Di daerah Tumpat banyak sejarah dan banyak tempat-tempat yang boleh
dimenarikkan. Tumpat boleh maju mengikut keperibadiannya tersendiri sebagai
kota kecil dan daerah yang unik dan luar biasa. Mungkin ramai orang yang
tidak nampak hal ini.
Dari Pasir Pekan Ke kuala Kubor ada bahan-bahan sejarah dan ada bahan-bahan
yang laku dijual ke mata masyarakat dunia sekalipun. Pulau-pulau delta yang
cukup menarik, pantai yang indah, penduduk yang berbudaya dan berwawasan.
Tumpat ramai melahirkan seniman dan mereka yang halus perasaannya.

Tapak sejarah silam yang terbina di sini kita bina kembali sebelum
kesan-kesannya hilang lenyap tanpa disedari oleh anak-anak yang memijak
tanah sejarah ini tidak perasan yang di sini sejarahnya tak ternilai .

Saya sebetulnya telah sekian lama ingin menyuarakan perkara ini, ini mengali
semula sejarah yang semakin hari semakin tertimbus. Tapi tidak temui saluran
yang baik dan tidak mampu dilaksanakan tanpa sokongan pelbagai pihak. Kalau
ada satu persatuan sejarah yang mengkaji dengan mendalam sejarah kita
tentunya banyak yang terurai dan boleh menjadi bahan yang menjadi tumpuan
orang ramai.

Kita boleh tonjolkan Tumpat dalam beberapa segi iaitu segi sejarah,
keindahan alam sekeliling, seni dan budaya warisan.

Saya beri kesanggupan untuk menyumbangkan masa dan tenaga serta semangat dan
buah fikiran sekadar yang termampu  untuk melihat Tumpat seperti yang
diidamkan.

Selamat berbuka.  Kurang seminggu lagi kita bakal berhari raya.

Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
28 Okt 2005 Jumaat .



0129032948 -   Ediramle Ismail



----- Original Message -----
From: "Azahari Ahmad" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[email protected]>
Sent: Friday, October 28, 2005 2:30 PM
Subject: Re: [Tumpat] pantai ndo...


> satu idea yang sangat baik...maknanya kita boleh promosikan Tumpat sbg
pekan kecil yang bersejarah...."Tumpat.....a rustic, exotic and historic
little town of kelantan"....
>
> pada masa yang sama kita kembangkan prasarana/infrastructure serta tarikan

untuk aktiviti spt pusat seafood yang baik, tempat rehat/berjemur,
accommodation yang selesa, water sport, internet, tour guides to
kampung/historic places, melawat rumah2 kampung, dsb......
>
> kat mana nak dapat bahan rujukan sejarah Tumpat? di situ satu permulaan
yang baik, di samping planning untuk boutique inn, rumah2 percutian dll....
>
> Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Saya juga nampak seperti Tumpat boleh dijadikan bandar pelancongan yang
> manarik kerana disamping ianya terdapat tempat-tempat bersejarah seperti
> jeti jepun, kubu british, perhentian keretapi yang paling hujung, ianya
juga
> memiliki pemandangan yang sungguh indah dan menawan. Pulau-pulau delta
> seperti boleh dimajukan.  Kita boleh usahakan untuk gali semula sejarah
> sebelum ianya semakin dalam tertimbus oleh waktu, kalau ada orang sanggup
> buat tentang perkara ini saya boleh tumpang sekaki.
>
> Pantai Sri Tujuh adalah antara pantai yang tercantik dan nampaknya
bertambah
> cantik dari masa ke semasa. Kita ada juga pantai Geting, dan di hujung
> tanjung sana dengak sempadan Thailand ada satu taman yang menarik apa
> namanya kedengaran orang sebut seperti taman tengku Anis kalau tak silap.
>
> Kalau mat Salleh nak berjemur boleh tahan berjemur. Pantainya memanjang
dan
> bagus. Kalau kurang bersih ianya boleh dibersihkan.
>
> Gerai-gerai sudah agak banyak, tapi kena ada produk yang menarik hati
> pelancung luar. Ada kemudahan nanti boleh promosi secara meluas, kita ada
> kemudahan internet, kita ada kemudahan badan-badan pelancungan dan
> sebagainya. Orang kita kena kata cantik bila ada orang tanya tentang
Tumpat.
>
> Memang benar kita kena cari jalan supaya Tumpat kita lebih gemilang
daripada
> kegemilangan yang lalu.
>
> Kalau En. Azahari dirikan hotel di kawasan pantai Tumpat saya rasa sangat
> berbangga, Begitu juga dengan dirikan rumah di pulau atau dirikan rumah
> terapung sekalipun berhampiran pantai sri Tujuh.
>
> saya walaupun tidak mampu langsung untuk perkara itu , tapi seakan-akan
> terpampang perkara-perkara itu seakan ianya satu kenyataan.
>
>
>
>
> ----- Original Message -----
> From: "Azahari Ahmad" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[email protected]>
> Sent: Wednesday, October 26, 2005 8:18 AM
> Subject: Re: [Tumpat] pantai ndo...
>
>
> > saya rasa tumpat boleh jadi bandar pelancungan yang menarik...di samping
> pantai seri tujuh, kita ada perkampungan nelayan yang exotic/rustic, yang
> sunyi/sepi, seafood yang murah2, jauh dari kebisingan
> civilization/bandar.....disukai oleh pelancung2 asing....kedudukan pun
dekat
> dngan sempadan thailand...kalau ada tarikan banyak pelancing akan jadikan
> tumpat sbagai transit holiday....water tourism etc....
> >
> > saya ada plan nak buat a small boutique inn (kira macam hotel laa....)
kat
> sekitar kawasan pantai tumpat....design dah ada, tapi belum solid lagi....
> >
> > perancangan susah skit sebab kita dok kl...benda nak buat kat
tumpat.....
> >
> > sebenarnya, kalau ikut sejarah, tumpat dulu gemilang......ada pelabuhan,
> stesen k'api terakhir, ada "city life" etc etc....kita kena cari jalan
untuk
> kembali gemilangkan Tumpat tercinta, heheheh....
> >
> > Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Kalau didirikan rumah di pulau hadapan Pantai Ndor tentunya sangat
> menarik.
> > Dan selepas itu pastinya ada lagi rumah didirikan di situ. Kalau pulau
itu
> > dijadikan seperti taman juga sangat menarik. Seperti banyak perkara yang
> > boleh dibuat di sana, mungkin pihak kerajaan ada perancangan untuk ini.
> > Mungkin Majlis daerah fikirkan perkara ini.
> >
> >
> > Dulu pernah ada ura-ura pulau-pulau berdekatan jadi kawasan perumahan,
dah
> > siap dengan plan dan sebagainya saya lupa apa namanya, mungkin namanya
> kota
> > sri Tumpat .
> >
> > Di Tumpat nampaknya membangunnya agak perlahan berbanding pasir pekan
dan
> > Wakaf Bharu. Wakaf Bharu lebih pantas dah ada kedai seakan pusat membeli
> > belah, tapi kalau tentang pemandangan Tumpat lebih menarik. Ada nilai
seni
> > ada nilai perasaan yang menebal di sini.
> >
> > Saya sering juga ke pantai ndor. Bagus untuk berihat sekitar beberapa
> minit.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke