Pakcu, paklebai dan semua rakan-rakan Pakdo yang pakdo ingati sentiasa. Bercakap dengan orang-orang lama seperti pakcu dan paklebai biar pakdo bercakap bahasa orang 'tua' .
hari ni pakdo nak bercakap tentang hal memasyarakatkan masjid dan memasjidkan masyarakat. Pakdo terlintas perkara ini ketika pakdo turun ke baruh kelmarin , pakdo tengok kiri, tengok kanan , nampaknya padi menghijau subur sekali. Pakdo tak tanam padi, tapi ada kenalan pakdo yang tanam padi. Baru-baru ni musim kemarau agak teruk yang membuatkan sesetengah bashagian petak padi kekeringan air. Sekarang Alhamdulillah hujan turun sekali sekala. Cerita tentang memasyarakatkan masjid dan memasjidkan masyarakat, pakdo lihat setakat ini kebanyakannya gagal sebelum bermula. Seperti tidak banyak usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadikan masyarakat kita sebagai masyarakat masjid, pakdo sendiri pun jarang sekali ke masjid kecuali ketika ada program dan pada hari Jumaat. Tema ini mungkin pakdo terlintas sahaja, tapi ianya mungkin sekali berguna , malah sangat perlu . Masyarakat perlu ke masjid begitu juga masjid perlu mesra masyarakat. Masjid yang mesra masyarakat mungkinnya yang digunakan untuk pelbagai fungsi kemasyarakatan seperti tempat bermesyuarat , tempat berbincang tempat menambah ilmu dan maklumat dan banyak perkara lagi yang boleh dibuat di sana. Dari situ sedikit demi sedikit ianya didekatkan ke hati masyarakat , biar ianya jadi dekat di hati. Pakdo tak boleh bercakap panjang kerana kalau pakdo catatkan apa saja yang pakdo terlintas tentang perkara ini ianya tentu sekali akan menyentuh pelbagai pihak termasuklah rakan-rakan , kaum kerabat dan diri pakdo sendiri juga. Hormat selalu daripada Pakdo Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
