Kali ini saya nak luahkan sebahagian rasa tidak puas hati yang terpendam di perasaan. Ianya adalah tentang rumah yang terbengkalai.
http://rumah.bukusiber.com Pada tahun 2003 saya turut isi borang untuk perumahan yang diiklan dan akan dibina di kg kediaman iaitu di taman wanza. Tahun 2003 juga permohonan pinjaman diluluskan dan projek perumahan 20 buah rumah teres dan sebuah rumah berasingan telah didirikan dengan giatnya. Nampak sehari demi sehari semakin mendekati siapnya. Tahun 2004 dijangka siap dan boleh didiami . Tunggu punya tunggu habis tahun 2004 , rumah belum lagi siap. Masuk tahun 2005 pembinaan kelihatan makin perlahan. Mungkin boleh didiami sebelum bulan puasa 2005 , tapi tetap tak menjadi juga. Tahun 2006 , Mac , bayaran bulanan mula dijelaskan sejumlah hampir empat ratus RM sebulan. Masih belum dapat didiami juga. Bulan April, Mei, Jun, Julai dan kini masuk bulan Ogos nampaknya dalam sebulan dua ni seperti tak ada harapan untuk boleh didiami. Sebagai manusia biasa , saya mulai rasa kecewa dengan sikap pemaju perumahan di Taman Wanza ini, Ada juga dihubungi tapi tak dapat jawapan yang mengembirakan. Hajatnya nak laporkan saja ke kementerian perumahan agar datang siasat pemaju yang tak menepati janji ini. Tapi tengok cara-caranya dulu takut tak kena peraturan apa yang dibuat itu. Untuk langkah pertamanya lepaskan perasaan ini di internet dulu, kemudian lepaskan di akhbar dan di mana-mana yang bersesuaian. untuk lihat rumah yang saya maksudkan sila buka pautan ini http://rumah.bukusiber.com apakah ini boleh dikatakan sebagai rumah terbengkalai. Ediramle [Non-text portions of this message have been removed] Apa yang anda cari mungkin ada di sini http://www.bukusiber.com E-mel web base percuma untuk warga Tumpat http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
