http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15595
   
  KEPENTINGAN KAJIAN HADITH DI ATAS MANHAJ ULAMA TERDAHULU 
   
  Kajian hadith melalui peringkat demi peringkat sejak zaman para sahabat 
sehinggalah ke zaman kita pada hari ini. Bentuk kajian di setiap zaman juga 
adalah berbeza mengikut keadaan dan kemampuan pengkaji. Ditambah pula dengan 
wujudnya sebab-sebab sampingan yang membantu kajian seperti kemajuan dalam 
penulisan dan teknik pemeliharaan hadith. 
              Di zaman para sahabat, tidak dinafikan bahawa terdapat 
kebarangkalian yang terlalu sedikit untuk wujudnya kesilapan sama ada sengaja 
atau tidak dalam periwayatan hadith. Namun, zaman demi zaman berlalu 
sehinggalah berakhirnya zaman para sahabat. 
   
   Pengkajian hadith untuk menentukan kesahihannya atau kedhaifannya berkembang 
pesat pada sekitar kurun ke 2 dan 3 hijrah. Di zaman itu masyarakat Islam mula 
mengenali tokoh-tokoh pengkaji hadith terkenal yang menjadi tempat rujukan 
dalam hadith. Ibn Rajab al-Hanbali (795H) meringkaskan perkembangan ini dengan 
katanya di dalam buku Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (huraian hadith no.27): ‘Walau 
apa sekalipun halnya, pakar-pakar pengkaji hadith yang tahu tentang kecacatan 
hadith adalah individu-individu dalam kalangan ahli hadith yang amat sedikit 
bilangannya. Di antara yang paling awal dikenali dengan kritikan hadith ialah 
Ibn Sirin. Kemudian ia diwarisi oleh Ayyub al-Sakhtiyani. Ilmu itu diambil oleh 
Syu’bah (Ibn al-Hajjaj) dan diwarisi daripada Syu’bah oleh Yahya al-Qatthan dan 
Ibn Mahdi (Abd. Rahman Ibn Mahdi). Ia diwarisi daripada mereka berdua oleh 
Ahmad (Ibn Hanbal), Ali Ibn al-Madini dan Ibn Ma’in. Ia diwarisi daripada 
mereka berdua oleh ulama-ulama seperti al-Bukhari,
 Abu Daud, Abu Zur’ah dan Abu Hatim’. 
            Dr. Basyar Awwad Ma’ruf pula menyatakan di dalam pendahuluan 
kajiannya terhadap al-Jami’ al-Kabir karya al-Tirmidzi : ‘Maka, ketika itu 
tidak boleh disamakan di antara hukum para pakar hadith terdahulu terhadap 
hadith seperti: Ibn al-Madini, Ibn Ma’in, Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu 
Zur’ah, Abu Hatim, al-Tirmidzi, Abu Daud, al-Nasaai dengan hukum para ulama 
terkemudian yang tidak sehebat mereka seperti Ibn Hibban, al-Hakim, al-Baihaqi, 
al-Mundziri, al-Nawawi, al-‘Iraqi, al-Haithami, Ibn Hajar, al-Sakhawi, 
al-Suyuti dan lain-lain lagi’. Begitu juga dengan muhaddith moden yang kita 
kenali seperti al-Albani, Syuaib al-Arnaouth, Abd. Qadir al-Arnaouth, Ali 
al-Halabi, Salim al-Hilali, Abd. Fattah Abu Ghuddah dan lain-lain lagi. Kajian 
mereka tidak mungkin boleh dianggap menyamai kekuatan kajian para ulama 
terdahulu. 
              Kenapa mereka didahulukan dan kenapa kajian mereka dianggap amat 
penting? Mungkin beberapa fakta ringkas berikut boleh menampakkan kepada kita 
sejauh mana pentingnya kajian ulama awal terutama yang hidup sekitar kurun 
kedua dan ketiga hijrah. 
   1-     Mereka hidup di zaman kegemilangan periwayatan hadith. Hadith-hadith 
diriwayatkan dengan penuh ketelitian dan menjadi mudah untuk mereka 
mengumpulkan hadith-hadith yang ada pada periwayat-periwayat hadith di zaman 
itu. Ini memberi gambaran tentang kemampuan mereka untuk mengumpulkan 
hadith-hadith yang diriwayatkan secara langsung dan bukannya sekadar melihat 
buku tanpa melihat periwayat tersebut. 
  2-     Kemampuan mereka untuk menghafaz dan mencatatkan beratus ribu sanad 
dan matan hadith. Ini penting untuk memelihara sanad-sanad itu sekaligus boleh 
membuat kajian dan perbandingan antara sanad yang benar dengan sanad yang 
mempunyai kesilapan atau periwayat yang tidak layak. 
  3-     Zaman mereka hidup adalah hampir dengan zaman golongan awal periwayat 
hadith. Ia penting kerana mereka dapat melihat sejauh mana hadith-hadith 
diamalkan dan diterima oleh masyarakat terutama para ulama di zaman itu. Ini 
perlu untuk menyokong atau menolak sesuatu hadith berdasarkan amalan para ulama 
di zaman itu. Sekiranya mereka terjumpa hadith yang menyalahi amalan para 
periwayat itu sendiri, maka dengan sendirinya mereka tahu bahawa ia adalah 
hadith yang tidak sahih. 
  4-     Kegigihan mereka merantau ke pelbagai tempat samada jauh atau dekat 
demi mencari periwayat hadith untuk mencatat hadith-hadithnya. Kebiasaannya, 
seseorang pakar hadith tidak akan meninggalkan kampung halamannya sehinggalah 
semua hadith di kampungnya itu telah dicatat dan dihafaz. Setelah selesai, 
barulah dia akan meneruskan pencarian hadith daripada bandar dan tempat lain. 
Ini amat membantu kerana hadith terdapat di pelbagai tempat. Lihatlah 
al-Bukhari sebagai contoh, keluar daripada kampung halamannya dan merantau ke 
pelbagai tempat untuk mengumpulkan hadith. Tidak hairanlah kenapa beliau 
merupakan salah seorang pakar hadith yang terkemuka. Sudah tentu situasi mereka 
berbeza dengan ulama terkemudian walaupun kesemuanya gigih mempelajari hadith. 
Kegigihan mengembara untuk mencari hadith daripada periwayat sudah tentu tidak 
dapat ditandingi oleh kegigihan mereka yang hanya mengembara dalam buku-buku 
untuk mencari hadith yang telah sedia dikumpulkan. 
  5-     Cara mereka mengkaji hadith yang wujud pada zaman itu amat teliti 
iaitu dengan melihat kepada pelbagai aspek dan tidak hanya kepada sanad 
semata-mata. Dengan kemampuan yang ada, mereka tidak akan mudah menerima 
sesuatu hadith hanya kerana wujudnya sanad yang mengandungi periwayat yang 
thiqah. Begitu juga mereka tidak akan mudah menolak hadith hanya kerana ia 
diriwayatkan oleh orang yang dhaif. Oleh itu, kita perlu memahami ketelitian 
mereka yang mengkritik pelbagai aspek untuk sampai kepada keputusan samada 
hadith itu sahih atau tidak. 
  6-     Pemilihan hadith pada mereka adalah salah satu perkara yang amat 
penting. Oleh itu, kita melihat al-Bukhari menghafaz beratus ribu sanad, tetapi 
sanad yang dimasukkan ke dalam Sahih al-Bukhari tidak sampai sepuluh ribu. 
Begitu juga Ahmad Ibn Hanbal yang menghafaz sejuta sanad, tetapi beliau hanya 
memasukkan sejumlah hampir 28000 sahaja di dalam bukunya al-Musnad. Ini 
bermakna mereka tidak menerima semua hadith hanya kerana sanadnya sahih pada 
zahirnya. Mereka akan memilih hadith yang terbaik daripada seseorang periwayat 
walaupun periwayat itu mempunyai sedikit kelemahan. 
  7-     Kajian ulama terdahulu juga penting kerana daripada kajian merekalah 
munculnya buku-buku Mustolah al-Hadith seawal buku al-Muhaddith al-Fasil karya 
al-Ramahurmuzi. Ini bermakna, buku Mustolah al-Hadith datang selepas zaman 
kajian mereka. Sudah pasti kajian mereka perlu didahulukan sebelum buku 
Mustolah al-Hadith. Ditambah pula dengan beberapa kesimpulan yang kurang tepat 
yang ada di dalam kebanyakan penulis buku-buku Mustolah al-Hadith. Maka kajian 
ulama silamlah yang menjadi penentu dalam menentukan kaedah Mustolah al-Hadith 
yang manakah paling tepat, bukan sebaliknya. 
  Perkara-perkara di atas hanyalah sebahagian daripada sebab-sebab yang 
menuntut kita mengutamakan kajian ulama silam sekitar kurun 2 dan 3 Hijrah. 
Apakah pula kesimpulan yang ingin dibuat daripada apa yang telah ditulis di 
atas? Mungkin beberapa perkara di bawah dapat memberikan sedikit gambaran: 
  1-     Kajian terhadap sesuatu hadith perlu mengutamakan kajian yang telah 
dibuat oleh ahli hadith silam. Inilah yang dinamakan sebagai Manhaj 
al-Mutaqaddimin. 
  2-     Kajian ulama silam mestilah menjadi penentu kepada ilmu Mustolah 
al-Hadith. Kaedah-kaedah yang disimpulkan oleh penulis buku-buku Mustolah 
al-Hadith tidak dikira tepat sehinggalah ia disokong oleh bukti kajian daripada 
ulama silam. 
  3-     Pendapat para ulama silam terhadap sesuatu hadith (samada mengsahihkan 
atau mendhaifkan) perlu diambil kira dengan sepenuhnya dan tidak boleh 
diabaikan kerana mereka lebih tahu. 
  4-     Sekiranya berlaku kesepakatan di antara ramai ulama silam terhadap 
sesuatu hadith, ia tidak boleh lagi digugat oleh ulama terkemudian, apatahlagi 
ulama moden yang sama sekali tidak menyamai tahap keilmuan para ulama 
terdahulu. 
  5-     Sekiranya berlaku perselisihan pendapat, pendapat ulama yang paling 
awal dan paling hebat perlu diutamakan. Kita boleh memilih pendapat terbaik 
namun dengan hanya menggunakan kaedah dan cara kajian mereka, bukan dengan 
sesuka hati menurut kaedah baru. 
  6-     Kajian ulama silam bukan lahir daripada kajian singkat atau ilmu yang 
cetek. Tetapi ia lahir daripada kajian bertahun-tahun, hafazan terhadap 
beribu-ribu sanad dan matan, berguru dengan berpuluh malah beratus guru dalam 
hadith dan lain-lain lagi. Maka apabila Ahmad Ibn Hanbal menyifatkan sesuatu 
hadith itu sebagai : tidak sahih, ia bukanlah seperti kes seorang ulama hadith 
moden ditanya lalu dia menjawab dengan jawapan yang sama. Ia sama sekali 
berbeza kerana Ahmad Ibn Hanbal ‘hidup’ bersama kajian dan periwayat hadith 
sedangkan ulama moden ‘hidup’ bersama buku dan tulisan ulama hadith 
semata-mata. Anda pasti dapat merasai perbezaan di antara mereka berdua. 
  7-     Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa ulama terdahulu di sini 
bukanlah semata-mata ulama ‘sebelum’ kita. Bahkan ia khusus kepada ulama yang 
hidup sekitar kurun kedua dan ketiga Hijrah atau pun ulama yang hidup sebelum 
tahun 300 Hijrah. Maka Ibn Hajar, al-Zahabi, al-Sakhawi sehinggalah kepada 
ulama moden, kesemuanya adalah digolongkan dengan istilah ulama terkemudian 
(al-Mutaakhirun). 
  8-     Di sini kita tidak melihat semata-mata kepada tempoh masa atau zaman. 
Tetapi kita melihat kepada ciri-ciri kajian pada zaman itu. Maka mungkin sekali 
wujud ulama yang hidup selepas mereka tetapi mengamalkan manhaj atau metodologi 
kajian mereka, maka mereka juga kita anggap sebagai ulama yang berada di bawah 
Manhaj al-Mutaqaddimin. Contohnya seperti Ibn Rajab yang tidak berada di zaman 
ulama terdahulu, namun dia amat kuat menyokong manhaj kajian mereka dan 
mempertahankannya  di dalam buku-bukunya seperti buku Syarh ‘Ilal al-Tirmidzi. 
  Contoh Perbezaan Manhaj al-Mutaqaddimin dan ulama selepas mereka 
              Di sini saya nukilkan satu contoh kajian terhadap hadith yang 
memberikan gambaran jelas tentang perbezaan di antara ketelitian kajian ulama 
terdahulu dibandingkan dengan ulama selepas mereka. 
  Lafaz Hadith: 
  ãóäú ÐóÑóÚóåõ ÇáúÞóíúÁõ ÝóáóíúÓó Úóáóíúåö ÞóÖóÇÁñ æóãóäö ÇÓúÊóÞóÇÁó 
ÝóáúíóÞúÖö 
    
  Maksud Hadith: 
   Sesiapa yang muntah dengan tidak sengaja, maka dia tidak perlu mengganti 
(puasa) dan sesiapa yang sengaja memuntahkan dirinya maka hendaklah dia 
menggantinya. 
   Takhrij Hadith: 
  Diriwayatkan antaranya oleh Abu Daud (2380) al-Tirmidzi (720), Ibn Majah 
(1676), Ibn Hibban (3518), al-Hakim dan lain-lain lagi. 
   Penilaian sebahagian ulama terkemudian (bukan al-Mutaqaddimun): 
   Ibn Hibban – sahih. (Sahih Ibn Hibban) 
  Al-Hakim – sahih di atas syarat al-Bukhari dan Muslim.  (Al-Mustadrak) 
  Al-Albani – sahih (Takhrij Ibn Khuzaimah) 
  Syuaib al-Arnaouth – sahih (Tahqiq Musnad Ahmad) 
    (Mereka menilai hadith ini sebagai sahih kerana semua periwayatnya adalah 
thiqah (dipercayai dalam hadith) dan tidak ada masalah yang jelas 
menjatuhkannya pada kedudukan tidak sahih). 
   Penilaian sebahagian ulama terdahulu: 
   Ahmad – ia bukan hadith daripada Nabi. (Soaalat Abi Daud) 
  Al-Bukhari – tidak sahih. (Al-Tarikh al-Kabir) dengan penjelasan bahawa 
Hisyam telah melakukan kesilapan. 
  Al-Tirmidzi – beliau menukilkan kata-kata al-Bukhari ‘ia bukan hadith 
daripada Nabi. (Al-Jami’ al-Kabir) 
  Al-Darimi – salah seorang periwayatnya (Hisyam Ibn Hassan) telah melakukan 
kesilapan padanya. (Musnad al-Darimi) 
  Al-Nasaai – ia adalah mauquf (Bukan hadith Rasulullah SAW) . (Al-Sunan 
al-Kubra) 
   (Mereka menjelaskan bahawa hadith itu pada asalnya bukan berbentuk ‘sabda 
Rasulullah SAW’. Kesilapan telah berlaku pada salah seorang periwayat yang 
berada di dalam rantai periwayat hadith tersebut iaitu Hisyam Ibn Hassan). 
               Dr. Mahir Yasin (Ketua Jabatan Hadith Universiti al-Anbar, Iraq) 
telah menyimpulkan perselisihan ini dalam tulisannya ‘Tabaayun Manhaj 
al-Mutaqaddimin wa Mutaakhirin Fi al-Tashih wa al-Ta’lil’ (Perbezaan di antara 
manhaj al-Mutaqaddimin dan al-Mutaakhirin dalam mengtashihkan hadith dan 
mendhaifkannya) : ‘Maka dengan ini, kajian yang mendhaifkan hadith ini oleh 
pakar-pakar ahli hadith dan di antara mereka seperti : Ahmad, al-Bukhari, 
al-Darimi, al-Nasaai – dan merekalah yang dianggap hebat daripada segi hafazan 
dan ketelitian – tidak langsung dapat ditambah atau digugat oleh pendapat ulama 
terkemudian yang menilainya sebagai sahih’. 
              Semoga apa yang ditulis ini menjadi permulaan dalam membina sikap 
terbaik terhadap kajian hadith para ulama dan membezakan di antara manhaj ulama 
terdahulu dan ulama terkemudian. Insya Allah, tulisan akan datang akan cuba 
membincangkan beberapa aspek perbezaan yang ada di antara beberapa kaedah 
Mustolah al-Hadith dan juga kajian yang dipraktikkan oleh ulama terdahulu. 
   Adlan Bin Abd. Aziz 
  [EMAIL PROTECTED] 
  www.alitantawi.blogspot.com 
  0197105167 
   
  Note: Sila ikuti penjelasan lanjut mengenai artikel di atas di kuliah 
al-Syamail al-Muhammadiah & Kajian Ulama Mutaqaddimun yang disampaikan oleh ust 
Adlan Abdul Aziz akan diadakan seperti berikut: 
  Tarikh : 19 April 2007 (Khamis) 
Masa : Selepas Maghrib 
Tempat : Surau al-Naim Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur 
 
 
   
  
   

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke