Steve Irwin.   
---------------------------------
  
  MELBOURNE 4 Sept. – Steve Irwin ‘The Crocodile Hunter’, yang dikenali ramai 
di seluruh dunia melalui siri dokumentari berkaitan hidupan liar, meninggal 
dunia hari ini akibat disengat seekor ikan pari di kawasan Great Barrier Reef.
  Irwin, 44, dipercayai menemui ajal kerana jantungnya tertusuk duri ikan itu 
ketika melakukan penggambaran bagi satu siri televisyen di Batt Reef, 
berhampiran Low Isles, kira-kira 32 batu nautika dari Port Douglas, di utara 
Queensland.
  Jurucakap perkhidmatan ambulans Queensland berkata, sebuah helikopter 
melakukan penerbangan kecemasan ke sebuah pulau di kawasan itu pada kira-kira 
pukul 11 pagi ini.
  Katanya, walaupun seorang doktor dan anggota paramedik memberi rawatan yang 
sewajarnya, namun mereka gagal menyelamatkan nyawa penangkap buaya itu.
  Irwin disahkan meninggal dunia di pulau berkenaan dan mayatnya diterbangkan 
ke Cairns.
  Profesor Geoff Jones dari Jabatan Biologi Samudera, James Cook University 
berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa dan ada kemungkinan Irwin 
meninggal dunia akibat tusukan duri ikan itu.
  “Ia umpama ditikam dengan bayonet. Jika ia dibiarkan di situ, mangsa tidak 
akan mati, tapi jika ia ditarik, disurung dan ditarik berkali-kali, saya rasa 
mangsa akan mati akibat kehilangan banyak darah,” katanya.
  Irwin terkenal di seluruh dunia kerana minat dan kebolehannya menjinakkan 
haiwan ganas.
  Mendiang juga pernah berlakon dalam beberapa filem dan bertanggungjawab 
memajukan sebuah taman hidupan liar di Zoo Australia, di utara Brisbane, yang 
diasaskan ibu bapanya Bob dan Lyn Irwin.
  Irwin dan isterinya Terri mempunyai sepasang cahaya mata, Bindi Sue Irwin, 8, 
dan Robert (Bob) Clarence Irwin, 3. Nahas itu berlaku ketika Irwin sekeluarga 
melakukan pengembaraan di Tasmania.
  – Bernama
   
  *Kita tidak boleh terlalu berani dan tidak boleh terlalu penakut.*

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Poco spazio e tanto spam? Yahoo! Mail ti protegge dallo spam e ti da tanto 
spazio gratuito per i tuoi file e i messaggi 
http://mail.yahoo.it 

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke