program bolehlah dikunjungi melalui pautan.
http://ziarah1.bukusiber.com
Sebetulnya kunjungan bukan sahaja dibuat sebagai suatu program, tetapi
sebahagian masyarakat sering saling kunjung mengunjungi antara suatu yang
baik di sini. Suasana hidup di kampung masih dapat diamalkan di sini dan
banyak perkara lagi yang boleh dibuat untuk mewujudkan suatu masyarakat desa
yang berminda kelas pertama sepertimana yang digariskan pada teras kedua
RMK9. Antara jalan yang boleh dilakukan adalah melalui perbincangan dan
perjumpaan.
http://ziarah1.bukusiber.com
Ketika mengunjungi ayah loh pelanduk saya nampak seorang lagi watak yang
istimewa yang suatu masa dulu saya pernah sentuh di egroup . Beliau ialah
Awang Rajin. Saya berharap akan dapat mengkaji sedikit sebanyak tentang
kehidupan harian watak Awang Rajin. Mengapa seseorang mendapat gelaran yang
baik kerana mereka tentunya punyai keistimewaan lebih berbanding orang lain.
Mendapat gelaran Rajin , pandai , cerdik, bijak yang diiktiraf oleh ramai
orang yang mengenali kita adalah sukar.
Saya hanya dapat gelaran sebagai seorang pakdo sahaja.
Ediramle
----- Original Message -----
From: "Ediramle Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[email protected]>; <[email protected]>
Sent: Friday, May 19, 2006 12:41 PM
Subject: { Kelantan-Kita } Program Ziarah 1
Kok Pasir 19 Mei.
Kawasan Rukun Tetangga mukim Kok Pasir telah menganjurkan program ziarah ke
rumah penduduk yang uzur.
Program bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tgh.
Program yang diketuai oleh Pengerusi KRTKP tn. Hj. Hanafee Yusoff ini turut
disertai seramai 15 orang Ajk dan pengiat mesyarakat di sini.
Untuk program Ziarah siri 1 ini , Jawatankuasa telah mengadakan kunjungan ke
dua buah rumah iaitu rumah En. Yusof bin Awang dan Tn. Guru Abdullah bin
Abdul Rahman.
Kunjungan kami bermula di rumah En. Yusoff Awang , 63 tahun. En. Yusoff kini
terlantar sejak 2 setengah tahun lepas akibat serangan strok.
Menurut anak beliau , sufian Yusoff sepanjang lebih dua tahun ayahnya
terlantar di rumah dan memerlukan penjagaan yang rapi .
En. Yusoff kini tinggal bersama anaknya Sufian dan menantunya Wani 24 tahun
serta dua orang anak mereka. Manakala pada masa-masa tertentu bekas isteri
En. Yusoff, Kak Nah juga turut membantu .
En. Yusoff sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah dan beberapa pekerjaan
kampung bagi menyarai keluarga . Ada ketikanya En. Yusoff menggunakan
motorsikal untuk menghantar mereka yang memerlukan ke sesuatu destinasi
tertentu.
Kunjungan kedua kami adalah ke rumah seorang Guru Agama yang cukup dikenali
di Daerah Tumpat iaitu Tn. Guru Abdullah Abd Rahman atau lebih dikenali
dengan panggilan Ayah Loh Pelanduk.
Ayah Loh Pelanduk 87 tahun yang kini terlantar juga akibat serangan strok
sejak lebih setahun. Guru agama yang pernah menyumbangkan hampir sepanjang
hayatnya untuk pendidikan keagamaan juga merupakan seorang yang tinggi
ilmunya sering mengajar di pelbagai tempat dan peringkat.
Ayah Loh semasa mudanya merupakan seorang pelajar yang sangat tekun dalam
mencari ilmu dan juga sebagai pengajar yang sangat tekun . Ayah Loh sempat
berjumpa dengan Tok Guru Selehor dan beberapa orang guru agama yang dikenali
ramai.
Ayah Loh yang kami kunjungi hari ini hanya berupaya mengangkat kepalanya
tanpa mampu mengeluarkan suara . Bagaimanapun dalam keadaan begitu masih
menyambut kedatangan kami mungkinnya dengan rasa yang terharu.
Ayah Loh kini tinggal bersama isteri , anaknya Ustaz Abdul Aziz ,
menantunya (Isteri Ustaz Aziz) dan cucu-cucu.
Sepanjang yang kami kenali, Ayah loh pelanduk sentiasa hidup dalam suasana
keilmuan dan kesederhanaan. Dan sentiasa menjadi sumber rujukan kepada
beberapa orang guru agama yang lain serta pelajar-pelajarnya.
Gambar-gambar ziarah 1 akan di muat naik dalam masa terdekat. Semoga dengan
program ini dapat melahirkan rasa keinsafan kepada kami dan juga dalpat
menambahkan silatulrahim antara masyarakat sekampung.
InsyaAllah kami akan meneruskan program Ziarah ini dari masa ke semasa ke
rumaah mereka yang uzur dan anak-anak yatim.
Laporan Ediramle Ismail.
[Non-text portions of this message have been removed]
[email protected] - untuk perbincangan umum tentang Kelantan
[email protected] - untuk perbincangan khas mengenai ICT di
Kelantan.
Yahoo! Groups Links
Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com
E-mel web base percuma untuk warga Tumpat
http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
SPONSORED LINKS
| Malaysia florist | Florist malaysia | Malaysia flower |
| Malaysia flower shop | Malaysia phone card | Malaysia calling card |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "Tumpat" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
