Sekarang musim hujan di Kelantan . Walaupun ada hari yang tidak hujan ianya 
tetap musim hujan. Hari ini Jumaat cuaca terang dan esok lusa mungkin akan 
hujan lagi.

Semasa langit redup terasa juga perasaan seperti redup . Tambah redup lagi 
sesetengah mereka yang tidak dapat turun berkerja . Mereka harus memikirkan 
anak-anak akan bersekolah pada bulan januari, mereka memikirkan apa yang akan 
dimakan untuk keesokan hari.  Mereka berfikir hingga tidak dapat berfikir dan 
fikiran menjadi buntu dan kaku.(hanya orang yang pernah merasai akan dapat 
memahami sebenar-benarnya bagaimana perasaan ini.)

kali ini apa yang nak diceritakan bagi mengisi kekosongan perbicangan ialah 
tentang putu ubi kayu atau orang sebut putu halba. Sejak zaman saya kanak-kanak 
lagi saya mengenali putu dan sejak itu lagi sering makan putu dan pernah juga 
cuba-cuba buat putu, tapi yang jadi adalah poli .

Hari ini putu masih menjadi makanan kegemaran pada musim hujan. dalam seminggu 
dua ni boleh dikatakan hampir setiap kampung di sini (Tumpat) ada orang jual 
putu ubi kayu. Saya rasa heran juga bila saja tiba musim hujan seperti orang 
lain juga saya sering terlintas kepada ubi. Terutamanya ubi kayu dan ubi 
setelor juga ubi-ubi lain seperti ubi besar dan ubi tak'rok juga ubi keladi. 
Kalau makan yang panas-panas lagi menyelerakan. Cicah dengan nyior parut 
(sekarang mesin) masukkan sedikit garam tentunya sungguh menyelerakan.

Ketika ini , kalau terlintas nak makan putu tak payah nak cari ada seringgit 
pun dah cukup. Seringgit dah dapat 4 biji putu ubi kayu berinti manisan siap 
dengan nyiornya sekali. Minggu lepas sahaja hampir setiap hari saya makan putu. 
Beli 2 ringgit sudah dapat makan empat lima orang. 

Tapi  antara putu yang dijual  ada yang lebih sedap dan ada yang kurang sedap. 
mungkin mereka yang mahir buat putu rasanya lebih sedap berbanding yang kurang 
mahir. Ada yang saiz besar dan ada yang kecil. Tapi sekarang rata-ratanya yang 
kecil. Tapi walaupun kecil 2 biji dah cukup untuk sekali makan.



Kok Pasir, 
Jumaat 




[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
AIDS in India: A "lurking bomb." Click and help stop AIDS now.
http://us.click.yahoo.com/VpTY2A/lzNLAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke