Kalau Kok Pasir berjaya dapat Medan InfoDesa pada tahun 2006 mungkin pusat ICT Kok Pasir akan seakan berpindah ke sana (MID) . Kalau dapat MID ni sudah tentu dapat banyak membantu warga sekitar sini dalam ICT.
Sebuah bangunan dan peralatan yang berharga sekitar tiga ratus ribu ringgit akan dibina sebuah untuk satu daerah. Kok Pasir adalah calon yang setakat ini yang teratas di Tumpat dalam menepati sepertimana yang diperlukan untuk pembinaan MID di daerah Tumpat. Sejumlah 20 buah komputer berserta peralatan akan disediakan berserta tenaga kerja yang berkelulusan ICT akan ditempatkan di MID ini nanti. Sama-samalah doakan agar MID untuk daerah Tumpat terpilih dibina di Kg. Kawe di Kok Pasir. semoga juga tahun depan streamyx masuk ke sini , tapi kalau masukpun setakat ini masih belum boleh guna juga kerana talian telefon di rumah kawe adalah talian rill yang tidak menggunakan talian berwayar. Kawe telah minta tukar kepada menggunakan telefon CDMA kalau boleh CDMA juga tidak dapat menggunakan streamyx. Dalam keadaan teknologi yang canggih dan berubah , rupanya masih sukar untuk kita perolehi teknologi itu walau pun jarak antara kg kawe dengan Kota Bharu hanya sekitar 12 Km dan dengan Tumpat sekitar 7 Kilometer sahaja. Bukan kawasan pedalaman. Mulai hari ini kawe telah cuba ikuti jadual harian dan terasa sangat bahawa masa yang diperuntukkan kepada ICT adalah sangat sedikit berbanding dengan besarnya hasrat untuk memperkasakan ICT terutamanya di sekitar sini. Tahun depan, kawe bercadang nak tambah fungsi Pusat ICT Kok Pasir juga sebagai Pusat Aktiviti Sastera Tumpat dan Pusat Maklumat Kok Pasir. Juga mengekalkan Perpustakaan ICT mini sebagai salah satu pengisiannya. Berhasrat juga nak jadikan tempat untuk membina minat membaca sepanjang hayat . Bahan-bahan untuk bacaan mungkin sukar diperolehi kerana kurangnya kemampuan untuk membeli, tapi sebagai satu pilihan kawe akan dapatkan bahan-bahan bacaan di internet dan print untuk membentuk seakan buku-buku yang nipis dan boleh dibuat rujukan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Ediramle Ismail, PICTKP Kok Pasir. Khamis 5.25 ptg ----- Original Message ----- From: "Yushazizi Yusof" <[EMAIL PROTECTED]> To: <[email protected]> Sent: Thursday, December 08, 2005 3:10 PM Subject: Re: [Tumpat] Penyusunan semula jadual seharian > Edie kawe harap tahun 2006 nie kawasan tumpat (area rumah demo) ada > streamyx > > Yushazizi Bin Yusof > 019-9792242 > TNB ICT (Comm) KBRU > > ----- Original Message ----- > From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> > Date: Wednesday, December 7, 2005 10:47 pm > Subject: [Tumpat] Penyusunan semula jadual seharian > > > Tahun 2005 telah dekat dengan penghujungnya . Usia pun sudah > > melebihi 46 tahun . Ini menandakan masa perlu digunakan dengan > > sebaiknya agar tidak banyak terbuang begitu sahaja tanpa berbuat > > sesuatu untuk kepentingan umum. > > > > Untuk tahun 2006 jadual kehidupan seharian telah dibuat dan > > disusun serta ditampal di dinding dengan beberapa kali tapisan . > > Kalaulah boleh ikuti jadual ini sudah tentu ada hasilnya dalam > > masa tahun depan. Mungkin boleh siapkan sekurang-kurangnya sebuah > > novel dan boleh berkhidmat sedikit sebanyak kepada masyarakat > > sebagai sukarelawan kampung dan sedikit sebanyak pula dalam ICT. > > > > Agenda 2006 yang disenaraikan antara lainnya kembali ke bidang > > penulisan sastera, berusaha untuk memperkasakan ICT di Tumpat dan > > selainnya. Juga untuk berkhidmat dengan beberapa persatuan- > > persatuan sukarela dengan hanya akan duduk di posisi AJK. > > > > Sekarang cuba-cuba ikuti jadual yang dibuat itu. Setakat ni belum > > lagi dapat diikuti kerana belum mampu mendisplinkan diri sendiri > > bagi mengikutinya, tapi akan cuba juga dengan sedaya yang boleh.. > > > > Agak disayangkan sedikit kerana dalam penjadualan semula itu masa > > yang diperuntukkan kepada ICT hanya 1 setengah jam sahaja ( satu > > jam setengah) dalam sehari daripada 24 jam. Untuk persatuan 1 jam > > sehari setiap hari. > > > > Masa yang diperuntukkan adalah pada jam 4.30 petang hingga 6.00 > > petang setiap hari . Ketika itulah urusan ICT akan dijalankan > > hampir sepenuhnya termasuk tulis e-mel , kendali laman web, > > kendali egroup dan cari jalan bagaimana nak perdekatkan ICT kepada > > masyarakat, memetakan Tumpat dalam peta ICT di Malaysia dan > > sebagainya . > > > > > > Sebelum ini masa yang diperuntukkan kepada ICT kira-kira empat ke > > lima jam sehari dalam waktu yang tidak menentu dan kurang terancang. > > > > > > *Catatan ini adalah untuk arkib untuk diperingati kiranya tidak > > dapat mengikuti jadual yang telah disusun itu. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
