Tahun 2005 telah dekat dengan penghujungnya . Usia pun sudah melebihi 46 tahun 
. Ini menandakan masa perlu digunakan dengan sebaiknya agar tidak banyak 
terbuang begitu sahaja tanpa berbuat sesuatu untuk kepentingan umum.

Untuk tahun 2006 jadual kehidupan seharian telah dibuat dan disusun serta 
ditampal di dinding dengan beberapa kali tapisan . Kalaulah boleh ikuti jadual 
ini sudah tentu ada hasilnya dalam masa tahun depan. Mungkin boleh siapkan 
sekurang-kurangnya sebuah novel dan boleh berkhidmat sedikit sebanyak kepada 
masyarakat sebagai sukarelawan kampung dan sedikit sebanyak pula dalam ICT.

Agenda 2006 yang disenaraikan antara lainnya kembali ke bidang penulisan 
sastera, berusaha untuk memperkasakan ICT di Tumpat dan selainnya. Juga untuk 
berkhidmat dengan beberapa persatuan-persatuan sukarela dengan hanya akan duduk 
di posisi AJK. 

Sekarang cuba-cuba ikuti jadual yang dibuat itu. Setakat ni belum lagi dapat 
diikuti kerana belum mampu mendisplinkan diri sendiri bagi mengikutinya, tapi 
akan cuba juga dengan sedaya yang boleh..

Agak disayangkan sedikit kerana dalam penjadualan semula itu masa yang 
diperuntukkan kepada ICT hanya 1 setengah jam sahaja ( satu jam setengah) dalam 
sehari daripada 24 jam. Untuk persatuan 1 jam  sehari setiap hari.

Masa yang diperuntukkan adalah pada jam 4.30 petang hingga 6.00 petang setiap 
hari . Ketika itulah urusan ICT akan dijalankan hampir sepenuhnya  termasuk 
tulis e-mel , kendali laman web, kendali egroup dan cari jalan bagaimana nak 
perdekatkan ICT kepada masyarakat, memetakan Tumpat dalam peta ICT di Malaysia 
dan sebagainya .


Sebelum ini masa yang diperuntukkan kepada ICT kira-kira empat ke lima jam 
sehari dalam waktu yang tidak menentu dan kurang terancang.


*Catatan ini adalah untuk arkib  untuk diperingati kiranya tidak dapat 
mengikuti jadual yang telah disusun itu.






[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke