Umur pakdo dah lebih 60 tahun, tapi mungkin yang lebai keta 16 tahun tu
perasaan pakdo.

Tapi perasaan pakdo pun tidaklah 16 kalu 30 tahun tu mungkin juga.

Pakdo suka naik kereta api. Dulu pakdo masih ingat ketika pakdo naik
kereta api berkepala hitam. Sepanjang jalan jalan sentiasa dibersihkan.
Tapi sekarang pakdo lihat tidak ada lagi rumah-rumah batu kediaman pekerja
landasan. Kerja-kerja sekarang diambil alih oleh jentera.

Pernah pakdo naik kereta api. Pokok-pokok di tepi jalan sentiasa menampar
jendela keretapi. Kalau dihulur muka atau tangan tersilap keluar dari
jendela, pokok-pokok itu akan menampar muka warih warah pakdo juga.


Pakdo ada cerita lepas ni. Pakdo nak bercerita tentang menanam padi.




> Ya ke umor pak do dah 60 tahun
> rasa rasa baru 16 tahun he hee
>   ----- Original Message -----
>   From: Pakdo
>   To: [EMAIL PROTECTED] ; [email protected] ;
> [EMAIL PROTECTED]
>   Sent: Wednesday, April 18, 2007 2:37 PM
>   Subject: [Pesisir] Kereta api pagi
>
>
>
>   Pakdo mari ni, pakdo mari nak jumpa saing-saing pakdo.
>
>   Pakdo tak sempat nak mari kerana dua hari pakdo pergi ke hulu Kelantan
>   untuk tengok tanah hutan yang telah benar-benar berhutan. Pakdo gi naik
>   keretapi sebelah pagi
>
>   Naik keretapi pagi ni pakdo rasa seperti pakdo dok dalam mimpi.
>   Gerabak-gerabak yang sungguh uzur dan terbokeh sana terbokeh sini.
>   Barang-barang jualan sayur mayur banyak dimuatkan oleh peraih-peraih
> yang
>   bekerja dengan begitu pantas dan adakalanya tidak memikirkan keselesaan
>   orang lain.
>
>   Pelbagai bau-bauan boleh dihidu termasuk ikan kering yang tidak
>   betul-betul kering, dan pakdo sedar dari mimpi pakdo, ini adalah sebuah
>   kehidupan.
>   Naik kereta api pakdo terfikir sepertilah kehidupan pakdo dan
> saing-saing
>   pakdo di dunia ni. Perjalanan kereta api terus berjalan biarpun ada
>   penumpang yang turun naik di sesebuah setesen ke sebuah stesen.
>
>   Ada orang yang pergi jauh, dan ada yang pergi dekat. Sepertilah usia
>   seseorang. Usia pakdo dah 60 tahun lebih, dah agak jauh juga perjalanan
>   pakdo. Setingginya pakdo boleh pergi pakdo ternyata telah melalui lebih
>   daripada separuh perjalanan, atau sudah tiga suku perjalanan.
>
>   Naik kereta api ni merupakan kesukaan pakdo suatu ketika dulu, dan
>   sebolehnya pakdo naik juga sebulan sekali atau dua minggu sekali. Bukan
>   apa sangat, adakalanya pakdo sengaja nak tengok gelagat orang ramai.
>
>   Pakdo tahu, kalau kereta api pagi ni biasanya dinaiki oleh orang-orang
>   kampung yang bekerja di hulu seperti buka tanah hutan, kerja di kebun
>   getah, buka kebun .
>
>   Pakdo tengok ada juga Mat Salleh yang naik kereta api pagi . Pakdo
> tengok
>   tabiat orang mat salleh ni ada juga yang patut ditiru, mereka suka
> membaca
>   dan mereka membaca tak kira tempat. Dalam kereta api ketika
> bersesak-sesak
>   pun mereka membaca juga. Pakdo tak tahu tahu apa yang mereka baca.
>   Entah-entah mereka tengok peta malaysia, lepas ni nak pergi ke mana
> pula,
>   tu pakdo tak tahulah.
>
>   Agak panjang juga pakdo mengarut kali ni, seperti yang pakdo kata,
> kiranya
>   apa yang pakdo kata ini boleh difikirkan, fikirkanlah dan kalu tiada
>   apa-apa atau hanya sebagai percakapan kosong itu terserahlah kepada
>   saing-saing pakdo.
>
>   Sebelum pakdo bercakap lebih panjang, pakdo nak minta diri dulu deh.
>
>   Hormat selalu daripada Pakdo
>
>
>
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
>


Hormat selalu daripada Pakdo


Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke