Pakdo nampak saing pakdo seorang demi seorang masuk untuk memperkatakan
sesuatu.

Pakdo harap kalau pakdo ada terlanjur kata , terlebih bicara saing-saing
pakdo maafkan pakdo, maklum saja pakdo ini orang yang masih jauh dari
sempurna dan apa lagi bijak dalam  berkata-kata.


Pakdo gembira sungguh bila boleh berjumpa dengan saing-saing serupa Tok
Ayah, Ayah Ngah , Ayah Su dan Pakcu, mungkin lepas ni boleh berjumpa pula
dengan pak teh, pak long , pak ngah dan sebagainya .


Berjumpa dengan sesama warga emas ni seronok juga, kerana sejak berjumpa
semasa zaman pakdo remaja dulu , ketika tu tak ada alat-alat canhhih
seperti hari ni. Dulu mana ada internet, mana ada komputer , mana ada hand
set.

Dulu masa berkasih dengan makdo, pakdo hanya tulis surat. Seminggu baru
sampai.  Tunggu makdo balas tujuh hari baru sampai.

Makdo juga selalunya tak berapa suka tulis surat , dua kali pakdo hantar 
sekali makdo jawab.


Sekarang ni mudah sungguh, send saja sms dalam setengah saat orang sebelah
sana dah terima.


Pakdo gi dulu deh.

Kirim email ke