"Hidup seperti ada dua hal yang sering dilalui dan dilakukan.Pertama kenyataan dan keduanya permainan."
1. Setelah beberapa hari seakan tidak menulis di egroup kerana seakan berehat seketika kerana terlebih masa penggunaan. Guna dail up masih dikirakan sebagai mahal. Seratus jam guna dah kena bayar RM 150 sebulan. 100 jam sebulan adalah masa yang sangat singkat untuk mengunakan internet kerana dengan masa 100 jam dalam sebulan masih tidak banyak perkara yang boleh dibuat berbanding dengan jumlah laman web yang kini telah meningkat lebih seratus juta. Sampai ke hari ini masih belum ada tanda-tanda jelas yang streamyx akan masuk ke kawasan ini. 2. Setiap musim hujan putu ubi kayu mula dijual di gerai-gerai tepi jalan dan setakat ni dah sempat merasa putu ubi kayu beberapa kali. ada orang kata walaupun sama-sama putu, ada yang sedap dan ada yang kurang sedap. 3. Petang beberapa hari lepas kami adakan satu perjumpaan khas perintis. Memandangkan hari sudah lewat petang , tak banyak perkara yang dapat dibincangkan. Bagaimanapun ada dibincangkan tentang kursus komputer. Hal ini tentunya YDP dan SU akan tetapkan masa dan uruskan penyertaan. Ediramle Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com http://www.bukusiber.com [Non-text portions of this message have been removed]
