pada setiap Musim cuti pertengahan tahun keluarga Pak Cik Lah , Mak Cik Limah berkumpul beramai-ramai di kampung Kok Pasir tercinta , biarpun mereka masing-masingnya telah berkeluarga dan tinggal jauh dari kampung laman .
Hampir setiap tahun, pak cik lah akan adakan acara belarak lilin sempena sambutan maulud. Tahun ini juga tidak ketinggalan pak cik lah adalah majlis dengan menghimpunkan anak beranak, saudara mara dan tak ketinggalan masyarakat kampung. Pak cik lah akan adakan majlis jamuan laksa dan semua anak-beranaknya akan menjalankan tugas masing-masing bagi menyiapkan laksa dan sebahagiannya pula menyiapkan pelamin dan menyediakan bunga-bunga telur dan sebagainya tak ubah seperti kenduri kahwin yang betul-betul punya. Pada Hari Isnin, kelihatannya ramai kanak-kanak telah menyediakan lilin dan ada yang menhiasnya dengan pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing , tak kira yang besar dan yang kecil atau orang dewasa sekalipun juga turut menyediakan lilin untuk anak-anak mereka. Malam menjelang sudah. Kegelapan telah menguasai terang siang. Syukurlah cuaca cukup baik pada hari Isnin malam selasa 30 Mei 2005. Selepas solat isya kira-kira jam 9.15 malam, orang ramai sudah mula berkumpul berhampiran perhentian keretapi kok pasir (Dekat dengan Pusat ICT Kok Pasir lah tu) . Ada yang bawa par dan pulut semangat , ada yang bawa lilin dan ada yang berpakaian pengantin dan ada orang-orang dewasa yang akan berselawat. Jam 9.30 malam acara perarakan dimulakan dengan didahului oleh pembawa pulut semangat dan pengantin serta kanak-kanak. Mereka berselawat dan berarak beramai-ramai , tak pasti berapa ramai, tapi lebih seratus orang. Perarakan ini mengambil masa kira-kira 20 minit dan sejauh kurang lebih 450 meter hingga sampai kembali ke rumah pak cik lah. Sampai di rumah Pak cik lah , pengantin olak-olak perempuan dan lelaki masing-masing mengambil tempat di pengajangan (di pelamin) mereka bersanding seakan majlis persandingan yang betul-betul. Pada tahun ini dibuat dua pasangan bersanding. dua orang berpakaian pengantin perempuan dan dua orang berpakaian pengantin lelaki . Sebenarnya semuanya kanak-kanak lelaki cucu pak cik lah sendiri yang jadi pengantin olak-olak. Gambar yang dirakamkan pada 30 Mei 2005 Jam 9.45 malam semasa berarak lilin oleh penduduk Kok Pasir. Ediramle Ismail PICTKP h/phone: 0129032948 [Non-text portions of this message have been removed] Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
