Gambar-gambar semasa berkunjung ke kawasan perkelahan di Gertak 5 Stong, Kuala 
Krai Kelantan.

sila masuk ke pautan  ini  http://gertak5.pesisir.net untuk melihat suasana di 
Gertak 5  .    sebelum ke Gertak 5 sempat makan buah durian dan buah salak 
dengan sepuas-puas rasa. Panas rasa badan makan buah durian.  Kebetulan pula 
Salak dan Durian adalah antara buah yang saya gemari.


Gambar ini dirakamkan pada jumaat lepas , ketika saya pergi Ke Kg. Berangan 
Jelawang untuk memperingati tempat dimana saya sering bermain-main di anak 
sungai Stong dan Sungai Tupai serta menangguk udang dicelah daun di air sungai 
batu seladang yang jernih mengalir.

Di situ saya cuba mengingati masa saya berumur antara 3 hingga 6 tahun dulu 
iaitu sekitar tahun 60-an, Ketika itu  di tanah perbukitan itu saya tinggal 
bersama keluarga di sebuah bangsal beratapkan atap cucuh , berlantaikan buluh 
dan berdinding buluh serta kulit-kulit kayu. Sungguh ringkas hidup ketika itu, 
hanya sekali sekala berjalan kaki  keluar ke Kemubu  dan menyeberangi gertak 
keretapi yang agak panjang berhampiran perhentian keretapi Kemubu.


Apa yang seperti masih terbayang-bayang hingga kini, setiap pagi sebaik terjaga 
terdengar suara lantang siamang bersahut-sahutan dari arah gunung ayam. Setiap 
pagi akan melihat dan merasai kekaguman melihat gunung balung ayam yang 
tersergam. 


http://gertak5.pesisir.net  


[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke