Terima kasih diucapkan kepada en. Azahari.

Tentang rancangan yang saya buat tahun depan (2006) ialah antaranya
membesarkan
sedikit  lagi perpustakaan ICT  mini yang sekarang telahpun diwujudkan.
Perpustakaan ICT tu antaranya saya tempatkan buku-buku rujukan dan
bahan-bahan yang diprint dari internet.  Sekarang ni semua buku-buku milik
sendiri sahaja dan campur  25 buah buku ICT yang saya terima sumbangan
daripada
ITNB (Institut Terjemahan Negara Berhad) . Sekarang ni telah saya wujudkan
cuma ruangnya sangat terhad. Tahun 2006 nak perluaskan sikit dan nak
sebarkan maklumat mengenainya supaya lebih ramai yang memanfaatkannya.
Pengunjung tak perlu dikenakan sebarang yuran atau sebagainya.

Saya nak tambah bahan-bahan dengan bacaan buku-buku agama, buku-buku ICT dan
motivasi dan bahan bacaan yang dapat merangsang minda ke arah mewujudkan
mesyarakat berketrampilan dalam bidangnya. Oleh itu saya perlukan juga
sumbangan buku-buku sama ada yang baru atau yang terpakai untuk tujuan ini.
Untuk masa ini saya belum ada rak yang mencukupi dan ruang tempat yang
mencukupi. Bila saya sudah bersedia saya akan maklumkan. Mungkin dua atau
tiga bulan daripada sekarang.

Tahun depan Insya -Allah saya akan berpindah ke rumah lain. Selepas
berpindah ke rumah lain yang juga tidak jauh dari rumah sekarang ini. Rumah
sekarang ini saya berhajat nak jadikan ianya sebagai pusat Maklumat dan
sebahagian daripadanya adalah perpustakaan. Saya fikir dengan kemampuan yang
terhad ini tidak banyak perkara yang boleh saya lakukan untuk bantu
masyarakat . Saya kira
golongan remaja lebih baik menggunakan masa dengan sebaiknya dengan membaca
bahan-bahan yang berfaedah daripada berbual-bual kosong dan melakukan
perkara-perkara yang tidak baik.

Tujuannya biarpun saya sebenarnya bukanlah sesiapa  tapi ada sedikit hasrat
ingin
tanamkan semangat membaca sebagai amalan sepanjang masa untuk anak kampung
sekitar sini seperti Kg. Kok Pasir sendiri, Kg. Belian, Kg. Hutan Jambu, Kg.
Berangan, Kg. Kok Keli, Kampung Gerong, Kg. Tok Ndek, Kg. Sungai Pinang dan
juga Kg. Laut dan penduduk kampung lain yang larat datang ke sini (Kok
Pasir).

Selain itu saya ingin lihat masyarakat sekitar sini merupakan masyarakat
yang celik ICT dan akan usahakan untuk wujudkan daerah Tumpat sebagai Daerah
ICT (Kalau
mungkin). - Kedengarannya macam angan-angan , tapi akan dicuba juga kerana
ianya bukanlah perkara yang mustahil.

Di sebahagian ruang daripada rumah saya sekarang saya bercadang nak jadikan
tempat
bacaan dan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat untuk orang
ramai seperti tempat mesyuarat badan khairat kampung , tempat perjumpaan ICT
, tempat pelajar-pelajar membaca serta tempat  perjumpaan penulis-penulis
dan tempat yang dapat mewujudkan perpaduan masyarakat. Kalau mungkin saya
berhasrat untuk jadikan tempat bengkel penulisan berkala kecil sekitar 10
orang ke bawah sekali bengkel. Kebanyakan aktiviti adalah secara sukarela
sebagai sumbangan masyarakat kepada masyarakat.

Sebahagian daripadanya saya akan mengekalkannya sebagai Pusat ICT Kok Pasir
walaupun sebelum ini kami di sini telah usahakan untuk mendapat
tempat-tempat kemudahan  ICT yang lain seperti medan InfoDesa (kalau dapat
20 buah Komputer), Projek anak angkat Pusat Sumber Pendidikan (10 buah
Komputer - PIBG- sekarang dah siap dipasang ) .
Walaupun dengan hanya ada 4 atau 5 buah Komputer di PICTKP akan dicuba juga
untuk
terus melanjutkannya ICT di sini.


Tentang buku-buku untuk perpustakaan ICT Mini PICTKP,
bila saya sudah bersedia (bila ruang dapat diperluaskan sikit), saya akan
beritahu dan saya akan gunakan
derma yang diberikan sebagaimana yang diperlukan oleh penderma .


Ediramle Ismail,
PICTKP,
Tumpat, Kelantan.

----- Original Message -----
From: "Azahari Ahmad" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[email protected]>
Sent: Friday, December 16, 2005 11:58 AM
Subject: Re: [Tumpat] daunluruh telah digugurkan dari Tumpat group


> heheheh...terimakasih....saya mintak maaf kalau kekadang bahasa saya
direct dan kasar...memang stail saya macam tu, direct to the point....tapi
kalau ada yang terkecil hati tu, maaf je lah ye...
>
>   saudara ediramle, saya ingat boleh tolong sikit pasal bahan bacaan
tu.....saya ingat nak derma rm200 untuk pembelian buku2 library yang nak
ditubuhkan tu....bagi detail kat saya, nanti saya masukkan duit dalam
akaun...bila dah beli buku2 tu, boleh lah hantar resit dia kat saya....
>
>   ok tak?
>
> Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>   En. Azahari dan rakan-rakan di Tumpat group. e-mel root man10 iaitu
> [EMAIL PROTECTED]
> yang baru masuk ke egroup ini pada 11 Disember 2005 telah diban dari
egroup
> ini .
>
>
> ----- Original Message -----
> From: "Azahari Ahmad" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[email protected]>
> Sent: Monday, December 12, 2005 9:12 AM
> Subject: Re: [Tumpat] Catatan di pengkalan Pasir 6 Disember
>
>
> > jom, tapi dah booking ke neraka yang mana nak pegi? dengarnya ada 7
> neraka....u pilih dulu......
> >
> > root man10 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:  Wei...bosan ler cerita pasal
> politik.....biarakn ler mereka yang arif ajer......meh cerita pasal sex...
> pulak
>






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke