Gambar-gambar boleh dilihat melalui pautan ini 
  http://lantiksrs.giantproduct.com/
   
  SRS Kok Pasir Lantik 12  Ketua Baru
   
  Kok Pasir - Skim Rondaan Sukarela, Kawasan Rukun Tetangga Mukim Kok Pasir 
hari ini melantik 12 orang lagi ketua malam SRS untuk menambahkan lagi kekuatan 
yang sedia ada bagi mengawasi kampung Kok Pasir, Kg. Belian dan Kg. Hutan Jambu 
daripada gejala yang boleh membuatkan nama baik kampung tercemar.
   
  Pengerusi KRT mukim Kok Pasir, Hj. Hanafee Yusoff berkata , sebelum ini 
seramai 12 orang ketua malam telah dilantik dan mereka telah menjalankan 
tugas-tugas rondaan dengan baik dan memuaskan. Perlantikan ketua malam yang 
baru adalah sebagai penambahan daripada 12 orang kepada 24 orang.
   
  SRS yang memulakan aktiviti bulan ogos yang lalu telah menjalankan Rondaan 
malam pada setiap malam secara bergilir-gilir yang membabitkan seramai 168 
orang ahli yang berdaftar dan disahkan penyertaannya.
   
  Selain membuat rondaan di ketiga-tiga kampung yang terbabit, SRS Kok Pasir 
juga menjalankan sekatan jalan raya dan berkerjasama dengan pihak polis bagi  
membantras gejala sosial serta jenayah yang berkemungkinan berlaku,  termasuk 
masalah mat rempit, mencegah penularan penyalahgunaan dadah  dan sebagainya.
   
  Hj. Hanafee berharap agar ketua-ketua baru yang dilantik juga menjalankan 
tugas-tugas sukarela ini dengan penuh  ikhlas sepertimana yang telah 
ditunjukkan oleh ketua-ketua malam sebelum ini dan  juga sebilangan basar  ahli 
yang sering keluar bila dijadualkan bertugas.  Pemilihan ini adalah berdasarkan 
kepada sokongan yang mereka berikan sepanjang mereka diberi tugas mengawal 
keselamatan kampung sebelum ini
   
  Seorang Ketua Ronda yang baru, Nawi mahmood berkata, perlantikan ini adalah 
merupakan amanah yang perlu dipikul dengan baik demi untuk mencurahkan bakti 
kepada masyarakat sekampung. 
   
  "Kita hidup sebagai masyarakat perlulah saling bantu-membantu bagi 
meringankan bebanan mereka. Menyertai aktiviti SRS ini selain daripada dapat 
mengurangkan masalah sosial ianya juga dapat mempereratkan antara masyarakat  
kerana semasa aktiviti ahli SRS dapat berjumpa dan beramah mesra."
   
   
  Pada majlis perlantikan ketua baru SRS itu juga turut diserahkan vest Rukun 
Tetangga, Topi dan cotar untuk dipakai semasa membuat rondaan.
   
  Untuk dapatkan gambar sila masuk ke pautan ini.

   
  http://lantiksrs.giantproduct.com/

 Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke