Catatan oleh Sdr.  Manzaidi dari egroup Pesisir (Persatuan Penulis Tumpat)
tentang pulau-pulau delta Kelantan.


----- Original Message -----
From: "Manzaidi MohdAmin" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[email protected]>
Sent: Friday, December 09, 2005 8:45 AM
Subject: Re: [Pesisir] Gambar pulau-pulau delta Kelantan


 Fantastik! Itulah yang terdetik dalam hati saya
apabila melihat dan membaca laman web saudara yang
memaparkan perjalanan di pulau-pulau delta.
Ternyata saudara seorang yang kreatif dan memahami
jiwa masyarakat kampung yang tersiratnya, mereka
teramat memerlukan pembangunan dan kemajuan atau
perhatian sama ada daripada kerajaan negeri mahupun
kerajaan persekutuan.
Kehidupan mereka saling tidak tumpah seperti
masyarakat di negara miskin. Tiada jalan perhubungan,
tiada sistem telekomunikasi, tiada prasarana mencukupi
dan segala-galanya yang dimiliki atau dinikmati rakan
kita di bandar dan desa kawasan daratan.
Mengikut pendapat beberapa profesion yang saya
 jumpa, mereka sependapat menyatakan, penduduk di
pulau-pulau delta ini ketinggalan 30 tahun kebelakang.

 Ya, beginilah gambaran hidup ketika saya kecil-kecil
dulu. Kalau hendak mengembalikan nostalgia pada zaman
kanak-kanak, saya akan tatap laman web saudara, yang
mengkisahkan suasana zaman kini, tetapi apabila
dilihat, tidak ubah seperti zaman awal 60-an.
Saya hampir menitis air mata melihat kesan tebing
yang runtuh sedikit demi sedikit akibat pukulan ombak
sungai yang terhasil daripada banjir dan laluan
bot-bot (termasuk bot mewah yang membelah sungai
kelantan dengan penuh ego, tanpa memikirkan kesan
kepada penduduk).
Saya telah lama mendedahkan isu itu, tetapi sehingga
kini tiada tindakan diambil pihak berkenaan.
Saudara Edi, saya mengucapkan syabas kepada saudara
dan rakan-rakan yang cakna (prihatin) dengan keadaan
hidup masyarakat di pulau-pulau delta.
Walaupun saya tidak dapat bersama saudara dan
rakan-rakan, tetapi hampir setiap hari (jika tidak
kesempatan waktu siang, malam pun saya buka) saya
mengikuti perkembangannya melalui masa yang terhad.
Namun saya berpuas hati dan bagi pihak saya sendiri,
ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
yang tidak terhingga di atas daya usaha saudara dan
rakan-rakan.
Semoga segala kerja saudara yang secara sukarela
dibalas pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah
SWT. Insya-Allah.



 --- Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

 > Setelah beberapa bulan saya sempat merakam lebih
 > seratus gambar pulau-pulau delta semasa menjejak
 > pulau yang lalu baru hari ini sempat menempatkannya
 > ke laman web untuk dikongsi bersama  pengalaman
 > tersebut.
 >
 > Gambar-gambar yang mengambarkan lebih langsung
 > tentang pulau-pulau delta sungai Kelantan dapat
 > dilihat melalui laman di bawah:
 >
 > http://ediramle.maplehut.com       - Gambar di Kok
 > Majid dan pulau Teluk Ranjuna
 >
 > http://ediramle.maplehut.com/pulaubeluru.html   -
 > Gambar-gambar semasa di Pulau Beluru.
 >
 > http://ediramle.maplehut.com/pantaikuda.html  -
 > Gambar-gambar semasa di Pantai kuda - Kalau tengok
 > gambar terlihat warna keemasan air laut dan
 > berkilauan rasa seni menyelinap di dada.
 >
 > http://ediramle.maplehut.com/pulautongkang.html  -
 > Gambar-gambar semasa di Pulau Tongkang
 >
 > http://ediramle.maplehut.com/pantaisuri.html   -
 > Gambar-gambar semasa dalam perjalanan ke Pantai suri
 > dan gambar di Pantai Suri.
 >
 >
 > http://ediramle.maplehut.com/pulauseratus.html  -
 > Gambar semasa di Pulau Seratus dan pulau manakah
> > yang terbesar antara pulau-pulau delta.
> >
> > http://ediramle.maplehut.com/pulaugorek.html  -
> > Gambar semasa dalam perjalanan ke pulau tongkang ,
> > gambaran sepintas lalu tentang Pulau Gorek , Pulau
> > Besar dan Pulau Gagak.
> >
> > http://ediramle.maplehut.com/muara.html    -
> > Gambar-gambar berhampiran muara Sungai Kelantan dan
> > Kuala Besar.
> >
> > http://ediramle.maplehut.com/pulaulain.html   -
> > Gambar pulau-pulau seperti Pulau Kambing, Pulau Che
> > Tahir dan Pulau Kuda.
> >
> > Untuk menyiapkan penyusunan gambar-gambar ini
> > berpinar juga butir mata dibuatnya. Sebelum itu
> > tiba-tiba terjaga  terjaga malam dan terlintas nak
> > tempatkan gambar-gambar tersebut ke laman web.  Kena
> > ambil masa berjam-jam juga  untuk menyiapkannya .
> >
> >
> > Ediramle Ismail
> > Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Memetakan Tumpat dalam IT.
http://edi.bebto.com
http://panduan.7p.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke