Telah kembali ke rahmatullah Pegawai Waren 1 (Bersara) Tn. Hj. Abdullah bin 
Yusoff  pada pagi Jumaat yang mulia 18 November 2006 di Hospital Kubang Kerian 
Kota Bharu Kelantan dipercayai akibat daripada penyakit yang dihidapinya 
beberapa bulan sebelum ini.

Tn. Hj Abdullah bin Yusoff meninggal pada usia pertengahan 60-an sebelum ini 
melalui beberapa pengalaman hidup yang pelbagai.
Menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 60 -an , kemudian bertugas di 
Kor Ajar ATM sehingga dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren 1 sebelum bersara 
sekitar awal tahun 1990-an , Setelah bersara beliau bertugas sebagai guru 
sepenuh masa di SJK Kg. Laut, Tumpat Kelantan sehingga bersara wajib beberapa 
tahun kemudiannya.
Setelah bersara Tn. Hj. Abdullah telah menumpukan masanya kepada kegiatan 
sukarela di Kampung  Kok Pasir dan di Daerah Tumpat. Beliau merupakan salah 
seorang pengasas Tabung Khairat Kematian Kok Pasir pada tahun 1997. 
Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Masjid Kok Pasir sejak lebih sepuluh 
tahun dulu hinggalah ke saat pemergiannya. PW1 Hj. Abdullah juga telah dilantik 
sebagai Bendahari GDW Kok Pasir yang banyak menumpukan masanya untuk kebajikan 
dan keceriaan kampung serta berikhtiar untuk menjaga nama baik kampung.
Beliau telah juga diberi kepercayaan untuk menpengerusikan Community polissing  
di Kampung, turut dilantik sebagai Ajk KRT Mukim Kok Pasir, Penaja K-Bestari 
Kok Pasir, 
Bergiat aktif dalam pertubuhan Peladang kawasan, juga pernah menjadi Timbalan 
YDP PIBG SK Kok Pasir untuk beberapa penggal.

Hj. Abdullah merupakan seorang sukarelawan yang sukar ditandingi di Kampung Kok 
Pasir kerana beliau sangat mengambil berat tentang kebajikan masyaarakat 
kampung dan bersedia menyumbang tenaganya. Beliau akan menghadiri hampir 
kesemua rumah di Kampung kediaman yang ada kematian dan membantu mengurusnya. 
Sebagai Ketua Sektor 1 Tabung Kebajikan (Khairat Kematian) yang juga ditugaskan 
sebagai penyimpan peralatan pengkebumian , beliau akan terus membawa segala 
peralatan tersebut ke rumah si mati bagi memudahkan urusan tuan rumah. 

Beliau seorang yang sangat mudah dibuat kira bicara dan tidak mengira fahaman 
politik dalam soal-soal kerja kebajikan di kampung.




Apa yang dicari mungkin ada di sini:

http://www.giantproduct.com
http://www.bukusiber.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke