Betul apa yang dikatakan oleh waris pakdo . Pakdo terkejut juga kalu ada saing-saing pakdo yang sanggup pinjam duit daripada bank untuk buat malabur dalam skim cepat kaya.
Pakdo kira, skim ini tidak mudah mati biarpun ianya difatwakan haram. Kerana duit telah mengabui mata saing-saing pakdo . Pakdo dulu pernah pinjam duit daripada kedai pajak gadai untuk hantar anak belajar. Pakdo . Kelantan. > Hok ni lah hok ambo dok cerita dua tiga minggu lepas, tapi ambo > cerita dari segi logik dan kesahihan "pelaburan-pelaburan" ini dari > pandangan ekonomi. Mujur perkara ni dapat perhatian Majlis Fatwa > sebab ramai pelabur yang dilekakan oleh skim-skim begini ialah oghe > melayu kita. Dok melangut di kedai-kedai kopi dan kafe siber (jangan > salah anggap, kawe pun menjalankan perniagan kafe siber) memikirkan > keuntungan 2-3% sehari yang akan/telah diperolehi, tak dok pekdah > apa satu. > > Ni tak cerita lagi pasal kawan-kawan kita hok ambik pinjaman bank > rakyat, bank islam, mara, felda, felcra, ah long, cettiar, koperasi, > dan bermacam-macam bank lagi untuk masuk skim ni. Kalu tak percaya > sila dapatkan statistik dari bank-bank tersebut, pinjaman peribadi > melonjak dengan begitu tinggi mulai bulan januari 2007. Nampak > gayanya selepas ni ramai la hok menanggung bayaran bulanan dengan > bank, hasil tak dok gapo satu. > > Hok ambo tengok loni ramai doh member-member seperkedaian kopi kawe > hok mandi tok basah, tidur tak lena, lupa nok zip seluar, pakai baju > terbalik butang senget, tersaloh aboh memikirkan pelaburan ribu-ribu > dalam internet, tengok duit masuk tapi nok wat tubik tok > leh.......... > > Harap jangan la ada antara kita dale group ni terkena dengan > muslihat-muslihat sebegini. Kalu keno jugak gak, sila tilik baik- > baik nasihat ambo dibawah ni: > > "AKU KATO DOH!!!! MU TOK SIR DENGAR JUGOK!!!" > > Wassalam, > > Sepupu alik mok sedaro cucu tiri dua pupu Pakdo. > > > > .........---- In [EMAIL PROTECTED], "Ediramle Ismail" > <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >> >> >> ---------------------------- Original Message --------------------- > ------- >> Subject: Pelaburan saham melalui Internet haram Majlis Fatwa >> From: "Azman Hussien" <[EMAIL PROTECTED]> >> Date: Fri, April 13, 2007 11:19 pm >> To: [EMAIL PROTECTED] >> ------------------------------------------------------------------- > ------- >> >> Pelaburan saham melalui Internet haram Majlis Fatwa >> >> Sumber Utusan >> Malaysia<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp? > y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm> >> ( >> http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp? > y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm >> ) >> >> Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM >> >> KUALA LUMPUR 12 April Ketika wujud gelombang besar penyertaan > orang ramai >> dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan > berlipat ganda, >> aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam. >> Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala > Terengganu itu >> sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan > tidak kurang >> 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional > berpangkat >> Tan Sri dan Datuk. >> >> Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk > pelaburan >> Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya > diuruskan Swiss >> Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur > riba. >> Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira > RM200 juta >> yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak > kurang 50 >> jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur > dengan janji >> pulangan sehingga 300 peratus. >> >> Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang > mendapat >> sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman > web >> www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi > pelaburan >> pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang > dilancarkan hari >> ini. >> Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor > Husin >> yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang > pelaburan >> yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash > adalah >> haram. >> >> Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya > melabur dalam >> segala bentuk pelaburan seumpama itu. >> ''Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang >> berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,'' katanya. >> >> Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan > rakyat >> Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran > hadapan >> komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas. >> Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa > kononnya >> aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk > dalam bidang >> kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM). >> Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim > pelaburan >> Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam >> pasaran-pasaran saham luar negara. >> >> Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash > yang >> tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan > lebih >> meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta > wang daripada >> lebih 50,000 pelabur Malaysia. >> >> Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus > operandi >> berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank > tempatan dan >> urusan pelaburan menerusi Internet. >> Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah > menyalahi >> undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram. >> Teknologi >> >> Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan > kemudahan >> teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa > sindiket yang >> menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya > Internet. >> Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; > www.empay.com; >> www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; > www.GlobalForex.us; >> www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG- > trade.comdan >> www.smartindex.net. >> >> Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh > mendapatkan senarai >> keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya > dikenali >> sebagai High Yield Investment Programme (HYIP). >> Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat > (ASD) >> berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia. >> Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan > pulangan >> lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang > dibayar >> kepada para pelabur selama 100 hari. >> >> Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan > dengan >> kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga > peratus >> sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal. >> Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang > berpusat di >> Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang > tempatan >> berjaya mengabui mata para pelabur. >> > > > Hormat selalu daripada Pakdo Apa yang dicari mungkin ada di sini: http://www.giantproduct.com dan http://www.bukusiber.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
