Berbanyak terima kasih kerana memberikan kata-kata perangsang kepada saya dan rakan-rakan IT serta rakan-rakan penulis di sini.
Terima kasih juga kerana telah bersama di Pesisir Group dan dapat ikuti sedikit sebanyak tentang Pesisir dan berkenaan projek IT di Tumpat ini. Benar, saya pernah kecewa (paling kemuncak pada awal tahun ini) dengan tahap penggunaan internet dan IT oleh warga Tumpat khasnya dan Kelantan amnya setelah menaruh harapan yang begitu tinggi untuk orang ramai menggunakan kemudahan ini untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat. Saya memikirkan tentang betapa pentingnya penggunaan ICT pada zaman ini walaupun dengan tidak pernah belajar daripada mana-mana tempat atau menghadiri apa-apa kursus komputer dan internet dan dalam keadaan kekurangan hampir segalanya, saya cuba mencari langsung daripada internet itu sendiri. Saya menemui beberapa perkara yang perlu dikongsikan oleh semua, terutamanya perkara yang asas seperti mengendali e-mel peribadi dan hasilkan laman web secara ringkas dan sebagainya. Hajatnya selepas ini nak kongsikan perkara-perkara tersebut untuk ahli-ahli Persatuan ICT Tumpat dan penulis-penulis di Tumpat. Kini dengan sokongan dan bantuan rakan-rakan IT yang kian ramai dan kian meningkat , saya kembali bersemangat dan rasanya seakan tidak lagi ingin berpaling ke belakang biarpun saya telah dapat merasakan suatu hari nanti talian telefon akan dipotong lagi untuk kali keempat kerana menggunakan internet terlebih masa yang sepatutnya. Nak guna stremix kawasan ini di luar liputan penggunaannya. Kini , sebahagian daripada harapan itu seakan telah terlaksana walaupun masih banyak lagi yang belum terlaksana iaitu setelah kini Persatuan ICT Tumpat telah di peringkat akhir penubuhannya. Saya nampak ada beberapa persamaan antara bidang penulisan dengan IT. Boleh saling bantu-membantu dan sokong menyokong antara satu dengan lainnya. Saya pada mulanya adalah seorang penulis sajak selama beberapa tahun dan sempat hasilkan sejumlah agak besar juga sajak, kemudian menjadi seorang aktivis sastera dan belia serta sedikit-sedikit aktivis masyarakat . Beberapa tahun kebelakangan saya mula kenal dengan internet dan jadi aktivis IT pula secara dogol-dogol saja. Kini hajatnya nak siapkan novel sambil-sambil belajar internet sedikit sebanyak dan menyumbang sedikit tenaga dalam beberapa persatuan di peringkat kampung dan daerah Tumpat. Nak sumbangkan benda lain kepada masyarakat mungkin tak dapat kerana di luar batas kemampuan ketika ini. Ediramle Ismail, Kok Pasir, Mei 2004 Sdr. Hakching sekarang berada di mana? ----- Original Message ----- From: "hakchingoong" <[EMAIL PROTECTED]> To: <[EMAIL PROTECTED]> Sent: Friday, May 07, 2004 1:03 PM Subject: [Pesisir] Terima kasih > Salam sejahtera, > Saya ini mengucapkan terima kasih kerana Group Pesisir memberi ruang > kepada saya untuk menjadi ahli dengan cara yang begitu mudah, tidak > payah tunggu kelulusan moderator. Saya memang telah lama mengikuti > perbincangan dalam kumpulan ini. Saya pada satu ketika sangat terharu > membaca berita yang saudara moderator, ediramle ingin menarik diri > akibat kurang sokongan terhadap program IT beliau. Saya tertanya > siapakah edi yang begitu komited ingin membantu memajukan IT di > Kelantan. Saya dapati dalam dunia maya ini edi sangat terkenal: ada > dimerata-rata injin pencari dan juga dalam katolog perpustakaan serta > dunia termasuk Universiti Ohio di Amerika Syarikat. Syabas saya > ucapkan di atas usaha saudara mengembang sastera dan budaya dan juga > IT di Kelantan. Saya juga pendidik, penulis dan peminat bahasa, > sastera dan budaya. Tulisan mengenai dikir barat mengingatkan saya > pada zaman lampau atau zaman saya masih kecil. > > Terima kasih. > Hakching Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
