Cepat sungguh berubah dari satu zaman ke satu zaman hingga pakdo tak
sempat nak kejar perubahan itu.

Dulu suatu ketika orang sebut zaman angkasa lepas, lepas tu zaman
teknologi maklumat , kemudian zaman globalisasi kemudian zaman glokal,
kemudian zaman apa pakdo tak tahu.


Tapi dalam zaman- demi zaman yang berlalu itu , tak ramai orang Melayu
yang sempat meneroka zamannya. Dengan kata lain hanya menyebut saja tapi
tak masuk ke dalamnya. Orang sebut kita sebut kemudian beberapa ketika
zaman telah berubah kita ketinggalan lagi dan lagi.

Begitu pun ramai juga anak bangsa pakdo yang berfikiran maju dan ramai
pula yang sangat cepat untuk maju lalu berduyun-duyun sertai skim itu,
skim ini.

tidak terkecuali menyertai skim cepat kaya.

Skim cepat kaya adakalanya menggunakan nama itu nama ini masuk sampai ke
kampung-kampung, masuk ke pejabat-pejabat , masuk ke mana saja kawasan
yang ada hasrat nak kadi kaya cepat.

Pakdo juga sering mengangankan untuk jadi kaya. Kalau pakdo kaya, pakdo
berhasrat untuk nak bantu waris warah pakdo yang kurang berkemampuan
supaya kekayaan pakdo tidak hanya untuk diri sendiri tetapi untuk waris
warah pakdo juga.

Tapi pakdo juga berangkali tidak boleh dipercayakan juga, kalau kaya
mungkin jadi bangga diri dan lupakan hasrat asal untuk bantu waris warah.

Tapi setakat ini pakdo tak teringin pun untuk menyertai sebarang skim
cepat kaya yang biarpun ada orang yang telah kaya kerananya.



Hormat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke