Minyak NUFERA http://nufera-vco.2ya.com (012-9250789)

Info Kesihatan : Gout serang sendi

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali 
berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas 
wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga 
ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh 
berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai 
penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada 
pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling 
sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan 
hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah 
bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada 
kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca 
sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang 
menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat 
gout.

Tisu lembut

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), 
akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara 
cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang- ulang 
yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan 
kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, 
merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan 
kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu 
besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

"Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku 
lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara 
lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan 
bengkak, merah dan panas.

"Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan 
daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu 
banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau 
tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit," katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana 
pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada 
pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan � yang dipanggil gout palsu atau 
pseudogout.

Nufera dan kesan terhadap penyakit Gout

Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan 
dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan 
menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. 
Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan 
sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi 
adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai 
pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

NUFERA boleh membantu masalah gout kerana ia boleh mempunyai keupayaan untuk 
proses detoksifikasi. Proses ini adalah proses pembuangan bahan yang tidak 
diperlukan oleh badan (hazard). Maka asid urik yang berlebihan pada sendi dapat 
disingkirkan.

Antara kesan permulaan penggunaan NUFERA bagi pesakit gout adalah mereka 
mungkin mengalami sakit yang pada kawasan sendi. Walau bagaimanapun pengguna 
dinasihatkan terus menggunakan NUFERA kerana kesan ini adalah untuk sementara 
waktu sahaja. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat selepas sebulan memakan 
NUFERA. Walau bagaimanapun kesan NUFERA adalah bergantung kepada tahap 
kesihatan dan kadar metabolisma badan individu.

Bagi pesakit gout cara penggunaan yang dicadangkan adalah 1-2 sudu besar 
sehari. Amalkan memakan NUFERA sebelum sarapan dan makan tengah hari.

Minyak NUFERA http://nufera-vco.2ya.com


Minyak Kelapa Dara Nufera : http://nufera-vco.2ya.com
 

                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Make Yahoo! your home page   

[Non-text portions of this message have been removed]



Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke