Pakdo Mari lagi ni.

Kali ni pakdo nak bincang sikit tentang Dikir Barat yang bagi Pakdo
sekarang ni sedang sedikit demi sedikit menjadi Dikir kebaratan.

Kurang lebih 10 tahun pakdo tidak tengok persembahan dikir barat di padang
,walaupun begitu pakdo selalu dengar dikir barat yang dipersembahkan di
majlis-majlis yang pakdo pergi.

Pakdo rasa seperti kecewa dengan dikir barat sekarang ni, kerana dah
banyak berubah.

Perubahan dikir barat ini pakdo nampak seperti berubah dari dikir barat
kepada dikir kebaratan.

Alat-alat muzik tradisional seperti rebana ibu, rebana anak, gong dan
canang seakan telah diganti dengan muzik-muzik moden seperti gitar dan
alat-alat muzik yang pakdo sendiri pun tidak kenal.

Sebahagian penyanyi lagu dikir barat telah lari menjadi penyanyi pop
walaupun mereka sebelum ini dikenali sebagai penyanyi dikir barat.

lebih pakdo terasa ialah media seperti radio juga telah lebih banyak
menyiarkan lagu dikir barat yang tidak dikirnya lagi seperti yang pakdo
dengar hari ini .

Barangkali penyanyi dikir barat kita nanti akan bergelar penyanyi popular
dan merakam lagu-lagu popular untuk sasaran pendengar yang lebih meluas.

Bagaimanapun apa yang pakdo dengar lagu-lagu yang dinyanyikan itu masih
kedengaran kedaratannya.

Ini pandangan pakdo, kiranya ada waris warah yang tidak bersetuju dengan
pandangan pakdo ini tak jadi hal.

Pakdo hanya menulis apa yang pakdo fikir. Pakdo lebih bersetuju dikir
barat terus menggunakan alat muzik tradisional untuk mengiringi lagu-lagu
dikir barat kerana bila tidak menggunakannya tak elok dinamakan lagi
sebagai lagu dikir barat.


Pakdo pernah ikuti kumpulan dikir barat, tapi sebagai awak-awak saya,
sebagai tukang tepuk di waktu muda dulu, tujuannya adalah untuk berkawan
dengan sahabat-sahabat sekampung.



Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke