Air di Gertak 5 Stong ketika ini sememangnya begitu jernih. Batu-batu
pelbagai bentuk dan rupa kelihatan seakan tersusun rapi.

Air sungai cetek dan selamat untuk mandi manda. Pasir dipinggirnya memutih
bersih.  Bagaimanapun di sana setakat ini tidak ada sebarang label, tidak
ada sebarang bangsal atau sebagainya yang membuatkan ianya seperti seratus
peratus dalam bentuk asalnya.

Kalau nak pergi ke sana boleh dari Dabong atau dari Kuala Balah melalui
Jelawang , terus ke jalan menghala ke kemubu, ia akan melalui jalan Kg.
Berangan , Jelawang ( tempat tinggal dua tiga keluarga saudara mara saya)
Asal Kg. Berangan ini ada nama yang diambil sempena Kg. Berangan di Tumpat .
Sampai di persimpangan antara Kemubu dan satu jalan untuk ke Gua Musang ,
belok kanan (Jln Ke Gua Musang)  kemudian jumpa Kompleks perkayuan Stong dan
dari situ teruskan perjalanan kira-kira satu kilometer atau lebih sedikit
jumpa sebuah gertak (Jambatan) . Berhenti sebelum jambatan dan turun tebing
melalui jalan berbatu yang tersusun . Di bawah jambatan itu terletak tempat
yang dimaksudkan. Kalau terus ke arah mudik sungai itu nampaknya semakin
cantik dan semakin banyak batu-batu besar yang terhampar. Boleh
berjalan-jalan di pinggir sungai di hamparan batu dan pasir yang putih
bersih . Kalau bersama keluarga rasanya lagi meriah dana amenyeronokkan.
Banyak batu-batu yang boleh dibuat bertungku . Kalau ambil seketul
mungkinnya pihak yang berwajib boleh maafkan barangkali.

Airnya sejuk dan kawasannya nyaman. Rasanya tempat itu  di luar lebih cantik
daripada dalam gambar yang saya rakamkan di http://gertak5.pesisir.net
kerana semasa merakam gambar tersebut saya gunakan resolusi yang terendah di
kamera untuk dapat ambil lebih banyak gambar kerana kamera digital saya
memori sticknya hanya 16MB sahaja. Kalau ambil gambar yang bersaiz lebih
besar tentunya nampak lebih menarik.

Edi

----- Original Message -----
From: <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[email protected]>
Sent: Tuesday, July 11, 2006 10:49 AM
Subject: Re: [Pesisir] Gambar berkelah di Gertak 5


> Saudara Edi... anda seorang yang benar-benar seni. setiap aktiviti harian
> yang anda rakamkan dan dihantar kepada kawan-kawan untuk berkongsi
> seolah-olah kita orang turut berada di tempat itu.
>
> Saya sanjung saudara sebagai kawan yang mencintai segala-galanya anugerah
> Allah du muka bumi ini. Anda seorang yang tidak pelokek untuk memaparkan
> khazanah alam kepada mereka-mereka yang sebelum ini tidak pernah menjejak
> kaki ke sana.
>
> Terus terang saya katakan, sudah lima kali saya buka email Gambar berkelah
> di gertak 5 ini. Pemandangannya sungguh indah dan mengamit hati saya untuk
> pergi ke sana.
>
> Insya-Allah, jika ada kelapangan saya akan ke sana walaupun seorang diri.
> Saya cintakan alam seperti itu. dengan aliran air sungai yang cetek lagi
> jernih dan berlatarkan hutan belukar yang rasa nyaman mata memandang.
>
> sudah banyak saya menikmati panorama alam hasil daripada usaha dan penat
> lelah saudara untuk mendedahkan sumber alam itu kepada insan-insan yang
> sibuk di kota.
>
> daripada pemandangan pulau-pulau di tumpat hingga ke ulu kelantan. begitu
> indah dan cantik sekali. sejuk rasa hati dan lapang rasa dada menatap
> keindahan alam yang saudara kirimkan itu.
>
> Selepas ini saya cadangkan saudara edi turut menyatakan fakta seperti
> bagaimana hendak ke sana...dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan
> kemudahan asas dan keperluan.
>
> terima kasih.
>
>
>
>  Gambar-gambar semasa berkunjung ke kawasan perkelahan di Gertak 5 Stong,
> > Kuala Krai Kelantan.
> >
> > sila masuk ke pautan  ini  http://gertak5.pesisir.net untuk melihat
> > suasana di Gertak 5  .    sebelum ke Gertak 5 sempat makan buah durian
dan
> > buah salak dengan sepuas-puas rasa. Panas rasa badan makan buah durian.
> > Kebetulan pula Salak dan Durian adalah antara buah yang saya gemari.
> >
> >
> > Gambar ini dirakamkan pada jumaat lepas , ketika saya pergi Ke Kg.
> > Berangan Jelawang untuk memperingati tempat dimana saya sering
> > bermain-main di anak sungai Stong dan Sungai Tupai serta menangguk udang
> > dicelah daun di air sungai batu seladang yang jernih mengalir.
> >
> > Di situ saya cuba mengingati masa saya berumur antara 3 hingga 6 tahun
> > dulu iaitu sekitar tahun 60-an, Ketika itu  di tanah perbukitan itu saya
> > tinggal bersama keluarga di sebuah bangsal beratapkan atap cucuh ,
> > berlantaikan buluh dan berdinding buluh serta kulit-kulit kayu. Sungguh
> > ringkas hidup ketika itu, hanya sekali sekala berjalan kaki  keluar ke
> > Kemubu  dan menyeberangi gertak keretapi yang agak panjang berhampiran
> > perhentian keretapi Kemubu.
> >
> >
> > Apa yang seperti masih terbayang-bayang hingga kini, setiap pagi sebaik
> > terjaga terdengar suara lantang siamang bersahut-sahutan dari arah
gunung
> > ayam. Setiap pagi akan melihat dan merasai kekaguman melihat gunung
balung
> > ayam yang tersergam.
> >
> >
> > http://gertak5.pesisir.net
> >




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke