Saya juga nampak seperti Tumpat boleh dijadikan bandar pelancongan yang manarik kerana disamping ianya terdapat tempat-tempat bersejarah seperti jeti jepun, kubu british, perhentian keretapi yang paling hujung, ianya juga memiliki pemandangan yang sungguh indah dan menawan. Pulau-pulau delta seperti boleh dimajukan. Kita boleh usahakan untuk gali semula sejarah sebelum ianya semakin dalam tertimbus oleh waktu, kalau ada orang sanggup buat tentang perkara ini saya boleh tumpang sekaki.
Pantai Sri Tujuh adalah antara pantai yang tercantik dan nampaknya bertambah cantik dari masa ke semasa. Kita ada juga pantai Geting, dan di hujung tanjung sana dengak sempadan Thailand ada satu taman yang menarik apa namanya kedengaran orang sebut seperti taman tengku Anis kalau tak silap. Kalau mat Salleh nak berjemur boleh tahan berjemur. Pantainya memanjang dan bagus. Kalau kurang bersih ianya boleh dibersihkan. Gerai-gerai sudah agak banyak, tapi kena ada produk yang menarik hati pelancung luar. Ada kemudahan nanti boleh promosi secara meluas, kita ada kemudahan internet, kita ada kemudahan badan-badan pelancungan dan sebagainya. Orang kita kena kata cantik bila ada orang tanya tentang Tumpat. Memang benar kita kena cari jalan supaya Tumpat kita lebih gemilang daripada kegemilangan yang lalu. Kalau En. Azahari dirikan hotel di kawasan pantai Tumpat saya rasa sangat berbangga, Begitu juga dengan dirikan rumah di pulau atau dirikan rumah terapung sekalipun berhampiran pantai sri Tujuh. saya walaupun tidak mampu langsung untuk perkara itu , tapi seakan-akan terpampang perkara-perkara itu seakan ianya satu kenyataan. ----- Original Message ----- From: "Azahari Ahmad" <[EMAIL PROTECTED]> To: <[email protected]> Sent: Wednesday, October 26, 2005 8:18 AM Subject: Re: [Tumpat] pantai ndo... > saya rasa tumpat boleh jadi bandar pelancungan yang menarik...di samping pantai seri tujuh, kita ada perkampungan nelayan yang exotic/rustic, yang sunyi/sepi, seafood yang murah2, jauh dari kebisingan civilization/bandar.....disukai oleh pelancung2 asing....kedudukan pun dekat dngan sempadan thailand...kalau ada tarikan banyak pelancing akan jadikan tumpat sbagai transit holiday....water tourism etc.... > > saya ada plan nak buat a small boutique inn (kira macam hotel laa....) kat sekitar kawasan pantai tumpat....design dah ada, tapi belum solid lagi.... > > perancangan susah skit sebab kita dok kl...benda nak buat kat tumpat..... > > sebenarnya, kalau ikut sejarah, tumpat dulu gemilang......ada pelabuhan, stesen k'api terakhir, ada "city life" etc etc....kita kena cari jalan untuk kembali gemilangkan Tumpat tercinta, heheheh.... > > Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Kalau didirikan rumah di pulau hadapan Pantai Ndor tentunya sangat menarik. > Dan selepas itu pastinya ada lagi rumah didirikan di situ. Kalau pulau itu > dijadikan seperti taman juga sangat menarik. Seperti banyak perkara yang > boleh dibuat di sana, mungkin pihak kerajaan ada perancangan untuk ini. > Mungkin Majlis daerah fikirkan perkara ini. > > > Dulu pernah ada ura-ura pulau-pulau berdekatan jadi kawasan perumahan, dah > siap dengan plan dan sebagainya saya lupa apa namanya, mungkin namanya kota > sri Tumpat . > > Di Tumpat nampaknya membangunnya agak perlahan berbanding pasir pekan dan > Wakaf Bharu. Wakaf Bharu lebih pantas dah ada kedai seakan pusat membeli > belah, tapi kalau tentang pemandangan Tumpat lebih menarik. Ada nilai seni > ada nilai perasaan yang menebal di sini. > > Saya sering juga ke pantai ndor. Bagus untuk berihat sekitar beberapa minit. > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
