Dipetik sepenuhnya daripada Akhbar Utusan Malaysia  Oleh NAZRULLAH ROSLI dan 
ARSHAD KHAN
  KUANTAN 3 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat khususnya orang 
Melayu melakukan lonjakan berganda ke arah menjadi masyarakat bermentaliti 
kelas pertama dunia dalam persiapan negara mencapai negara maju tahun 2020.
  Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan tempoh sasaran untuk menjadi negara 
maju hanya tinggal kurang 15 tahun sahaja, tiba masanya rakyat mengambil 
tindakan untuk berubah bukan sahaja dari segi material, juga meliputi perubahan 
sikap.
  ‘‘Asas negara maju sudah disemai dan kini fasa kedua 2020 sedang berlangsung, 
maka sudah tiba juga masanya untuk rakyat terutama masyarakat Melayu melakukan 
lonjakan berganda ke arah menjadi masyarakat kelas pertama dunia,’’ katanya.
  Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita 
selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di sini hari 
ini.
  Katanya, sekarang adalah masa sesuai di mana perkara kerohanian seperti 
kebersihan dan kesopanan dalam hidup turut diberikan penekanan agar rakyat 
dapat mencerminkan masyarakat bertamadun tinggi.
  Menurut Najib, nilai ketinggian tamadun rakyat negara ini bergantung kepada 
penilaian masyarakat lain di dunia.
  ‘‘Orang lain melihat salah satu daripadanya ialah cara kita menguruskan diri 
kita, kalau kita dikenali sebagai bangsa yang baik, kemas dan sebagainya, itu 
satu daripada penilaian orang terhadap kita.
  ‘‘Sebab itu, baru-baru ini saya ada menyebut mengenai revolusi tandas, sebab 
kalau tandas kita bersih, itu adalah ukuran ketinggian tamadun kita,’’ ujar 
beliau.
  Beliau berkata, perubahan sikap menjadi warga kelas pertama dunia menuntut 
kepada pembangunan minda kerana ia akan menjadi penentu sama ada rakyat akan 
menjadi satu bangsa maju atau sebaliknya.
  ‘‘Perlu ada reformasi minda kepada akhlak yang baik dan nilai-nilai murni,’’ 
katanya.
  Terdahulu dalam ucapannya, Najib menyeru masyarakat Melayu agar melakukan 
lonjakan berganda dan bukan berperingkat- peringkat jika ingin meredah arus 
globalisasi dan muncul bangsa maju pada tahun 2020.
  ‘‘Untuk bangsa Melayu capai kecemerlangan, kita mesti melihat bagaimana boleh 
mendapatkan pencapaian bukan berperingkat-peringkat, tetapi pencapaian 
berbentuk lonjakan berganda,’’ katanya.
  Kata beliau, perubahan secara berperingkat-peringkat adalah tidak memadai 
dalam keadaan sekarang.
  ‘‘Lonjakan berganda seperti kita hanya seorang peniaga kecil, tiba-tiba dapat 
membekalkan bahan jualan kita kepada sebuah pasar raya besar, maka kita telah 
mencapai tahap lonjakan berganda,’’ katanya.
  Dalam erti kata lain, menurut Najib, masyarakat Melayu memerlukan satu 
lonjakan luar biasa mulai sekarang untuk maju.
  Mengenai subsidi dinikmati masyarakat Melayu dalam beberapa bidang akan 
dikurangkan untuk mewujudkan lonjakan berganda, beliau memberitahu, perkara itu 
tidak perlu dilakukan kerana hal tersebut tiada kaitan dengan subsidi.
  Malah, beliau berkata, dalam konteks tertentu, subsidi akan tetap dikekalkan 
kepada orang Melayu.

                
---------------------------------
Yahoo! Mail: gratis 1GB per i messaggi, antispam, antivirus, POP3

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke