Terima Kasih kepada Sdra Ediramlee yang masih mengingati saya walaupun lama 
sudah saya tidak menghantar e-mail kepada egroups tetapi saya sebenarnya masih 
menerima e-mail yang masuk di dalam inbox,masih baca dan masih mengikuti 
perkembangan yang berlaku cuma saya tidak aktif dan tidak turut serta dalam 
perbincangan.
 
Kepada sdra Ediramlee,saya sekadar mampu untuk memberikan suntikan melalui 
kata-kata nasihat agar usaha yang murni yang telah sdra lakukan selama ini 
terus berjalan walaupun apa jua rintangan yang mendatang.Insya Allah berkat 
usaha yang ikhlas,tekun akan dirahmati oleh Allah jua.Kita manusia sekadar 
berusaha,Allah jua yang menentukan.
 
Saya sekarang ini berada di Raub,Pahang.Bertugas di Jabatan yang sama.Kebetulan 
rezeki 2003-2005 saya dianugerahi Allah kenaikan pangkat sebanyak 2 kali iaitu 
pada 01 Julai 2003 dan 19 April 2005.
 
Kepada ahli egroups yang masih aktif,teruskan perjuangan kalian yang masih 
belum selesai.
 
ADNAN ABDUL AZIZ

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Walaikumusalam.

Benar pada  petang raya keempat saya pergi ke Kota Bharu dan balik dekat jam
7 malam.

Nama saudara Adnan (Rakkhun) sentiasa terpahat dalam ICT di Tumpat. Kerana
di antara yang terawal saya kenali di internet dan seterusnya berjumpa
secara nyata. Dan tempat pertemuan pertama pula adalah di masjid selehor.

Bangunan ICT yang dulu  di GDW sudah tak mampu bertahan dan terpaksa ditutup
kerana banyak cabaran yang tak dapat ditepis.

Kemudian saya secara persendirian wujudkan pusat ICT , Pusat ICT Kok Pasir
sejak akhiran ini juga sangat jarang pengunjung yang datang. Sekarang musim
cuti sekolah dan tak ada pelajar yang datang menaip tugasan tidak seperti
sebulan dua lepas .
Bagaimanapun ianya tetap diteruskan walaupun 2 daripada 5 buah komputer yang
ada telah rosak dan sampai kini belum dapat diperbaiki lagi. Cabaran ICT
seperti inilah membuatkan Roslan Ismail dan Ramisa seakan berhenti terus
dari ICT sekurangnya untuk beberapa tahun ini. Rakan-rakan lain juga ada
yang telah berhenti dan sebahagiannya bukan kerana kemampuan tapi kerana
faktor lain.

Saya akan cuba bertahan sehingga tak dapat bertahan lagi.

Ediramle Ismail

----- Original Message -----
From: "Adnan Abdul Aziz" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[email protected]>
Sent: Wednesday, November 09, 2005 3:53 PM
Subject: Re: [Tumpat] Selamat kembali bertugas


> Assalamualaikum Sdra Edi
>
> Saya dan keluarga ada datang ke rumah saudara di Kg.Kok Pasir semasa balik
beraya di kampung pada 6.11.2005,kira-kira jam 5.45 petang tetapi tak dapat
berjumpa saudara kerana khabarnya saudara ke Kota Bharu bersama isteri.
>
> Tak apalah di lain kali kalau dipanjangkan umur kita boleh ketemu
lagi.Nampaknya jalan-jalan di Kg.Kok Pasir-Kok Keli sudah dilebarkan.
>
> Saya sempat menoleh bangunan ICT bagi warga kok pasir yang mana dulunya
saya pernah singgah dan berjumpa dengan sdra ediramlee sewaktu saya kembali
sebentar dari WP Labuan ke Palekbang,adakah ianya masih beroperasi?
>
> ADNAN BIN ABDUL AZIZ
>
> Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Selamat kembali ke tempat kerja dan selamat kembali bertugas kepada yang
bercuti.
>
> Kepada yang bercuti panjang selamat bercuti. Kepada pelajar musim cuti ini
bukannya waktu untuk melupakan semua pelajaran. Banyak perkara yang boleh
kita pelajari dan dibuat sepanjang musim ini.




Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl




SPONSORED LINKS 
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower Malaysia flower shop Malaysia 
phone card Malaysia calling card 

---------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS 


    Visit your group "Tumpat" on the web.
  
    To unsubscribe from this group, send an email to:
 [EMAIL PROTECTED]
  
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 


---------------------------------



                
---------------------------------
 Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke