http://wawasandesa.giantproduct.com/
   
    GB4B Kok Pasir terima 36 anak angkat.
  Kok Pasir - 22 Disember.  Gerakan Belia 4B Cawangan Kampung Kok Pasir hari 
ini menerima seramai 36 orang anak angkat sempena Program Rakan Muda Wawasan 
Desa  IPT anjuran  seketeriat Rakan Muda Jabatan Belia Negeri Kelantan bersama  
Politeknik Kota Bharu yang bermula  pada 22 hingga 24 Disember  2006.
  GB4B Kok Pasir diberi kepercayaan sebagai tuan rumah program yang 
dilangsungkan selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan pengisian yang 
bermanfaat untuk semua yang terbabit terutamanya kepada pelajar-pelajar 
Politeknik Kota Bharu  yang menyertainya. Antara pengisian program ialah  Forum 
bersama Pihak polis dan AADK , Gotong royong bersama masyarakat, sukaneka, 
senamrobik dan program ramah mesra bersama masyarakat setempat.
  Program  yang dirasmikan oleh  Pengarah DUN Pasir Pekan Tn. Hj. Mohd Noor bin 
Yaacob ,  turut membabitkan seramai 20 keluarga   yang masing-masing 
diamanahkan sebagai keluarga angkat  kepada peserta yang mengambil bahagian 
sepanjang program dijalankan di sini.
  Seorang peserta yang juga merupakan fasilitator program , Nadariah Jamaliah 
bt Mohd Nazri , pelajar semester 5 diploma Akauntansi Politeknik Kota Bharu 
yang berasal dari Sungai Isap 2, Kuantan , Pahang   berkata beliau mengikuti 
program ini adalah untuk mencari pelbagai pengalaman baru yang belum diperolehi 
sebelum ini, juga bertujuan untuk mempereratkan silatulrahim serta untuk 
menyelami suasana hidup di Kampung Kok Pasir yang sebelum ini hanya dikenali 
namanya sahaja.
  Nadariah yang kali pertama datang ke sini mezahirkan rasa terharu terhadap 
sambutan yang diberikan oleh masyarakat kampung  dan berharap agar program ini 
berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan .
  Beliau seterusnya mengharapkan agar program ini akan dapat memupuk perpaduan 
antara pelajar IPT dan masyarakat kampung.
  Manakala rakannya Syazwani Yasmin bt Hashim pelajar Semester 5 Pengurusan 
Perniagaan Polikteknik yang sama yang berasal dari Manir Terengganu merasa 
bertuah kerana dipilih menyertai program dan merasa bangga kerana  terpilih 
untuk turut serta  bersama GB4B Kok Pasir dalam acara-acara yang telah 
dijadualkan.
  Syazwani  yang terpilih sebagai anak angkat kepada Pengerusi KRT Kok Pasir,  
Hj Hanafee Yusoff  berkata dengan adanya program seperti ini akan dapat memupuk 
semangat kerjasama antara pelajar IPT dan masyarakat kampung. Beliau berharap 
agar program seperti ini akan berterusan dari semasa ke semasa kerana ianya 
begitu besar manfaatnya
  Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT ini dilaksanakan dengan kerjasama 
sepenuhnya daripada Pejabat, Belia dan Sukan Tumpa, Agensi Anti Dadah 
kebangsaan, Polis tumpat, Kawasan Rukun Tetangga Kok Pasir disamping  peranan 
penting Gerakan Belia 4B Kok Pasir bagi menjayakannya.
   
   
  http://wawasandesa.giantproduct.com 


 Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke