Kok Pasir 19 Mei.
Kawasan Rukun Tetangga  mukim Kok Pasir telah menganjurkan program ziarah ke 
rumah penduduk yang uzur.
Program bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tgh.

Program yang diketuai oleh Pengerusi KRTKP tn. Hj. Hanafee Yusoff ini turut 
disertai seramai 15 orang Ajk dan pengiat mesyarakat di sini.

Untuk program Ziarah siri 1 ini , Jawatankuasa telah mengadakan kunjungan ke 
dua buah rumah iaitu rumah En. Yusof bin Awang dan Tn. Guru Abdullah bin Abdul 
Rahman.

Kunjungan kami bermula di rumah En. Yusoff Awang , 63 tahun. En. Yusoff kini 
terlantar sejak 2 setengah  tahun lepas akibat serangan strok. 

Menurut anak beliau , sufian Yusoff sepanjang lebih dua tahun ayahnya terlantar 
di rumah dan memerlukan penjagaan yang rapi . 

En. Yusoff kini tinggal bersama anaknya Sufian dan menantunya Wani 24 tahun 
serta dua orang anak mereka. Manakala pada masa-masa tertentu bekas isteri En. 
Yusoff, Kak Nah  juga turut membantu .

En. Yusoff sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah dan beberapa pekerjaan 
kampung bagi menyarai keluarga . Ada ketikanya En. Yusoff menggunakan 
motorsikal untuk menghantar mereka yang memerlukan ke sesuatu destinasi 
tertentu.

Kunjungan kedua kami adalah ke rumah seorang Guru Agama yang cukup dikenali di 
Daerah Tumpat iaitu Tn. Guru Abdullah Abd Rahman atau lebih dikenali dengan 
panggilan Ayah Loh Pelanduk. 

Ayah Loh Pelanduk 87 tahun yang kini terlantar juga akibat serangan strok sejak 
lebih setahun. Guru agama yang pernah menyumbangkan hampir sepanjang hayatnya 
untuk pendidikan keagamaan juga merupakan seorang yang tinggi ilmunya sering 
mengajar di pelbagai tempat dan peringkat.

Ayah Loh semasa mudanya merupakan seorang pelajar yang sangat tekun dalam 
mencari ilmu dan juga sebagai pengajar yang sangat tekun . Ayah Loh sempat 
berjumpa dengan Tok Guru Selehor dan beberapa orang guru agama yang dikenali 
ramai.

Ayah Loh yang kami kunjungi hari ini hanya berupaya mengangkat kepalanya tanpa 
mampu mengeluarkan suara . Bagaimanapun dalam keadaan begitu masih menyambut 
kedatangan kami mungkinnya dengan rasa yang terharu.

Ayah Loh kini tinggal bersama isteri ,  anaknya Ustaz Abdul Aziz , menantunya  
(Isteri Ustaz Aziz) dan cucu-cucu.
Sepanjang yang kami kenali, Ayah loh pelanduk sentiasa hidup dalam suasana 
keilmuan dan kesederhanaan. Dan sentiasa menjadi sumber rujukan kepada beberapa 
orang guru agama yang lain serta pelajar-pelajarnya.


Gambar-gambar ziarah 1 akan di muat naik dalam masa terdekat.  Semoga dengan 
program ini dapat melahirkan rasa keinsafan kepada kami dan juga dalpat 
menambahkan silatulrahim antara masyarakat sekampung.
InsyaAllah kami akan meneruskan program Ziarah ini dari masa ke semasa ke 
rumaah mereka yang uzur dan anak-anak yatim.


Laporan Ediramle Ismail.









[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke