Minyak Kelapa Dara NUFERA http://nufera-vco.2ya.com

Apa itu Lupus

Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit 
autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan 
sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, 
jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit 
sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ 
dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE). 

Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) 

Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi 
tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, 
sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan. 

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan 
kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan 
peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus 
(SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian. 

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. 
Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko 
seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE). 

Gejala-gejala Lupus. 

Diskoid Lupus 

Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan 
merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal. 

Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut. 

Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ 
lain. 

Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ) 

Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk 
rama-rama. 

Ulser di dalam mulut 

Keguguran rambut 

Demam berpanjangan. 

Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau 
ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan 
tangan. 

Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda 
bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh 
menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti 
pesakit mental. 

Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran 
protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, 
Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang. 

Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit 
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan 
penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung 
kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat. 

Rawatan 

Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan 
mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman. 

Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan 
atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti 
keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ 
dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat 
immunosuppression adalah diperlukan. 

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita 

Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan 
wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang 
boleh dihadapi ialah :- 

1. Risiko keguguran kandungan. - Terutama di peringkat awal atau akhir 
mengandung. 

2. Komplikasi lain semasa mengandung. - Penyakit lupus menjadi aktif semula 
semasa mengandung. - Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi 
buah pinggang adalah tinggi. 

Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah 
dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. 
Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu 
membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak 
di hospital. 

Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit 
ini menjadi aktif. 

Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan 
penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat 
awal sebelum ia menjadi lebih teruk. 

Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan 
dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai 
sunscreen. Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat 
doktor yang merawat. Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang 
mengubati pesakit-pesakit SLE. 

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan 
pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious. 

Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh 
mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung 
kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap 
penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE). 

Rujukan : "Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit 
Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital 
Selayang. 

Testimoni Pengguna 

Kini sudah hampir 4 tahun saya mengalami penyakit SLE. Mungkin anda semua 
pernah mendengar ataupun disebaliknya. Masih berulang alik ke HUKM 2 bulan 
sekali untuk dipantau penyakit ini. Seringkali juga saya bertanya DR. apakah 
penyakit ini tiada penawar jawapannya "tiada".Kalau nak ceritakan masalah 
penyakit ini panjang..

Selepas hari raya tahun lalu saya telah mengalami sakit perut yang teramat 
sakit tak boleh tidur , jumpa Dr., sakit tidak juga reda bermacam-macam kaedah 
saya lakukan. Kesudahannya kawan sepejabat mengesyorkan pengambilan "NUFERA" 
..tak sabar2 saya mencarinya akhirnya saya dapat membeli 2 botol pada 17/2 yg 
lalu. Sudah 3 hari saya amalkanya..insyallah ada terasa berkurangan 
sedikit..saya pasti akan mengamalkanya.

Sekian, terima kasih.

"d_putra98" 

[EMAIL PROTECTED]

Minyak Kelapa Dara NUFERA http://nufera-vco.2ya.com


Minyak Kelapa Dara Nufera : http://nufera-vco.2ya.com
 

                
---------------------------------
Yahoo! Mail Mobile
 Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.

[Non-text portions of this message have been removed]



Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke