Pengkalan Pasir - Pasir Mas, Kelantan , Selasa 6 Disember 2005 jam 11.00 pagi 
hingga 2.30 petang.

Jam 11.00 pagi saya bersama seorang kawan telah bertolak ke Kawasan Pengkalan 
Pasir untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana suasana pilihanraya kecil 
yang diadakan pada hari ini. Di dalam kepala saya hanya untuk melihat suasana 
yang dikatakan meriah itu tanpa menunjukkan keadaan memihak kepada mana-mana 
pihak.

Kami pergi melalui jalan Kubang batang dan masuk ke jalan kecil di Bunut Susu 
kerana menganggap kalau melalui jalan utama Pasir Pekan - Pasir Mas akan 
berlaku kesesakan lalu lintas. 

Kami masuk ke jalan yang tak pernah dilalui sebelum ini . Di sepanjang jalan 
kelihatan cukup lebat terpasang poster-poster parti yang bertanding. terdapat 
juga banyak pos-pos kecil dan di antaranya  ada yang kelihatan masih tidur. Ini 
sudah tentu kerana malam tadi mereka tidak tidur sepenuhnya kerana berjaga 
sepanjang malam.

Masuk ke jalan besar di Tal Tujuh kelihatan kenderaan telah memanjang sepanjang 
jalan arah ke pasir mas.

Kami masuk ikut arah ke Pasir Mas. Kerana kami naik motorsikal, makan 
perjalanan kami agak lancar sedikit berbanding dengan kereta.  Kelihatan di 
kiri kanan jalan kumpulan orang dengan wajah-wajah bersemangat masing-masing 
dengan harapan untuk memperolehi kemenangan pihak masing-masing.

Mereka berkerja kuat dan berusaha bersungguh-sungguh dalam kumpulannya. Kerja 
kuat ini kalaulah dilakukan sepanjang masa, sudah tentu bangsa kita akan kuat .
Kami meneruskan perjalanan di bawah poster-poster yang digantung merentasi 
jalan yang membuatkan seakan jalan-jalan sepanjang Pasir Mas teduh dari cahaya 
matahari.

Kami teruskan perjalanan hingga meliputi hampir separuh daripada jalan-jalan 
kawasan pilihanraya pengkalan pasir.  Lalu lintas terkawal oleh kecekapan 
pegawai-pegawai polis yang mengawal lalu lintas di kebanyakan jalan di pasir 
Mas termasuk di lorong-lorong sempit sekalipun. Kelihatan juga kali ini mereka 
bertugas dengan ramah mesra sekali dan banyak menghulurkan senyuman  . sikap 
sebeginilah yang disukai oleh orang ramai.

Kami mendekati beberapa kawasan tempat pembuangan undi seperti di SK Dato Hamid 
2 , Smk Kubang Bamban, dan di Sk Kubang Cenuk.
Suasana kelihatan tidak seperti pilihanraya yang lepas-lepas, kali ini 
persaingan kelihatan cukup hebat. Masing-masing pihak cuba untuk memenangi hati 
pengundi dengan mengangkat lambang-lambang parti masing-masing supaya dipilih 
atau sekurang-kurangnya untuk mengubah fikiran sesetengah pengundi.

Pasir Mas seakan tenggelam oleh poster dan spanduk serta lambang-lambang 
tertentu. Saya lihat beberapa petugas berbangsa cina juga berusaha untuk 
memujuk pengundi.

Cerita seterusnya kami pergi ke kawasan Kubang Cenuk.  Di sini berlaku sedikit 
kekecohan. Saya dengar suara-suara seperti berbalas kata dalam masa yang agak 
lama. saya cuba mendekati tempat tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan 
tempat tersebut kiranya berlaku perbalahan. Bagaimanapun ianya terkawal kerana 
terdapat ramai pegawai polis yang berkawal di situ. Kebetulan di situ kelihatan 
3 orang tokoh politik yang mana seorang daripadanya adalah seorang calon yang 
bertanding , seorang lagi menteri dan seorang lagi adalah orang kanan dalam 
sebuah parti politik . 

Riuh rendah di sini seperti memakan masa yang agak lama sepanjang sejam saya di 
situ suara riauh rendah itu seakan tidak terhenti. Perkara ini seakan 
masing-masing mengeluarkan segala yang terpendam di hati masing-masing selama 
ini dengan pertengkaran mulut dan sebagainya. 

Baik juga riuh rendah itu hanya sekadar mulut sama mulut sahaja. Kelihatan 
beberapa orang tokoh turut berada di situ  dan ternyata mereka cukup pro dan 
hanya tersenyum bila dikatakan perkataan yang kurang menyenangkan.

Hujan turun renyai-renyai. Jam sudah pukul 2 kami meninggalkan Kubang Cenuk dan 
balik ke rumah di Tumpat.



Keputusan pilihan raya
malam ini .





[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke