Us Ali cabar Mufti Perlis, jawatan Mufti Bidah
Posted on Thursday, March 01 @ 23:29:05 MYT by din-cryptos 
 Oleh BPPNS

"Dalam satu siri ceramah oleh Us Ali Kutty di Negeri Sembilan, beliau merasakan 
kebimbangan atas serangan fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti 
Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa perpecahan di kalangan jemaah 
surau malah hinggakan ada suami isteri yang bercerai berai. 

Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila suami balik mengikuti 
ceramah golongan ini, si suami melarang isteri dari membaca qunut ketika solat 
subuh. Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya juga. Apabila si 
isteri berkeras membacanya maka robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman. 

Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam membuat majlis tahlil, 
maka ada jemaah membantah. Lalu jemaah tadi bergaduhlah dengan imam. 

Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua amalan yang ada nas dan 
dalilnya seperti membidahkan tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah, 
membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al Quran, kunut, wirid lepas 
sembahyang dan banyak lagi. Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah 
sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka. Yang terbaru menangkap 
orang berkhalwat juga adalah bidaah. 

Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau kita setuju semua 
perkara diatas adalah bidah. Maka bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. 
Ini adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan mufti. Bahkan zaman 
Khalifah Ar Rasyidin juga tiada jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al 
Quran yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang mengharuskan jawatan 
Mufti ini ? 

Begitu juga dengan Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan ini. 
Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sedangkan sambutan tersebut 
adalah bidah ? Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai terutamanya 
golongan cerdik pandai, para mahasiswa agar berhati-hati dengan golongan ini, 
yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan rumah tangga 
dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan buang bayi dan banyak lagi. 

Setiap amalan wirid, qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada mereka 
yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu dan akal. "


                         
  ..oooO..............Let Islam
...(....)...Oooo...Be
....)../.....(....).....Our
...(_/.......)../......Way
.............(_/.......of Life














 
---------------------------------
Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and 
always stay connected to friends.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke