---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: [IT-Kelantan] budu kiterr
From:    "Azmy Hussin" <[EMAIL PROTECTED]>
Date:    Wed, April 18, 2007 11:48 am
To:      [EMAIL PROTECTED]
--------------------------------------------------------------------------

Believe it or not  November 16, 2006  Rahsia Khasiat Budu Terbongkar  Budu
merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat
daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
  Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur
Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan
berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
  Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione
sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya
tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya
dan menghalang kanser.

  Budu
  Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini
memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
  Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai
mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit
degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing
manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
  Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria
penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah,
pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
  Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan
dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu
yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi
masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat
kurang zat pada tubuh.
  Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan
pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea
kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
  Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana
ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
  Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria
raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah
kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang
terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan
vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
  Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid
pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
  Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang
dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin
- yang mana vitamin B 12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber
makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu
untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini
mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut
dan berat badan menurun.
  Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram
per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini
jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan
adanya vitamin B 12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi
merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
  Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral
makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi,
kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi
setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk
isoflavon.
  Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga
merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk
menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
  Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih
elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga
menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
  Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan
juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di
dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
  Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon
unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di
samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4
trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat
dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
  Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat
menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada
budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah
payu dara.
  Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan
pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh
darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
  Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah
(hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti
lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik
(menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan,
niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
  Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu
sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol
ke tahap luar dari jangkaan.
  Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali
sebagai sumber serat (dietary fiber ) yang baik. Kandungan serat di
dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia
menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National
Cancer Research.
  Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada
budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas
sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama
hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda
fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala
keperluan untuk tubuh badan.




Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke