Mohon diizinkan YDP Perintis. Berdasarkan perjumpaan perintis yang diadakan pada pagi tadi beberapa perkara perlu diselesaikan demi perintis tidak lenyap begitu saja.
1. Jawatankuasa perintis perlu disusun semula. 2. Beberapa perubahan sementara perlu diadakan. Dengan persetujuan Ramisa (SU perintis) mulai hari ini saya (Ediramle) memangku sementara jawatan Setiausaha PERINTIS. manakala Ramisa memangku senentara jawatan Penolong Setiausaha. Bagaimanapun perkara ini perlu diperkenankan sdr YDP terlebih dahulu yang tak dapat hadir ke perjumpaan tadi. Ini bukan bermakna soal tolak menolak atau ambil mengambil, tapi ianya perlu dibuat untuk mengaktifkan Perintis. Bila ianya agak baik sedikit, saya akan kembali semula ke jawatan AJK dan Ramisa akan kembali semula sebagai Setiausaha atau Timbalan pengerusi. Bendahari kekal seperti yang ada sekarang Sdr. Emzek. Ajk yang dipilih adalah kekal sebagai AJK perintis sehingga mesyuarat Agung akan datang. Tentang YDP itu terserah kepada YDP dan Timbalan YDP yang ada sekarang. Tapi sebaiknya kena buat mesyuarat agung terlebih dahulu sebelum apa-apa perubahan. Ediramle Ismail
