Petang ini kira-kira jam 3 semasa saya balik dari bendang. saya lihat agak 
banyak kereta yang parking berhampiran perhentian keretapi Kok Pasir (dekat 
dengan PICTKP). 

Saya lihat siapakah mereka. Beberapa orang dikenali dan di antara mereka ialah 
YAB Menteri Besar Kelantan dan Timbalan Mentari Besar Kelantan, tuan DO dan 
pastinya dikalangan mereka beberapa orang pembesar negeri . Mereka rupanya 
pergi menziarahi rumah anak mangsa kemalangan yang terletak di seberang jalan 
keretapi.

Walaupun ini bukannya kali pertama MB datang ke Kok Pasir, tapi selalunya 
datang ke masjid pada hari jumaat. Tapi kali ini datang menziarahi anak yatim 
piatu di sini.

Sebagai warga Kok Pasir saya berasa terharu atas kunjungan YAB MB ke sini. 
Manakala Timbalan MB sudah acap kali datang kerana beliau adalah boleh 
dikatakan anak tempatan di sini (anak tok guru Kob pondok Berangan).


Pada kira-kira jam 6.00 petang juga ingin rakamkan penghargaan dan terima kasih 
atas kehadiran YB Mohd Zaki Ibrahim . Kali ini saya memberanikan diri ke arah 
rombongan yang terdiri daripada berbelas orang juga datang ke sini. Turut sama 
adalah sdr. Roslan Ismail (anak pulau seratus).

YB Zaki masih seperti dulu, mesra  dan ternampak saja saya beliau mengangkat 
tangan dan bertanyakan tentang keadaan semasa saya kerana lama tak jumpa.
Dulu pernah sebagai warga IT Kelantan dan sempat juga tanya tentang ICT.

Ediramle Ismail
PICTKP
h/phone: 0129032948


[Non-text portions of this message have been removed]



Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke