-Maaf kiranya dirasakan tidak berkenaan-

Hari ini. Meluangkan sedikit masa untuk mencatat pengalaman sepanjang majlis 
penghayatan insan di pantai Kuda, Tumpat, Kelantan.

Catatan ini bertujuan untuk mengongsi pengalaman tentang betapa indahnya 
pemandangan sekitar sungai Kelantan dan kawasan pantainya disamping merupakan 
catatan aktiviti Belia di Kok Pasir di bawah pimpinan sdr. Wazam .

Catatan bermula pada jam 3 petang hari Jumaat 27 Mei 2005 hingga Sabtu 1.30 
pagi.  Catatan selengkapnya mungkin boleh dibuat oleh saudara Wan Zamri (Wazam) 
yang mengikuti sepenuhnya acara di Pantai Kuda.

Jam 3 petang. Kami berkumpul di Bilik Gerakan Daya Wawasan Kok Pasir untuk ke 
Pengkalan Kok Majid. 

Rombongan kami bertolak ke Kok Majid dengan menggunakan van dan lori. Setibanya 
di Kok Majid, kami menurunkan segala peralatan yang akan dibawa ke pantai Kuda 
untuk mengikuti program Penghayatan Insan yang dianjurkan GB4B kg kami dengan 
kerjasama JASA.

Kira-kira jam 4 petang , bot pertama kami berlepas dengan dinaiki seramai 8 
orang. Bot pertama ini juga memuatkan kebanyakan barangan keperluan untuk 
program dua hari ini. Bot ini dinaiki oleh Pak Nik Napi salah seorang penasihat 
GB4B kami yang sangat prihatin dengan permasalah belia masa kini.

Bot kedua berlepas kira-kira 15 minit kemudian dengan memuatkan seramai 36 
orang iaitu kumpulan yang terdiri daripada peserta wanita dan anak-anak.

Beberapa minit kemudiannya berlepas pula bot ketiga iaitu bot terakhir yang 
berlepas sekitar jam 3.30 hingga 4.00 petang. Turut sama di atas bot ini ialah 
saudara pengerusi GB4B Kok Pasir iaitu saudara Wazam .

Saya kemudiannya balik semula ke kok pasir bersama timbalan pengerusi GB4BKP 
yang tidak dapat hadir bersama ke pantai kuda kerana ada hal yang tidak dapat 
dielakkan.

Bot yang dinaiki sdr. pengerusi dan ketiga bot yang memunggah peserta telah 
sampai kira-kira setengah jam kemudian. 

Jam 5.30 petang. Saya sekali lagi ke Kok Majid bersama beberapa orang lagi 
termasuk ketua penasihat dan beberapa orang belia yang tak sempat pergi pada 
jam 4 petang tadi.

pada pukul 6.20 sekali lagi 2 buah bot berlepas ke Pantai Kuda dengan memuatkan 
kira-kira 30 orang lagi termasuk ustaz, Setiausaha, pegawai JASA yang akan 
sampaikan ceramah pada malam nanti.

saya menaiki bot kedua iaitu bot yang agak besar sikit dan semasa dalam 
perjalanan saya menggunakan kesempatan untuk merakamkan gambar-gambar 
pemandangan yang nyatanya sangat menarik kerana ini adalah waktu hampir 
menjelang senja.

Kami melalui beberapa pulau  antara Tumpat dan Kota Bharu. Kali ini tidak 
mengikuti jalan semasa peninjauan dulu kerana bot ini tak dapat melalui di 
laluan yang tohor.

Kami melalui muka kuala besar dan terus masuk ke laut Cina Selatan yang kini 
kelihatan tenang seakan-akan tidak berombak.

Sesampainya ke Pantai Kuda peserta yang datang lebih awal kelihatan telah siap 
memasang khemah-khemah dan sedang bersiap-siap untuk makan petang. Segala 
persiapan lain seperti pembesar suara dan elektrik telah disediakan dengan baik.

Sebentar saja selepas kami sampai. Kami dihidangkan dengan nasi. Kebetulan 
ketika itu lauk yang disediakan adalah laut daging gulai. saya makan nasi 
bersama lauk yang dibawa khas oleh Pak Nik Napi juga juga tak makan daging 
seperti saya.


Enjin janakuasa dihidupkan dan beberapa lampu menyala terang. Tak cukup enjin 
digunakan pula bateri. Suasana yang sudah mula gelap di pantai kuda diterangi 
cahaya lampu kalimantan . Kebetulan beberapa orang Ajk kami adalah mereka yang 
berkerja pendawaian, jadi perkara ini tak jadi masalah.

Selepas makan. hari sudah masuk maghrib. Kami masing-masing mengambil air 
sembahyang untuk menunaikan solat Magrib di pantai. Selepas solat magrib , 
acara kami seterusnya ialah Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Man. Antara 
lain dibaicarakan adalah tentang kejadian manusia.

Hari sudah malam. Selepas selesai tazkiran kami bersolat Isya dan menunggu 
kedatangan penceramah dari JASA.

Penceramah JASA dan beberapa orang pegawai JASA antaranya Encik Ismail (Abe 
Will) tiba dengan bot yang telah kami sediakan kira-kira jam 9 malam. Kami 
seterusnya ikuti ceramah yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bina Insan 
JASA Kelantan En. Razali Ismail selema kira-kira 1 jam.

Pelbagai persoalan yang disampaikan. Antaranya tentang permasalahan belia hari 
ini yang bakal menjadi pemimpin hala tuju masyarakat akan datang.

Selepas ceramah bina insan sampaikan, tibalah untuk acara bakar ayam dan 
keliatan berkerumunlah para belia di tempat pembakaran ayam. Ada juga yang 
sudah mencari ketam dan ada yang menjala ikan dan beberapa orang pula sudah 
mula memancing.

Jam sudah lebih sepuluh . Pegawai-pegawai JASA dan beberapa orang ustaz sedang 
berbual-bual sesuatu tentang sejarah dan tentang permasalah anak bangsa .

Saya berjalan ke sana ke mari dan mencari target keindahan alam yang 
benar-benar semula jadi di pantai dan laut. Bulan sudah mendaki langit timur, 
cahayanya pada mulanya berbalam , kemudian semakin terang. Bintang-bintang 
kelihatan kabur, walaupun dalam cuaca yang baik.

Jam 11.45 satu lagi rombongan datang , dan mereka tersasar sedikit haluan , 
kali ini ialah kedatangan pengarah JASA Drs Suhaili dan beberapa orang pemimpin 
masyarakat di Tumpat. Kami bersimpuh di tikar khemah yang dibentangkan dan 
masih berbual-bual sesuatu. Malam sudah terasa semakin dingin oleh angin yang 
bertiup(bayu darat)

Jam 12.20 sebuah bot akan balik ke pengkalan Kok Majid untuk membawa balik 
beberapa orang yang tak dapat tunggu sehingga acara selesai pada keesokkannya.
Ini termasuklah saya sendiri tidak dapat berada sepenuh di program ini.
Antaranya penceramah dan ustaz Man juga beberapa orang penasihat gb4b juga 
beberapa orang belia yang terpaksa balik kerana esok adalah hari bekerja.

Kami berlepas dengan bot yang dinaiki petang tadi dan bot itu memecut dalam 
cahaya bulan menuju ke kuala dan melalui pengkalan perikanan Kuala Besar ke Kok 
Majid. Dalam perjalanan tak dapat rakam sebarang gambar kerana agak gelap. 
Sekali sekala berselisih dengan bot-bot nelayan yang memberikan signal lampu ke 
arah kami.

Kira-kira setengah jam kemudiannya, kami tiba di pengkalan Kok Majid  dan 
masing-masing menumpang kenderaan untuk balik ke rumah masing-masing. Saya 
menumpang kereta Ustaz Man yang akan bermalam di Darul Hanan kerana akan 
menyampaikan kuliah subuh kepada apara peserta kursus di darul hanan pagi nanti.

Sesampainya di Kok Pasir , saya balik ke rumah dan tak lama kemudiannya saya 
tertidur iaitu kira-kira jam 1.30 pagi.

Sampai di sini saya tak tahu lagi apa perkembangan di Pantai Kuda. Saya percaya 
Wazam dapat menceritakan dengan lebih lanjut lagi pengalaman dari sudut 
pandangannya.

Bagaimanapun saya mengucapkan Tahniah atas kejayaan GB4B Kok Pasir menganjurkan 
aktiviti yang penuh bermakna ini yang dapat menjadi kenang-kenangan sepanjang 
hidup oleh para belia kita.

Esok Isnin 29 Mei satu lagi aktiviti yang kami akan laksanakan iaitu Motivasi 
Keibubapaan yang membabitkan semua ibubapa pelajar di SK Kok Pasir anjuran 
bersama GB4B Kok Pasir, PIBG sk Kok Pasir dan pihak sekolah. Program ini adalah 
dengan kerjasama Biro Tatanegara.


iramle Ismail
PICTKP
h/phone: 0129032948


[Non-text portions of this message have been removed]



Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke