Semale tok ayah ada terima email dari orang yang dikenali. Dia mengirim email
ini pada tok ayah dan tok ayah forwardkan pada sobat-sobat tok ayah untuk
sama-sama baca. Kalu ada yang boleh diambil iktibar, ambiklah. kalu tak boleh,
jangan ambik.
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah...
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for
our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org
meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2
dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya,
ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak
menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang
mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat
hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan
kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia
lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu
hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan
tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas
beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah
ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau
terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam
buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya
Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai
segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya
selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya
mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah)
dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada
bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda
tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya
mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari
itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah
orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil
itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami
saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man
tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah)
bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah
perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan,
mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau
ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya
bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari
neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak
saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama
bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya
serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta
saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid,
terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang
berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta
ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.
Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya
meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar
terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu
memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus
pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya
mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan
keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang
meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya
tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula
sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik
Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara
itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia
setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan
dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah
pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil
membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah
spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat
disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya
bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan
dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah
tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik
Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga
terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan
Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check outnew cars at Yahoo! Autos.
[Non-text portions of this message have been removed]