Salam pada semua rakan-rakan tok ayah.
  Apa kabar? Harap-harap semuanya sihat.
  Maaflah, lama benar tok ayah menghilangkan diri
  Bukan gi bertapa atau makan angin, tapi lepas angin.
  Apapun, tok ayah selalu ikut perkembangan semasa yang berlaku
  Tok ayah gembira kerana makin hari makin ramai rakan sebaya tok ayah menjelma
  Selamat datang pada semua...Rakan-rakan yang rumah kata pergi, kubur kata 
mari.
  Dok gitu kek nih!!
   
  Pertama-tama sekali, tok ayah panjat rasa syukur yang amat sangat selepas tok 
ayah dimaklumkan budak bernama YIN dah dijumpai semual dan kini sudah kembali 
ke pangkuan keluarga.
  Gedebar juga tok ayah dok mikir pasal kehilangan budak comel ni. Tok ayah 
dapat rasa bagaimana mak dan ayahnya rasa. Tidur tentulah tak lena, apatah lagi 
nak makan...langsung tak lalu. Yalah, mana taknya, anak kesayangan hilang. 
Siapa tak sayang anak ooiii.
  Yang tak sayang anak ni hanya budak-budak muda yang gila atau hilang akal 
aje. Orang jenis ini saja yang sanggup buang anak..sanggup bunuh anak sendiri.
  Nilah orang kata, masa buat sedap, masa beranak senang-senang je buang. Gila.
  Tok ayah nak kutuk habis-habisan orang macam ni. Kalau dapat kat tok ayah, 
tok ayah nak sula budak macam ni. memang tak patut hidup pun. 
   
  Beginilah keadaan sekarang. Dunia dah nak kiamat. Yang perempuan dah tak tau 
maruah mahal murah. tau nak keseronokan aje. Yang lelaki pula bukan nak jaga 
yang perempuan, tapi tau nak tikam je. Heee apa nak jadi anak muda sekarang. 
   
  Pada rakan-rakan tok ayah, marilah kita sama sama jaga anak kita. Jangan 
biarkan mereka jadi anak tak berguna. Berilah didikan sebaik mungkin. Kalau 
boleh seimbangkan didikan dunia dan akhirat, pasti berjaya.
   
  Tok ayah selalu jaga anak-anak tok ayah. yang sulung tok ayah baru terima 
tawaran daripada kolej universiti islam antarabangsa selagor (KUIS) pagi tadi. 
Dia dapat 7A dalam SPM lalu, jadi tok ayah beri kebebasan sepenuhnya untuk dia 
pilih kolej mana dia nak, universiti mana dia suka. so, hari ni anak tok ayah 
beritahu dia dah terima tawaran pertama daripada KUIS. Tok ayah tak halang. Tok 
ayah beri kebebasan sepenuhnya untuk dia pilih.
   
  Tok ayah tak taulah cara tok ayah jaga anak ni betul ke tak. Pernah tok ayah 
bagitau pada anak-anak tok ayah, "kalau besar nanti dan dapat belajar ke menara 
gading, tok ayah akan bebaskan kau". Bebas yang tok ayah maksudkan bukan dalam 
konteks kebebasan hidup, tetapi kebebasan memilih jurusan yang dia nak.
   
  Soal kehidupan, walaupun anak tok ayah dah usia 17 tahun, dia masih tetap 
bawah jagaan tok ayah dan tok nek mu. Tok ayah kena tegas bab bab kehidupan ni. 
Tok ayah larang dia naik motosikal. tok ayah larang dia keluar melebihi satu 
kilometer persegi dari rumah dan tiap-tiap setengah jam tok ayah akan hubungi 
dia. tok ayah bagi henset kat anak tok ayah satu sorang untuk mudah tok ayah 
monitor pergerakan dia. betul ke tak cara tok ayah buat tu...terpulanglah pada 
sobat-sobat tok ayah nilai. tapi pada tok ayah, cara tu memang dah betul. 
   
  walaupun anak tok ayah dapat 5A SPM baru-baru, tok ayah hanya beli baju dan 
seluar saja. tok ayah tak beli motosikal macam yang jiran-jiran tok ayah 
hadiahkan pada anak-anak mereka. tok ayah rasa belum sampai masanya lagi untuk 
anak tok ayah bergelar mat rempit.
   
  biarlah dia belajar dulu...biarlah dia dapat kerja tetap dulu, barulah dia 
buat perhitungan hidup untuk diri dia. Mungkin masa tu tok ayah dan tok nek mu 
dah tutup mata. Tok ayah dah tak kisah lagi dah. apa nak jadi, jadilah. tapi 
apa yang menjadi harapan tok ayah ialah segala ilmu yang tok ayah curah pada 
dia, dia akan bawa sehingga ke akhir hayatnya.
   
  Tok ayah tak rela anak tok ayah jadi mat rempit. tu kerja gila, kerja yang 
mak bapak dia orang juga sewel barang kali. tok ayah kata gitu sebab dia 
sebagai mak bapak, mustahil dia tak tahu pergerakan anak-anak dia. takkan tak 
tergerak hati langsung dia nak ambil tahu kedudukan anak dia di mana, anak dia 
buat apa dan anak dia bersaing dengan siapa. inilah yang tok ayah tekankan 
setiap kali tok ayah menulis luahan hati ini. tok ayah tak salahkan anak-anak, 
sebab mungkin mereka tak tau. tapi yang tok ayah nak marah sangat adalah pada 
mak bapak ni. takkan mereka tak tahu.
   
  Heee..benggong tok ayah mikir pasal ni.  
   
   
   
   
   
   
   
   

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke