

     BAHAN BUKAN ORGANIK 

      MG / 100G 

           FOSFORUS 

         4150 

            POTASSIUM 

           3590 

            MAGNESIUM 

           1030 

            KALSIUM 

           832 

            NATRIUM 

            375 

            ZAT BESI 

            82.6 


ANALISIS JENIS-JENIS VITAMIN LING ZHI 

   JENIS VITAMIN 

      MG / 100G 

         NIACIN 

       61.90 

             B2 

       17.10 

             B1 

       3.49 

             B6 

       0.71 


HABITAT 

Ramai orang mengetahui tentang kesan Ganoderma, tetapi hanya segelintir sahaja 
menyedari bahawa Ganoderma memerlukan persekitaran yang panas dan lembap, suhu antara 
26 � 27 darjah Celsius untuk tumbuh. Justeru itu, banyak Ganoderma yang tumbuh liar di 
hutan Malaysia.   

Sebenarnya Ganoderma mudah ditemui di sekitar lingkungan kita, ia biasa dilihat tumbuh 
pada pohon yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Biasanya paling banyak ditemui 
tumbuh pada tanaman angsana ( Pterocarpus Indica ) atau kenari ( Canarium Commune ) 
seperti yang dinyatakan oleh seorang peneliti Ganoderma Cecep Suryana di Kebun Raya 
Bogor. Kadang kala Ganoderma juga ada pada tanaman palem ( Palmae ). 

Daripada hasil penelitian Kebun Raya Bogor selama 4 tahun akhirnya menyimpulkan bahawa 
Ganoderma Enedemik tumbuh pada tanaman yang masih hidup. Cecep Suryana juga menyatakan 
bahawa sifat hidup ia yang epitit, kita biasa perhatikan pada bahagian bawah setiap 
pohon yang ditumbuhi Ganoderma anggota kelas Basidiomycetes itu perlahan � lahan akan 
lapuk. 

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan Ganoderma yang tumbuh semulajadi manusia 
terpaksa memanjat tinggi ke atas gunung dan menjelajah ke dalam hutan rimba yang tebal 
demi mendapatkan cendawan yang misteri ini. Tetapi pada zaman teknologi yang moden 
ini, manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkannya. Dengan adanya 
teknologi moden kejuruteraan-bio, kini ia telah ditanam secara komersildi dalam rumah 
hijau di kebanyakan negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat. 

GANODERMA DI INDONESIA 

          Ganoderma termasuk salah satu jamur kayu yang telah lama diketahui wujud di 
Indonesia. Namun ia hanya mula diteliti di Kebun Raya Bogor pada tahun 1993. Pada 
tahun 1997, telah diketahui wujud 21 jenis Ganoderma di Indonesia seperti yang 
dinyatakan di bawah: 

G. Australe                                G. Mastosporum                     G. 
Asperulatum 

G. Applanatum                          G. Amboinense                      G. 
Bruggemanii 

G. Chlalceum                            G. Dejongii                             G. 
Dankii 

G. Hoehlenianum                      G. Leytense                            G. Petchii 

G. Philipii                                  G. Torpium                            G. 
Trulla 

G. Subtornicatum                      G. Subresinosum                    G. 
Trulliforme 

G. Vanheurnii                           G. Weberianum                       G. 
Williamsianum 

Di Indonesia Ganoderma ini dijumpai di Jawa( Kebun Raya Bogor, Gunung Gede, Kabupaten 
Garut ), Riau , Pergununggan Kerinci, Bali, Lombok dan Sumbawa. Ganoderma dapat 
ditemui mulai dari ketinggian 300m daripada hingga dataran tinggi. 

GANODERMA DI CHINA 

Ling Zhi ialah nama bagi Genoderma dalam bahasa Cina sejak 2000 tahun lalu iaitu pada 
dinasti Shu. Pada zaman itu Ling Zhi mempunyai nilai yang sangat tinggi dan hanya 
diperuntukkan untuk kegunaan golongan atasan atau maharaja-maharaja sahaja. 

Ini kerana Ling Zhi dipercayai sangat berkhasiat dan berupaya menyembuhkan pelbagai 
penyakit iaitu mulai dari penyakit ringan hingga ke penyakit yang boleh membawa maut 
seperti kanser. Ini telah menyebabkan masyarakat China mengelarkan Ling Zhi sebagai 
�Si Ubat Dewa�. 

Menurut sejarah China, cendawan ini ditemui oleh seorang petani yang bernama Seng Nong 
yang juga digelar �Petani Yang Suci�. Menurut beliau, Ling Zhi merupakan sejenis 
tumbuhan yang dicuba olehnya. Beliau telah menghasilkan sebuah manuskrip yang berjudul 
Herbal Seng Nong Klasik yang dikatakan merupakan material medica China yang terulung. 
Malahan pada masa ini, manuskrip ini masih dianggap sebagai asal atau panduan kepada 
ubat tradisional China dan ubat tradisional timur pada umumnya. 

PENYEDIAAN GANODERMA DENGAN KAEDAH TRASIONAL 

Pada zaman dahulu masyarakat menggunakan kaedah tradisional dalam proses penyediaan 
Ling Zhi kerana tidak mempunyai peralatan yang moden terutamanya mastarakat China. 
Masyarakat China menggunakan cara merebus seperti mana merebus herba-herba yang lain 
demi mendapatkan ekstrak. 

Secara tradisionalnya, Ling Zhi dapat disediakan dengan menjadikan cendawannya sebagai 
serbuk dan direbus pada suhu yang hampir mendidih selama dua hingga tiga jam ataupun 
sehingga paras air yang asal berkurangan sebayak dua per tiga.Teh itu kemudiannya 
ditapis dan ia boleh dimaniskan dengan madu tetapi sebaik-baiknya elakkan penggunaan 
gula biasa. Manakala serbuk yang kelihatan biasa seperti �bola bulu yang basah� boleh 
digunakan semula sehingga warna tehnya menjadi pudar iaitu lebih kurang sebanyak tiga 
kali. Bagi mengurangkan rasa pahit teh tersebut, sedikit esen laichee (fructus lycii) 
dan glukosa natural boleh ditambahkan. Ekstrak laichee bukan sahaja boleh memperbaiki 
rasa teh Ling Zhi malah ia juga memberi manfaat kepada organ hati. 

Namun ada juga cara tradisional yang lebih memudahkan iaitu Ling Zhi akan direbus di 
dalam air untuk beberapa jam ataupun dibiarkan direndam di dalam alkohol selama 
beberapa minggu supaya kandungan yang aktif itu dapat larut di dalam alkohol dan ia 
dapat diminum. 

 

PENYEDIAAN GANODERMA DENGAN KAEDAH MODEN 

Untuk meperolehi Ganoderma dengan kualiti yang baik dan kuantiti yang banyak, faedah 
moden diperkenalkan dalam proses penanaman, pengeluaran ataupun proses penyediaan 
seperti yang dinyatakan di bawah. 

  

KAEDAH PENANAMAN 

1)   Kaedah Tisu Kultur 

          Penghasilan semula sejuta kuntum Ganoderma daripada satu Ganoderma induk dan 
memilih hanya terbaik. 

2)  Kaedah Penanaman Organik 

          Tiada bahan kimia, racun serangga dan hormon; hanya bahan semulajadi seperti 
sekam padi dan gentian kayu digunakan dalam penanaman. Kaedah ini hanya mengambil masa 
tiga bulan untuk membolehkan Ganoderma dipetik, sedangkan negara lain memerlukan 
tempoh selama enam bulan atau lebih. 

3)   Susunan Secara Menggantung 

          Sebagai alternatif terhadap penanaman. Ganoderma di atas tanah, kaedah 
gantungan Ganoderma membantu mengelak penyerapan bahan-bahan penyerapan bahan-bahan 
yang tidak diingini. 

TEKNIK PENGELUARAN 

1)   Pemprosesan Penyejukan Semula Jadi 

          Semua Ganoderma tidak melalui proses haba. Jadi elemen aktif Ganoderma tidak 
terjejas sekaligus mengekalkan kesemua 100% bahagian berkhasiat Ganoderma. 

2)   Pengasingan Tiber 

          Menggunakan teknik khas yang dimajukan oleh syarikat untuk membuang tiber 
kurang efektif daripada Ganoderma dan hanya bahagian yang paling berkhasiat dipilih 
spora. 

3)   Menghasilkan Serbuk Spora 

          Hasil teknik yang unik untuk menghancurkan selaput keras spora, dan mengisar 
kepada bentuk sebuk spora bersaiz mikro. Kesemua elemen aktif Ganoderma dipelihara 
melalui proses ini. 

  

PRODUK YANG DIHASILKAN 

          Masyarakat amat mempercayai cendawan yang digelar Ling Zhi ini amat 
berkhasiat untuk manusia. Faktor ini telah menyumbang kepada menjadikan Ling Zhi ini 
dijadikan produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. 

          Kini Ling Zhi telah dijadikan produk yang komersial oleh kebanyakan negara 
misalnya Jepun, China, Taiwan, Korea, Amerika Syarikat dan juga di Asia 
Tenggara.Ekstrak Ling Zhi boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti kapsul dan pil. 

          Di samping makanan dan minuman kesihatan, Ganoderma juga dapat menghasilkan 
produk penjagaan diri untuk mengelakan orang ramai daripada pengambilan bahan kimia 
dan toksin yang berlebihan ketika memberus gigi, membasuh rambut dan mandi serta pada 
masa yang sama memelihara kesihatan diri.    

CENKUDU ( CENDAWAN MERAH + MENGKUDU + MADU )

JUS CENKUDU

KOPI CENKUDU

TEH CENKUDU

COKLAT KOKO CENKUDU

UBAT GIGI CENKUDU

GEL MANDIAN

SYAMPOO RAMBUT

Maklumat lanjut sila join :

http://health.groups.yahoo.com/group/herbakita

atau lihat keterangan produk di :

http://www.geocities.com/gamat2004

Terima kasih

Testimonial :

GASTRIK, KEBAS KAKI DAN KUDIS 

Saya mengidap gastrik, kebas-kebas kaki dan tangan berkudis selama 17 tahun. Saya 
telahpun mencuba berbagai-bagai ubat sama ada dari klinik ataupun tradisional namun 
tidak juga pulih.

Setelah mengamalkan Jus Mengkudu, Spirulina dan Kopi Cenkudu SURECO dengan izin Allah 
semua masalah yang selama ini dihadapi telah pulih. Pada peringkat awal mengamalkan 
produk ini, berlaku tindak balas iaitu rasa pedih perut dan gatal di tangan makin 
bertambah saya teruskan dan selepas dua minggu beransur pulih. 

Suami saya En. Khosaini Jamil 36 tahun mengidap buasir, gastrik dan bisul selama 13 
tahun telah pulih sepenuhnya setelah mengamalkan Jus Mengkudu selama 2 bulan secara 
berterusan. Di atas keberkesanan produk SURECO inilah membuatkan kami berdua begitu 
yakin untuk menjalankan perniagaan yang ditawarkan oleh SURECO dan hasilnya sangat 
lumayan. Terima kasih SURECO.

Puan Enson Jahari. 

Kg Selabak Dalam Teluk Intan, Perak. 






                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
Win a $20,000 Career Makeover at Yahoo! HotJobs 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
Yahoo! Domains - Claim yours for only $14.70
http://us.click.yahoo.com/Z1wmxD/DREIAA/yQLSAA/TcOolB/TM
---------------------------------------------------------------------~->

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
     http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
     [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
     http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke