Ulasan Buku: Buku yang mesti dimiliki oleh pengkaji Syiah Imamiyah - Posted by 
: zain-ys 
   
  
http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15412
   
  Oleh: zain y.s 
  Karya Maulana Mohd Asri sentiasa menarik perhatian saya. Tahun ini masuk 
tahun kedua saya bergelumang dengan karya-karya, audio dan videonya. Saya 
membaca. Mendengar. Menonton dan berfikir atas semua itu. Saya bukan setakat 
mahu memahami apa yang cuba disampaikannya. Kalau itu, saya boleh mencarinya 
dari pelbagai sumber. Tapi saya cuba mencari lebih dari itu. Saya cuba memahami 
apa yang cuba dibawa dan diperjuangkan oleh beliau. Saya menyelami keunikan 
manhaj yang diketengahkan. Persamaan dan perbedaan apa yang dibawanya dengan 
manhaj tokoh-tokoh sunnah lainnya. 
  Sebuah buku susunan beliau yang dikirimkan kepada saya oleh sdra Zamri antara 
yang menarik perhatian saya. Dan, nampaknya bukan saya sahaja, malah 
rakan-rakan saya di kalangan ustaz-ustaz dan pelajar agama juga. Buku berkenaan 
bertajuk al-Ja'fariyah: Tempat Berselindung Syiah Ghulat 
  

 
    
  
  Apa yang menarik tentang buku ini? 
  Buku ini adalah buku tentang Syiah Imamiyah. Ia agak berbeza dengan buku-buku 
lain ialah kerana ia bolehlah dianggap seperti sebuah kamus. Maulana Asri 
menyenaraikan aqidah-aqidah asas Syiah Imamiyah, kemudian beliau memberi 
rujukannya berdasarkan kitab-kitab induk mereka. Yang menariknya lagi, 
petikan-petikan dari kitab-kitab berkenaan bukanlah ditaip semula, tetapi 
difotokopi. Jadi, dengan begitu ia nampak lebih menyakinkan bahawa ia memanglah 
kitab asli. Dan kita, sekalipun tidak memiliki kitab berkenaan, 
sekurang-kurangnya dapat menatap petikan dari kitab aslinya. 
  Berikut ini adalah petikan mukadimah kitab berkenaan: 
   
  Contoh: Antara aqidah Syiah Imamiyah ialah taqiyyah: 
  Maulana Asri menyatakan tentang aqidah ini, untuk melihat petikan dari kitab 
mereka dinyatakan lampiran berapa dan halaman berapa: 
   
  Berikut ini adalah halaman yang berkaitan dengan kenyataan di atas: 
   
  Kesimpulan 
  Kepada sesiapa yang berminat untuk mengkaji tentang Syiah Imamiyah melalui 
kitab induk mereka, inilah buku pertama yang mesti dimiliki. Atau untuk mereka 
yang tidak boleh berbahasa Arab juga perlu memiliki buku ini. Kerana senarai 
aqidah-aqidah Syiah adalah berbahasa Melayu. Dan sekalipun lampiran kitab-kitab 
Syiah Imamiyah berbahasa Arab, sekurang-kurangnya kita dapat lihat dengan mata 
kepala kita sendiri, itulah yang selama ini yang mereka iktiqadkan melalui 
kitab-kitab berkenaan. 
  Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi/SMS: 
  hakim-eze (012-4589460) 
  Harga: RM80 

 
---------------------------------
No need to miss a message. Get email on-the-go 
with Yahoo! Mail for Mobile. Get started.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke