Tok Ayoh, Pakdo, Pak Lebai , pakcu, Ayah Su dan semua warga egroups .

Seronok juga baca tulisan yang dibincangkan tentang perkara-perkara yang
mungkinya ada asas yang dikemukakan oleh Tok Ayah, Pakdo , Pakcu, Ayah Su
dan juga Pak lebai.

Rasanya seperti nak tumpang sekaki turut berbincang dengan menyentuh
secara umum berkaitan permasalahan di depan mata sekarang.

Lebih seronok lagi kalau muncul pak teh, pak mat, pak ngah dan warga-warga
emas lain yang turut sama mewarnai dunia ICT terutamanya di Negeri
Kelantan ini.





Ediramle Ismail.





---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: Re: [Tumpat] Sebahagian manusia sangat jahat
From:    "tokayah toknek" <[EMAIL PROTECTED]>
Date:    Sat, April 7, 2007 10:20 am
To:      [email protected]
--------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Pak Lebai, Pa Da dan semua sahabat seusia Tok Ayah...
  Kemarin tok ayoh tak ngadap komputer. Tok ayoh ada kerja sikit. biasalah
hari Jumaat kan.
  Banyak nak kena ziarah...ziarah kubur arwah ahli keluarga Tok ayoh yang
dah kembali ke rahmatullah...ziarah sahabat taulan yang sakit dan
uzur....dan jenguk jenguk kebun sekangkang kucing kat belakang rumah...
  Sambil-sambil tu tok ayoh dalami ilmu agama sebagai bekalan tok ayoh
masa bertemu dengan suruhan Allah nanti.
  Pertama-tamanya, tok ayoh nok oyak..tok ayoh terharu dan sedih dengan
rintihan Pak Da mu tu. meme benarlah anok bangsa kita loni karut
sungguh. karut sungguh-sungguh, bukan karut sikit sikit dak.
  Dale marah-marah pun pak da masih lagi bertomaninah..masih lagi pak da
panggil mereka anak bangsa.
  Kalu tok ayoh, pantang mak nenek nak panggil mereka anak bangsa. tok
ayoh akan panggil mereka ni anak tak ada bangsa. sebabnya mereka ni
telah buat kita malu dan buat kita hilang imej bangsa sendiri.
  Tok ayoh ada terfikir jugak masa baring-baring dengan tok nek. duk pikir
pasal nasib anak bangsa kita pada masa akan datang...apa nak jadi dengan
mereka kalau loni pun dah lupa daratan...dah lupa agama dan dah lupa
hukum hakam.
  Semalam tok ayoh tubit dengan tok nek, tengok lampu di kota bharu. comel
lote...cerah mancar di bandar pada waktu malam. tapi bukan tu hok tok
ayoh nak oyak.
  Ada cerita di sebalik kemeriahan cahaya lampu di kota bharu yang tok
ayoh nok oyak...
  Ianya berkaitan dengan pengisian malam oleh anak bangsa kita.
  Tok ayoh sempat melilau dengan tok nek di perut KB Mall...di pinggir
Bilion... di celah-celah lorong sempit Kota Bharu.
  Astarfirullah....
  mace mace gelagat anak bangsa kita yang tok ayoh nampak. mace-mace
reaksi anak muda mudi kita di tiga tempat tu (tak termasuk gelagat ngeri
di hotel-hotel bajet, di rumah tumpangan, di lokasi-lokasi gelap dan di
mana-mana kawasan yang sama waktu dengannya) yang tok ayoh sempat rakam
dengan mata kepala sendiri...
  Meme...dunia dah nak kiamat.
  Gelagat bandar macam ni, gelagat di kampung mace hok pak da mu oyak tu..
  Malas dah tok ayoh nok bari (berleter).
  Ni semua tok ayoh letok pada bahu mok bapok.
  Buat gapo mereka ni?
  Tak ada mata ke nak tengok?
  Tak ada mulut ke nak tegur?
  Tak ada otak ke nak pikir baik buruk?
  Kalu lagu tu baik tok sah jadi mok bapok la...
  Tok ayoh dan tok nek nangis tau tengok ke gelagat anak muda zaman loni.
baik betinanya, baik jantannya...samo jah.
  buleh jadi mok bapok suke barangkali dengan tingkah laku anak-anak mereka.
  Buleh jadi mok bapok gembira barangkali bila anok daro mereka dah kena
tebuk
  Buleh jadi mok bapok bangga barangkali anak tino mereka pakai baju dan
seluar singkat2.
  Heeee...tak taulah tok ayoh nok oyak lagu mano lagi
  Kalu oyak panjang2, nanti mereka kata tok ayoh ni suka jaga tepi kain
orang..
  Kalu oyak panjang2, nanti mereka kata baik tok ayoh jaga anak sendiri...
  Lagu tulah manusia loni. tegur sikit jah...dia jawab panjang lebar
  Padahal tok ayoh tegur ni sebab nok molek ke dia. Buke nok perhodohkan dia.
  Apapun, sebagai orang tua yang masih kemas dengan tradisi dan budaya
lamo, tok ayoh akan tetap tegur dan terus tegur.
  Tok ayoh anak lebih agresif lagi pada masa akan datang.
  Tok ayoh nok kato hok berat-berat sampai cair taik telinga mok bapok hok
tak reti ajar ni.
  Tok ayoh nok undur dulu....sian tengok tok nek sorang-sorang duk cangkul
batas ubi stelo.
  Assalamualaikum!...



