Petang ini di daerah Tumpat hujan reda sedikit. Langit masih mendung . Sedang duduk di depan komputer ketika masa ICT saya terlintas tentang kulat.
Teringat ke masa sebelum ini, ketika itu saya sering mencari kulat yang tumbuh di bendang padi . Kulat-kulat itu tumbuh memutih di satu relung ke satu relung . Bila dapat cabut agak banyak bawa balik kemudian bila kulat-kulat bendang itu dimasakkan dengan campuran antaranya daun remunggai atau campur ubi setelor rasanya cukup menyelerakan. Ada juga ketika mencari kulat sisir di batang-batang kayu getah. Kulat sisir juga sedap rasanya boleh digoreng dan boleh disayur. Banyak juga jenis kulat dan antaranya ada yang tak boleh dimakan dan ada yang boleh dimakan. Tak boleh dimakan kerana ia keras dan kerana ada kulat yang beracun. Di manakah kita boleh buat rujukan bagi mencari nama-nama kulat , keistimewaan dan sifat-sifat biologinya. Mungkin ada kajian yang lengkap tentang kulat yang boleh dibaca terutamanya dalam bahasa Melayu. Ediramle PICTKP [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Memetakan Tumpat dalam IT. http://edi.bebto.com http://panduan.7p.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