Pak Lebai <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          Pak do,
Pada pendapat pa lebai mereka buat begitu atas desakan hidup
kerana dia juga ingin hidup macam pak do ayah su tetapi dia diluar kemampuan
cuba lah pihak pemerintah adakan peluang perkerjaan sudah tentu perkara
sebegini tidak terjadi lagi.
itu pasal meragut selipar pak do, dipejabat juga ada musang berbulu ayam.
maaf kalau terkasar bahasa sikit.

----- Original Message -----
From: Pakdo
To: [email protected] ; [email protected] ;
[email protected]
Sent: Saturday, April 07, 2007 1:11 AM
Subject: [Tumpat] Sebahagian manusia sangat jahat

Tajuk pakdo malam ni, kelihatan agak kasar sikit , tapi puitis .

Pakdo dengar cerita zaman sekarang , zaman yang tidak boleh dipercayai.

Hingga ada orang kata , selain daripada kita, semuanya orang lain . Itu
betul, tapi ada yang tidak berapa betulnya.

Selain daripada manusia-manusia yang baik, ada juga manusia-manusia yang
jahat budi perkertinya.

Segala macam bentuk mercuri, meragut, mengetik, merampas, merompak dan
segala macam lagi.

Daripada barangan yang berharga hingga yang kurang berharga dikebas bila
ada peluang.

Ada ke patut kebanyakan orang tidak lagi percaya kepada pintu, tidak lagi
percaya kepada jendela, tidak lagi percaya kepada pagar, tidak percaya
lagi kepada rumah, tidak lagi percaya kepada kenderaan, tidak lagi percaya
kepada kerawat berduri.

Kalau dulu mereka yang ada lembu atau barang kemas bimbang, tapi sekarang
mereka yang ada besi buruk pun sentiasa bimbang kalau-kalau besi sebatang
di bawah rumah mereka akan dicuri.

Bertuah sungguh anak bangsa pakdo, besi buruk yang sedikit pun dicurinya.
Bertuah sungguh sebahagian kecil anak bangsa pakdo yang boleh
membimbangkan seluruh masyarakat.

Patutlah orang sekarang dah buat rumah batu yang kukuh-kukuh , dengan
pagar yang tinggi sehingga jadi tembok pemisah dengan masyarakat.

Tidak saja besi, kabel elektrik, selipar jepun juga dikebas.

Pakdo pernah hilang selipar adidas tiruan di masjid. itu biasa, pengusung
mayat yang diletakkan di masjid pun boleh hilang . Berani sungguh anak
bangsa pakdo, tak takut sungguh anak bangsa pakdo.

Pakdo kira ini mesti ada kelemahan dalam sistem hidup masa kini. Mesti
pakdo bersama pakcu, tok ayah, ayah su , tok lebai, ayah ngah dan ramai
lagi berkumpul di kedai kopi begini dan berbincang sambil berfikir cara
yang terbaik supaya menyelesaikan masalah ini.

Pakcu beri pendapat sedikit, Tok Ayah bagi pandangan banyak, Tok lebai
baca-bacalah sikit , agar dilembutkan hati mereka-mereka yang berkenaan.

Pakdo tak kata semua orang jahat, tapi hanya sebahagian kecil saja yang
jahat, tapi yang sebahagian kecil inilah yang merosakkan susu sebelanga
yang membuatkan orang tidak percaya kepada orang biarpun sahabat baik
sekalipun.

Hormat selalu daripada Pakdo


Kirim email ke